in ,

Youtuber dari Kelantan Didakwa Cabul Direman, Netizen Risau Makin Banyak Kes Cabul

Seorang YouTuber lelaki yang didakwa mencabul seorang pelakon wanita berusia 24 tahun ditahan reman dua hari bermula hari ini.

Menurut laporan Astro Awani, suspek yang berusia 22 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu semalam.

Polis turut membuka kertas siasatan terhadap penerbit dan pengarah drama dalam saluran YouTube itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Ketika kejadian 2 Ogos lalu, mangsa mendakwa suspek telah mencium, meraba bahagian dada dan kemaluan sebelum suspek bertindak melakukan onani di sebuah penginapan inap desa di Kubang Kerian, Kelantan.

Youtuber dari Kelantan Didakwa Cabul Direman, Netizen Risau Makin Banyak Kes Cabul

Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa, pelakon dalam sebuah drama pendek diarahkan suspek menginap seorang diri di lokasi terbabit.

Perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen, tambahan lagi dalam situasi dimana kewujudan kluster baru Covid-19, isu cabul dan rogol turut sama didedahkan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Covid-19 Dah Ada Vaksin, Kluster Cabul Vaksin Apa Sesuai?

Kes pendakwah selebriti masih belum menemui jalan penyelesaiannya, timbul kes baru seorang YouTuber pula.

Youtuber dari Kelantan Didakwa Cabul Direman, Netizen Risau Makin Banyak Kes Cabul

YouTuber Didakwa Cabul Direman Dua Hari

Seorang YouTuber berusia 22 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan dakwaan cabul terhadap seorang wanita berusia 24 tahun.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga esok itu dikeluarkan oleh majistret Kamarul Hasyime Rosli hari ini.

Terdahulu suspek berusia 22 tahun tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu kira-kira 10.35 pagi tadi dengan diiringi polis.

Siasatan terhadap YouTuber yang juga penerbit dan pengarah drama itu dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Sebelum ini, media melaporkan, satu laporan polis dibuat oleh mangsa terhadap suspek yang beralamat di Kuantan, Pahang itu pada Jumaat lalu berhubung dakwaan dicabul lelaki terbabit.

Insiden itu berlaku selepas sesi penggambaran sebuah drama arahan suspek pada pagi 2 Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian, di sini.

Laporan itu menyatakan suspek bertindak mencium, memeluk serta meraba bahagian dada dan kemaluan mangsa yang juga pelakon drama itu sebelum melakukan onani ketika mangsa berseorangan dalam sebuah bilik tidur di tempat kejadian.

Suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pagi semalam sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

Sumber: BH Online

YouTuber Direman Dua Hari Kes Cabul Pelajar

Seorang pencipta kandungan YouTube (YouTuber) direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes mencabul pelajar universiti di Kubang Kerian di sini empat bulan lalu.

Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Terdahulu, suspek yang berusia 22 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Kota Bharu di sini pada pukul 10.35 pagi dengan dibawa anggota polis.

Siasatan ke atas YouTuber itu dijalankan mengikut Sek­syen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul.

Youtuber dari Kelantan Didakwa Cabul Direman, Netizen Risau Makin Banyak Kes Cabul

Kosmo! hari ini melaporkan, polis menahan suspek selepas dipercayai mencabul seorang gadis berusia 24 tahun ketika menjalani penggambaran drama di sebuah inap desa.

Siasatan mendapati mangsa dihubungi oleh rakannya yang menawarkan untuk berlakon drama arahan suspek dengan bayaran RM600.

Semasa berada di dalam bilik di inap desa itu, mangsa didatangi oleh suspek yang kemudian mencabul gadis itu.-

Sumber: K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bob Lokman Bersyukur, Pembedahan Membetulkan Degupan Jantung Berjaya

“Masih Senget, Tapi Jangan Risau,” – Faye Kusairi Kongsi Video Lumpuh Sebelah Muka