in , ,

Yovie Widianto Bersama Lyodra, Tiara Andini & Ziva Magnolya Dalam MENYESAL

Kolaborasi Istimewa Yovie Widianto Bersama Lyodra, Tiara Andini, Dan Ziva Magnolya Melalui Lagu “Menyesal”

Tidak tanggung-tanggung, dalam projek hebat ini, Yovie Widianto mendekati tiga superstar muda Indonesia untuk membawakan lagu hit ciptaannya. Bersatunya Lyodra, Tiara Andini, Ziva Magnolya dalam lagu ‘Menyesal’ ini ditulis khusus oleh Yovie untuk menjadi persembahan yang mencuri hati. 

Produksi muzik yang amat terperinci hingga hal yang terkecil, penjiwaan lirik lagu yang memberi rasa yang mendalam, hingga harmoni vokal yang luar biasa, sungguh luar biasa. Tentunya merupakan salah satu karya muzik terbaik di tahun ini.

Lagu ‘Menyesal’ merupakan single perdana sekaligus pertama dari rangkaian single dalam projek terbaru album Yovie & His Friends yang dilancarkan bawah label Universal Music Indonesia. Dalam album ini, Yovie Widianto akan bergandingan dengan ramai penyanyi serta artis popular Indonesia untuk membawakan karya-karyanya.

Digandingkan Lyodra, Tiara Andini, dan Ziva Magnolya dalam single pertama ini menjadi khabar gembira bagi para peminat serta pencinta muzik tanah air. Kualiti dan prestasi ketiga-tiganya yang sungguh luar biasa berpadu dengan sentuhan muzik sang maestro Yovie Widianto.

Harapan dari projek ini adalah untuk membawa muzik Indonesia ke pasaran muzik global. Dengan sokongan para peminat serta seluruh masyarakat Indonesia, pentas bertaraf dunia yang mempersembahkan karya anak bangsa mungkin dapat direalisasikan

Sebagai orang utama dalam projek ini, Yovie Widianto yang telah berkarya dalam industri muzik selama lebih dari 3 dekad dengan segudang pencapaian, pada tahun 2020 dengan rasminya dinobatkan sebagai pencipta lagu dengan jumlah strim terbanyak melalui playlist “Written by Yovie Widianto” oleh Spotify, bukan hanya di Indonesia atau bahkan Asia, namun di seluruh dunia! 

Saat ini jumlah strim lagu-lagu Yovie di Spotify sahaja, sudah mencapai angka 1.618.614.488 (satu juta enam ratus lapan belas juta enam ratus empat belas ribu empat ratus lapan puluh lapan) strim dan tentunya masih terus bertambah.

Di usia mereka yang masih muda, Lyodra, Tiara Andini dan Ziva Magnolya juga telah banyak mencipta nama. Ketiga-tiganya memiliki pengalaman berkolaborasi bersama artis antarabangsa. Lyodra dengan Calum Scott, Tiara Andini dengan Zack Tabudlo dan Ziva Magnolya dengan Stacey Ryan. Berbagai penghargaan muzik, dalam dan luar negeri, telah diraih oleh tiga idola muda Indonesia ini.

Sebelum ini pada tahun 2020, Lyodra, Tiara Andini dan Ziva Magnolya mengeluarkan lagu #TerlanjurMencinta yang diciptakan oleh Yovie Widianto dan dirilis dalam 3 sususan muzik yang berbeza. 

Yovie Widianto Bersama Lyodra, Tiara Andini & Ziva Magnolya Dalam MENYESAL

“Mengapa Kita #TerlanjurMencinta” versi Lyodra, “Maafkan Aku #TerlanjurMencinta” versi Tiara Andini, dan “Tak Sanggup Melupa #TerlanjurMencinta” versi Ziva Magnolya merupakan rilisan yang bukan hanya menjadi hit tapi juga sebuah kejayaan dalam industri musik dunia. 

Single ‘Menyesal’ merupakan lagu cinta bergenre pop ballad dengan nuansa megah yang bercerita tentang pilunya sebuah penyesalan dan sulitnya merelakan seseorang melalui lantunan piano dengan iringan strings section yang merdu dan menambah syahdu. Tidak lupa pada bahagian harmonisasi canon dari LTZ (Lyodra, Tiara Andini, Ziva Magnolia) yang sangat memukau!

Bagi menyokong kempen membawa muzik Indonesia ke peringkat yang lebih luas dalam pasaran muzik global, kempen #MusicIsUniversal hadir dengan keyakinan serta kepercayaan bahawa hits dunia boleh datang dari mana-mana sahaja, termasuk Indonesia.

Single ‘Menyesal’ oleh Yovie Widianto bersama LTZ (Lyodra, Tiara Andini, Ziva Magnolia) telah rasmi dilancarkan pada tarikh 3 Mac 2023 @ 00:00 AM waktu Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DA UNKNOWN

Da Unkown Tampil Single Berjudul CINTA HATI, Ambil Masa 2 Jam Untuk Siap

Budi, Kolaborasi Unik Kmy Kmo & Luca Sickta Bersama Sufian Suhaimi