in ,

Yung Raja Lancar Muzik Video Single Pengenalan Berjudul MUSTAFA

Penyanyi hip hop semakin meningkat naik Yung Raja akan melancarkan single (diterbitkan oleh Flightsch) dan muzik video (arahan Jasper Tan dari VadBibes), Mustafa, hari ini.

Mustafa YR Single Cover

Mustafa bukan saja memfokuskan perkembangan Yung Raja sebagai penyanyi rap, tetapi menetapkan penanda aras baru dalam kesenian industri hip hop Singapura. Di mana kebanyakan penyanyi rap tempatan melihat dan meniru pengaruh dari Barat, Yung Raja sebaliknya teguh memperjuangkan asal usulnya sebagai Tamil — gabungan budaya dan kreatif yang sangat berbaloi serta menggumpul peminat daripada komuniti berbahasa inggeris dan Tamil di sekitar rantau Asia Tenggara.

Ia adalah impian peribadinya sebagai artis iaitu “bagi menyerlahkan budayanya menerusi hip hop”. Menerusi suntikan rap Tamil, Yung Raja benar-benar menggalas peranan serta perjalanannya sebagai pejuang budaya yang moden.

Lagu serta muzik video Mustafa boleh mula dimuat naik serta distrim di semua platform digital bermula 29 Jun 2018. Pautannya di sini: https://lnk.to/yungrajamustafa

Yung Raja Press Photo 24-1

Yung Raja Press Shots 22.5-3

Yung Raja Press Shots 22.5-4

Mengenai Yung Raja

Artis Singapura baru meledak Yung Raja berjaya mencipta gelombang kejayaan untuk dirinya sebagai penyanyi rap, penulis lagu, dan pelakon. Sejak muncul sebagai penyanyi rap, Raja diberi jolokan sebagai artis pelopor dwi bahasa dengan penyatuan inggeris dan Tamil dalam liriknya yang sangat menarik.

Raja berjaya menjadi tular di Malaysia dan Singapura selepas lagu adunan bahasa inggeris-Tamilnya iaitu Gucci Gang (Poori Gang), New Freezer (More Better), dan Bartier Cardi (Pathuko Thambi) dilancarkan. Dikenali dengan kemampuan rap inggeris-Tamil yang menakjubkan, Raja terus menongkah industri tanpa ragu-ragu menerusi penyampaian dwibahasanya serta rujukan budaya tersendiri.

Artis serba boleh itu yang baru bernaung di bawah label M03 Records, sebuah cawangan Kartel Records, sudah bertapak di industri lebih sedekad dengan kejayaan membanggakan baik untuk filem, TV, mahupun iklan dalam landskap media tempatan. Baru setahun memperkasakan namanya dalam hip hop, penyanyi berusia 23 tahun itu sudah dijemput mengacarakan Yo! MTV Raps bersama Jessi dari Korea Selatan, dinobatkan sebagai artis MTV Asia’s Spotlight untuk bulan Jun, dan pernah dijemput beraksi di pentas untuk acara Shine Festival dan Baybeats pada tahun ini.
Dilahirkan dan membesar di Singapura, Yung Raja berhajat untuk merubah perspektif masyarakat di dalam mahupun luar Singapura, memberi inspirasi kepada generasi seterusnya mengenai khazanah budaya, dan memacu kelas hip hop Asia Tenggara ke tahap dunia menerusi muziknya.

Mengenai M03 Records

M03 Records, sebuah cawangan Kartel Records, adalah label rakaman dan butik A&R yang diperkenalkan sejak 2017. Berpangkalan di Singapura, M03 bermatlamat untuk membina empayar hip hop tersohor di Asia bukan saja untuk sekadar menjadi wakil sebaliknya memacu budaya Asia. Label ini menaungi beberapa artis yang semakin meningkat naik termasuklah Yung Raja dan Fariz Yabba serta akan memperkenalkan kedua mereka pada tahun ini.

@yung.raja

https://www.facebook.com/yung.raja65

@yung_raja

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Azura Zainal & Nita Hamzah Hos 13 HARI KOTA KINABALU, LABUAN

Yang Menarik di Matrix Aidilfitri Festival