in ,

“Masih Senget, Tapi Jangan Risau,” – Faye Kusairi Kongsi Video Lumpuh Sebelah Muka

Baru-baru ini, pelakon Faye Kusairi memuat naik posting di akaun Instagram miliknya menyatakan bahawa dia diserang Bell’s Palsy yang menyebabkan kelumpuhan pada sebahagian wajahnya.

Walau bagaimanapun, selepas mendapatkan rawatan dari sebuah pusat perubatan, dia bersyukur apabila sudah boleh menggerakkan sedikit otot mukanya.

Hari ini, pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi satu rakaman video mengenai perkembangan kesihatannya di laman Instagram.

"Masih Senget, Tapi Jangan Risau," - Faye Kusairi Kongsi Video Lumpuh Sebelah Muka

Dalam videoitu, walaupun mengalami kesukaran untuk bercakap akibat lumpuh, Faye berusaha memberi kata-kata semangat buat dirinya dan individu lain yang menghidap serangan sama.

“The reason saya buat video ni sebab saya sedar betapa risaunya orang ramai terhadap kondisi saya sekarang dan maybe can also help boost keyakinan serta inject sedikit positivity kepada yg menghadapi Bell’s Palsy atau mana² penyakit sekalipun.

“Jangan risau sangat. Jangan stress, percaya diri kita akan sembuh dan jangan berhenti berusaha. Selagi bernyawa, kita positifkan diri untuk sembuh,” katanya.

– Faye Kusairi
"Masih Senget, Tapi Jangan Risau," - Faye Kusairi Kongsi Video Lumpuh Sebelah Muka

Dia yang juga sedang hamil 39 minggu memilih untuk sentiasa berfikiran positif, seolah-olah dia tidak menghidap sebarang penyakit.

Malah, dia juga bercadang untuk berkongsi perkembangannya dari semasa ke semasa bagi memberi semangat dan berkongsi tips kepada penghidap Bell’s Palsy lain.

Semoga Faye Kusairi kekal positif dan cepat sembuh. Doakan yang baik-baik untuk dia dan bayi dalam kandungan, okay?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Youtuber dari Kelantan Didakwa Cabul Direman, Netizen Risau Makin Banyak Kes Cabul

Ibu Penerbit Datuk Ziela Jalil Meninggal Dunia