in , ,

Youtube Menyatukan Rakyat Malaysia Dengan Music Night Edisi Hari Raya

Hari ini, YouTube dengan kerjasama Media Prima dan rakan kongsi jenama L’Oreal teruja untuk membuat debut Raya YouTube Music Night pertama di Malaysia, suatu set muzik dan permainan menyeronokkan disusun khas yang menampilkan barisan para penyanyi dan pemuzik kesayangan Malaysia.

Dengan Aidilfitri yang sudah semakin hampir, jutaan rakyat di seluruh Malaysia telah mula membuat persiapan untuk musim perayaan – dan kini sempadan telah dibuka semula, setiap butiran kecil pasti akan disusun dengan teliti untuk memberikan nafas baharu bagi perayaan tahun ini – daripada warna baju melayu dan baju kurung baharu, kepada penyediaan kuih dan juadah Raya, malah hiburan untuk seisi keluarga.

Sinonim dengan YouTube sebagai tapak muzik maya terbesar di dunia, edisi Music Night ini menawarkan peluang kepada peminat untuk berkomunikasi bersama artis tempatan kegemaran mereka melalui set strim langsung yang intim.

Youtube Menyatukan Rakyat Malaysia Dengan Music Night Bertemakan Raya Yang Pertama
Raya YouTube Music Night yang pertama akan menyaksikan persembahan daripada artis-artis (dari kiri atas) Aina Abdul, Baby Shima, Floor 88 dan Khai Bahar, bersama hos (dari kiri bawah) Ain Edruce dan Sean Lee.

Platform ini juga memberikan golongan artis cara baharu untuk berkongsi seni mereka dan mentakrifkan semula hubungan mereka dengan peminat, selain melalui alatan YouTube yang lain seperti Premieres.

Berlangsung pada hari pertama Aidilfitri (3 Mei) jam 9 malam, rakyat Malaysia akan dapat menikmati persembahan muzik, permainan dan pemberian hadiah yang dihoskan oleh para pencipta selebriti YouTube Sean Lee dan Ain Edruce, serta distrim secara langsung serentak dari YouTube Malaysia di empat saluran Media Prima: TV3MALAYSIA Official, TV9MALAYSIA Official, Drama Sangat Official dan Hot TV. Ulangan Raya YouTube Music Night juga akan disiarkan pada hari ketiga Aidilfitri (5 Mei) sebagai video atas permintaan.

Dalam senarai persembahan ialah empat pencipta kandungan selebriti prolifik – penyanyi yang penuh semangat Aina Abdul, diva dangdut Baby Shima, kumpulan rock Floor 88, dan artis pelbagai bakat Khai Bahar – yang akan mempersembahkan beberapa lagu popular mereka.

Para penonton juga akan dapat mengambil bahagian dalam permainan yang menyeronokkan bersama mereka dan mencuba nasib untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.

Youtube Menyatukan Rakyat Malaysia Dengan Music Night Bertemakan Raya Yang Pertama

“Selepas kejayaan Music Night di negara lain, saya sangat teruja untuk membawanya ke Malaysia di mana kita semua dapat berhubung bersama – melalui makanan, gelak tawa dan muzik. Itulah sebabnya YouTube Music Night yang bertemakan Raya pertama bersama-sama rakan kongsi kami Media Prima dan L’Oréal sangat istimewa sebagai suatu cara untuk kita meraikan perayaan ini bersama-sama.”

– Loh Ben Jern, Ketua YouTube Malaysia
Youtube Menyatukan Rakyat Malaysia Dengan Music Night Bertemakan Raya Yang Pertama

“Sambil anda berhubung dan meraikan bersama orang tersayang di Hari Raya ini, kami berharap YouTube Music Night akan menaikkan semangat anda dan menjadikannya malam yang diingati untuk semua rakyat Malaysia di mana sahaja anda berada,” tambahnya.

– Loh Ben Jern, Ketua YouTube Malaysia

Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, berkata, “Kami teruja untuk menyoroti bintang-bintang tempatan di YouTube Music Night sempena sambutan Hari Raya. Muzik yang hebat telah lama diketahui sebagai suatu alat berkuasa yang boleh menyatukan orang ramai. Kami berharap kerjasama berterusan bersama YouTube akan membantu mencipta lebih banyak kandungan yang hebat, seperti yang digemari rakyat Malaysia.”

“Kami berasa teruja akan kerjasama bersama YouTube dan Media Prima ini! Selepas berehat selama dua tahun, kami ingin menghidupkan semula semangat dan nostalgia Hari Raya tahun ini yang dinanti-nantikan untuk semua orang. Kami berharap melalui YouTube Music Night yang bertemakan Raya ini, ahli keluarga dan rakan-rakan dapat bersatu semula untuk meraikan peristiwa penting ini,” kata Matteo Ciuti, Pengurus Besar Bahagian L’Oréal Luxe.

Tiada cara yang lebih baik untuk menyambut Aidilfitri dengan keluarga – dekat dan jauh, bersama-sama atau secara maya – daripada menikmati hiburan untuk seisi keluarga. Jadi pasangkan peranti anda, duduk bersama-sama dan selamat menyambut Hari Raya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raikan Lebaran, Jenama Nurraysa Hangatkan Kembali Koleksi ‘Hot Set’

tony fernandes airasia-2020

Capai 1 Juta Penumpang, Airasia Ride Menawarkan ‘Ride’ Percuma