in , ,

Yuna Wanita Hijab Pertama Sertai Kempen Jenama COACH Bersama J. Lo & Michael B. Jordan!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tahniah buat Yuna yang kini semakin melebarkan sayap popularitinya sehingga dapat tawaran untuk bekerjasama dengan jenama fesyen mewah bertaraf antarabangsa.

Semenjak menjadi artis wanita Malaysia pertama yang berkolaborasi bersama bintang Hollywood iaitu Usher beberapa tahun lalu. Nama Yuna semakin mendapat tempat di pasaran antarabangsa.

Kini, beliau terus melebarkan sayapnya apabila menjadi penyanyi wanita berhijab pertama yang menyertai kempen jenama fesyen mewah, Coach.

Yuna Wanita Hijab Pertama Sertai Kempen Jenama Fesyen Bersama J. Lo & Michael B. Jordan!

Kejayaan ini meletakkan nama Yuna sebaris dengan bintang dengan ikon  fesyen terkenal seperti Jennifer Lopez dan Michael B. Jordan. 

“Saya Wanita Pertama Tetapi Pastinya Bukan Yang Terakhir” – Yuna

Yuna Wanita Hijab Pertama Sertai Kempen Jenama Fesyen Bersama J. Lo & Michael B. Jordan!

Menerusi laman Instagram beliau, Yuna memuatnaik video kempen jenama fesyen mewah itu dengan kapsyen berbunyi : “If I maybe the first woman but I’m definitely not the last”

Yuna turut berkongsi pengalamannya mengenakan hijab di usia seawal 19 tahun ketika ramai yang masih belum menerima penampilan tersebut di dunia fesyen antarabangsa.

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis yang turut berbangga dengan pencapaian Yuna. 

Yuna Wanita Hijab Pertama Sertai Kempen Jenama Fesyen Bersama J. Lo & Michael B. Jordan!

Tahniah Yuna, teruslah  menjadi ikon fesyen dan sumber inspirasi buat gadis muda di luar sana! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rakan Artis Buat Ujian Saringan, Alif Satar Tak Putus Minta Maaf di Ruangan Komen

“Air Mata Ni Tak Henti Dari Semalam,” – Ganti Siti Nurhaliza, Aishah Kesal Terima Komen Berunsur Hinaan