in ,

Yuna Bakal Buat Konsert Pertama di Istana Budaya

[dropcap]W[/dropcap]ow, sungguh teruja Budiey mendengar berita tentang penyanyi kesayangan ramai berkelas antarabangsa, siapa lagi kalau bukan Yuna, dikhabarkan akan buat persembahan sulungnya di Istana Budaya. OMG, Budiey tak sabar nak beli tiket ni. Kiranya betullah desas desus beberapa minggu lalu yang Yuna akan perform kat Istana Budaya.

Konsert Yuna akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 8 September. Konsert yang akan berlangsung selama dua jam itu bakal diiringi orkestra dan turut mengundang beberapa artis tempatan untuk berduet termasuk penyanyi hebat, Aizat Amdan. Yuna akan perform lagu-lagunya yang popular termasuklah lagu-lagu yang baru dirakamkan di Amerika Syarikat.

Kalau peminat teruja apatah lagi Yuna yang turut melahirkan rasa teruja untuk menjayakan persembahan itu. Malah, Yuna menyifatkan persembahan tersebut adalah satu daripada impiannya sejak dulu lagi untuk beraksi di pentas bertaraf antarabangsa itu.

“Ia seperti mimpi jadi kenyataan. Jika sebelum ini saya hanya berpeluang menyaksikan konsert di atas pentas itu, namun kini giliran saya pula. Saya berterima kasih kepada pihak yang terlibat kerana memberi peluang kepada pemuzik muda seperti saya untuk beraksi. Bukan senang nak dapat peluang seperti ini, apatah lagi saya kini sibuk dengan kerjaya di luar negara. Walaupun belum mendapat kepastian lagi, namun Aizat menjadi pilihan kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Mungkin dua atau tiga penyanyi akan dijemput namun semuanya masih dalam perancangan.”

“Saya anggap tempoh dua jam itu memang lama. Jadi ini memberi peluang kepada saya untuk nyanyikan banyak lagu. Saya akan pilih lagu dari album Melayu dan Inggeris saya.”

Yuna yang memiliki tujuh tahun pengalaman dalam bidang muzik turut mengkhabarkan yang dia mahu mengundang komposer dan juga label Verve Music Group, David Foster untuk menyaksikan pesembahannya di Istana Budaya.

Harga tiket konsert Yuna ini akan diumumkan sedikit masa lagi. Tunggu!

yuna

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Anugerah Industri Muzik Rai Ulangtahun Ke-20

Intan Ladyana, Bella Dally, Atikah Suhaime Dalam Dewi Lasak