in ,

Yuna Mendominasi Pencalonan Anugerah Shout! Awards 2012

Penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa, Yuna Zarai, berjaya memperoleh lima pencalonan dalam anugerah Shout! Awards 2012 iaitu kategori Popstar, Power Vocal, Music Video dan Wired Celebrity. Dia turut dicalonkan dalam kategori Fresh TV Series menerusi rancangan Yuna-Bintang Di Langit terbitan Astro Ria.

Sementara penyanyi Jazz, Najwa Mahiaddin dengan tiga pencalonan iaitu anugerah Popstar, Music video dan Breakout. Manakala Mizz Nina mendapat dua pencalonan bagi kategori Flava dan Music Video.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dicalonkan bagi kategori Popstar. Antara nama lain yang turut bertanding ialah kumpulan Bunkface, hujan, Estrange, Faizal Tahir, Aizat, Azlan the Typewriter, Black, Shila Amzah, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz dan Maya Karin.

Selain itu, pelakon Nur Fazura, Lisa Surihani, Marion Rose Counter, Maya Karin, Nora Danish dan Scha Al Yahya dicalonkan bagi kategori Hot Chick. Barisan calon untuk kategori Hot Guy pula ialah Aaron Aziz, Hans Isaac, Henry Golding, Remy Ishak, Shaheizy Sam dan Zizan Razak.

Kembali untuk tahun ketiga, secara keseluruhan anugerah hiburan paling Hip di Malaysia ni mempertandingkan 18 kategori anugerah terdiri daripada muzik, TV & Filem serta radio. Tambah menarik turut diperkenalkan dua kategori baru menerusi kategori media sosial iaitu Wired Celebrity Award dan Shout! Aloud Awards.

Pencalonan Wired Celebrity Award dipililh berdasarkan selebriti yang aktif di laman sosial Twitter mereka. Disamping mereka turut memberikan insiprasi kepada peminat menerusi apa yanng mereka tweet. Kategori tersebut menyaksikan saingan daripada AG Coco (@agcoco), Altimet (@altimet), Celepets (@DaphCLPT, @SazzyFalakCLPT, @YasminHaniCLPT, @AtiliaCLPT, @AishahJennifer, @dynasCLPT), Fatimah Abu Bakar – @fatibee, Sofia Jane (@MemHanyut) dan Yuna (@yunamusic)

Sementara Shout! Aloud Awards pula terdiri daripada individu berbakat menerusi YouTube) yang mencalonkan Faradyable, IniAnwarHadi, JinnyoyTV, Matluthfi90, Popteevee dan The WKND

Menerusi senarai calon-calon top 6 setiap kategori, Shout! Awards memberikan 100% hak kepada penonton untuk mengundi siapakah finalis kegemaran mereak selama sebulan mulai 22 Oktober hingga 22 November 2012. Untuk mengundi finalis kegemaran anda sila layari laman sesawan www.shoutawards.com.my atau SMS ke SHOUT dan hantarkan ke 33399.

Shout! Awards akan berlangsung pada 23 November depan di Surf Beach, Sunway Lagoon, jam 8.30 malam.

Yuna Top 5 ABP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNIQLO & Novak Djokovic Join Hands to Set Up Clothes for Smiles

U Mobile Sizzles Postpaid Voice Plans With Innovative Add-On Packs