in , ,

“Air Mata Ni Tak Henti Dari Semalam,” – Ganti Siti Nurhaliza, Aishah Kesal Terima Komen Berunsur Hinaan

Penyanyi Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin kesal dengan segelintir netizen yang memberikan komen berunsur hinaan.

Persembahan Aishah, 55, menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) mendapat pelbagai respons netizen.

Ada yang memuji Aishah kerana menyampaikan lagu terbabit dengan cara tersendiri serta terdapat ramai netizen yang tidak bertanggungjawab menghamburkan kritikan tidak membina kepada penyanyi lagu Cinta Beralih Arah itu.

Meluahkan rasa di laman Instagram miliknya, Aishah memohon agar orang ramai memberikan komen yang berhemah.

Screenshot 2020-11-23 at 4.52.40 PM

“Bukanlah tak boleh komen, tetapi…”

“Home sweet home, I have not been so happy to get home to my safe heaven. Mungkin ini saja lagi yang layak untuk I hadap, duduk rumah diam-diam layan my artwork. Hidup zaman sekarang cukup mencabar kerana kita berhadapan generasi alam maya yang terasa diri mereka kebal di sebalik akaun media sosial mereka dan diizinkan untuk berkata-kata, memaki dan menghina sesiapa saja.

Ganti Siti Nurhaliza, Aishah Kesal Terima Komen Berunsur Hinaan

“Allahuakbar, hilang segala budi pekerti, adab sopan tutur kata dalam alam ini. Bukanlah tak boleh komen, tetapi komenlah dengan berhemah dan berfakta. Tunjukkanlah kecerdikan dan ilmu yang mungkin ada di dalam diri masing-masing untuk membina industri seni ini.

“Setiap artis itu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dimanalah warna warni seni muzik itu sendiri sekiranya kita semua satu ‘cetak.’ Malangnya komen sekadar menjatuhkan maruah seseorang, hingga tahap menghina, walaupun orang yang kau hina itu dah tahap usia ibu kau sendiri,” tulis Aishah.

Ganti Siti Nurhaliza, Aishah Kesal Terima Komen Berunsur Hinaan

“Kritiklah dari segi nyanyian, I okay je…”

Tambah pemenang Anugerah Juara Lagu 1990 dengan lagu Janji Manismu ini, dia tidak kisah dikritik dari segi nyanyian.

“Kritiklah dari segi nyanyian, I okay je, kalau tak I tak masuk Gegar Vaganza kerana I sedia untuk dikritik. Walau dah 34 tahun dalam industri proses pembelajaran tetap berjalan. I suka belajar dan sedia mendengar pandangan.

“Tetapi yang ada, sekadar mengutuk. Mak ayah kita ajar kita untuk beradab, sopan dalam berkata-kata dan hormat pada orang yang lebih tua dari kita. Hilang semua itu di alam maya. Airmata ni tak henti dari semalam,” tulisnya lagi.

Ganti Siti Nurhaliza, Aishah Kesal Terima Komen Berunsur Hinaan

Terdahulu, menerusi laman Instagram, Aishah turut mendedahkan dirinya hampir pitam ketika menyampaikan lagu terbabit.

Aishah juga mengakui tugas yang digalas tidak semudah yang disangka dan ia satu pengalaman yang cukup menakutkan.

Dalam pada itu, Siti menerusi kemas kini Instagram miliknya sebelum ini mengucapkan terima kasih kepada Aishah atas kesudiannya menyampaikan lagu terbabit.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Yuna Wanita Hijab Pertama Sertai Kempen Jenama COACH Bersama J. Lo & Michael B. Jordan!

Stesen Radio Suria FM Catat 2.9 Juta Pendengar Bagi Tahun 2020