in

Yuna Ziarahi Kediaman Datuk Dan Neneknya Di Batu Gajah

Yuna Ziarahi Kediaman Datuk Dan Neneknya Di Batu Gajah Dalam Xpresi Kembara 09 Januari 2010 Di TV1

Episod Xpresi Kembara bersama penyanyi indie bertudung Yuna yang semakin digilai menerusi single terbaharunya Cinta Sempurna bakal membawa anda berkunjung ke destinai-destinasi menarik di Ipoh, Perak.

Begitu pun episod kali ini lebih istimewa kerana peminat penyanyi yang juga graduan Undang-Undang, UiTM ini berpeluang menziarahi kediaman dan seterusnya berkenalan dengan datuk dan neneknya yang terletak di Batu Gajah, Perak. Pastinya kesempatan ini ditunggu-tunggu peminat Yuna untuk mengetahui latar belakang penyanyi yang terdahulu mencipta nama dalam muzik arus perdana ini menerusi lagu Dan Sebenarnya.    

Disiarkan pada 09 Januari 2010, jam 12.31 tengah hari menerusi TV1, kemunculan Yuna menerusi program ini dilihat usaha terbaik bagi memberikan peluang kepada lebih ramai penonton meluangkan masa berkongsi pengalaman dilalui artis kegemaran mereka ini. 

yuna

Penyanyi kecil molek Yuna bakal mengunjungi destinasi menarik yang terdapat di Ipoh, Perak antaranya Gerbang Malam, Taman Tema Lost World of Tambun dan Pasar Pagi Memory Lane yang sememangnya menjanjikan detik-detik manis sepanjang kembara di sana.

Lebih dikenali Pasar Karat kerana banyak menjual barang-barang besi seperti seterika lama, periuk belangga dan segala jenis besi yang masih boleh dipakai, sejarah Pasar Pagi Memory Lane yang di panggil “Belakang Loken” ini telah lama wujud di Ipoh. Di buka kepada pengunjung pada hari Ahad, seawal pukul 7 pagi hingga sekitar pukul 3 hingga 4 petang. Ikuti gelagat Yuna dengan aksinya mengunjungi tempat yang menarik perhatian pengunjung dalam dan luar negara ini.

Malah menarik menerusi program setengah jam ini, Yuna sempat singgah ke kedai pakaian Garage Flower milik ahli kumpulan indie, Bittersweet yang terletak di Green Town Mall yang menjual pelbagai barangan indie seperti t-shirt dan juga CD artis indie tempatan. 

Jangan lupa janji temu anda menyaksikan program ini pada Sabtu, jam 12.31 tengah hari di TV1 dan untuk maklumat lanjut, foto dan info-info terkini tentang program Xpresi Kembara, sila layari facebook.com dan carian xpresi kembara.

yuna

Yuna kini sedang berlatih dan plan untuk buat satu kejutan di Anugerah Juara Lagu 24 di Bukit Jalil. Adakah AJL kali ini milik Yuna? Doakan saje. Budiey doakan semoga Yuna sukses!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tambah Pendapatan Sampingan Dengan Brooch Bunga Cute

Fesyen Muslimah Terkini Rekaan Nik Erwan Roseli