in ,

YouTube Malaysia Rewind 2017: Senarai Video Paling Gempak & Trending Sepanjang 2017 

Seperti tahun-tahun sudah, YouTube meneruskan tradisinya… gemar mengimbas kembali hit-hit tular, produksi-produksi hebat dan para pencipta kandungan kreatif tempatan di penghujung setiap tahun yang sarat dengan budaya popular antarabangsa.

Kini tiba masanya untuk mengumumkan video-video dan video-video muzik teratas di youtube.com.my bagi 2017 berdasarkan masa yang diluangkan untuk menonton, berkongsi, meninggalkan ulasan, menyukai video dan pelbagai lagi aktiviti yang dilakukan oleh para penonton Malaysia. Video-video berikut mewakili kepelbagaian kreativiti yang dikongsi di YouTube Malaysia sepanjang tahun ini.

Tahniah buat video yang disiarkan di saluran Youtube MeleTOP:

YouTube Malaysia Rewind 2017: Meraikan hasil kreativiti, tontonan dan perkongsian Malaysia tahun ini

2017 merupakan tahun kemenangan buat hiburan tempatan, dengan dua tangga teratas diduduki oleh kandungan dari rancangan televisyen seperti MeleTOP dan hasil kreativiti personaliti tempatan seperti Zizan Razak, diikuti dengan tip dan promosi produk gaya fesyen muslimah. Kandungan lain yang menyerlah termasuklah kandungan dari ahli panel Generation YouTube, Asa Production dengan filem pendek Raya mereka berkenaan dengan buli dan aksi ulang tayang atlet larian Malaysia Khairul Hafiz Jantan yang telah berjaya memenangi larian 100m di SEA Games KL 2017.

Video-video ini telah menghiburkan penonton dari semua peringkat umur dan menarik perhatian mereka dengan kisah pahit manis zaman muda, cabaran-cabaran yang penuh berapi, dan nyanyian-nyanyian hebat yang telah menghiburkan kita sepanjang tahun ini.

Kugiran tempatan Projector Band telah berjaya memasuki tiga tangga teratas carta Video Muzik Paling Trending dengan alunan kisah cinta mereka mengenai seorang gadis bernama ‘Aisyah’, menewaskan persaingan seperti The Chainsmokers, Bruno Mars, dan Charlie Puth. Namun begitu, video-video yang paling digemari ramai merupakan lagu Despacito by Luis Fonsi and Daddy Yankee, dan Ed Sheeran’s Shape of You yang terletak di dua tangga teratas.

Berikut adalah senarai video dan video muzik paling trending untuk Malaysia pada 2017, berdasarkan tontonan, perkongsian, ulasan, kesukaan dan pelbagai lagi aktiviti yang anda lakukan di YouTube:

Video Paling Trending di YouTube Malaysia 2017

  1. Fattah Amin – Wanita Terakhir – Persembahan LIVE MeleTOP Episod 220 [17.1.2017]

  2. Zizanology | Zizan Gaduh Depan Mama Johan (Ozlynn) ft. Jaa TV [#PROJEKJAHAT]

  3. Shawl Tutorial 2017 – Cara Pantas Untuk Memakai Shawl Buat Anda Yang Sibuk Sepanjang Hari!

  4. Naelofar Hijab Raya Campaign 2017 – #NHTrueLove (TRUE LOVE)

  5. Spicy ramen noodle chicken flavour Adam and Adib challenge

  6. Video Raya Paling Sedih 2017 – BULI

  7. Putus terpaksa-budak sekolah rendah suara power ft Sentuhan buskers

  8. [Namewee Tokok] 075 香港阿棋 G.E.M. Discovers Malaysia 24-08-2017

  9. Maharaja Lawak Mega 2017 | Shiro – Minggu 8

  10. Akhir Lari Pecut 100m Lelaki | Olahraga | KL 2017

Video Muzik Paling Trending di YouTube Malaysia 2017

  1. Luis Fonsi – Despacito ft. Daddy Yankee

  2. Ed Sheeran – Shape of You [Official Video]

  3. Projector Band – Aisyah (Official Lirik Video) (a.k.a Satu Dua Tiga Cinta Kamu)

  4. The Chainsmokers & Coldplay – Something Just Like This (Lyric)

  5. Floor 88 – Zalikha [Official Music Video]

  6. Armada – Asal Kau Bahagia (Official Lyric Video)

  7. Bruno Mars – That’s What I Like [Official Video]

  8. 黃明志Namewee feat. 王力宏 Leehom Wang【漂向北方 Stranger In The North 】

  9. Charlie Puth – Attention [Official Video]

  10. Ismail Izzani – Sabar (Official Music Video with Lyric)

 

Video Global Paling Trending di YouTube 2017:

  1. Until We Will Become Dust – Oyster Masked (ตราบธุลีดิน – หน้ากากหอยนางรม) | THE MASK SINGER 2

  2. ED SHEERAN – Shape Of You | Kyle Hanagami Choreography

  3. Ping Pong Trick Shots 3 | Dude Perfect

  4. Darci Lynne: 12-Year-Old Singing Ventriloquist Gets Golden Buzzer – America’s Got Talent 2017

  5. Ed Sheeran Carpool Karaoke

  6. Lady Gaga’s FULL Pepsi Zero Sugar Super Bowl LI Halftime Show | NFL

  7. “INAUGURATION DAY” — A Bad Lip Reading of Donald Trump’s Inauguration

  8. history of the entire world, i guess

  9. In a Heartbeat – Animated Short Film

  10. Children interrupt BBC News interview – BBC News

Video Muzik Global Paling Trending di YouTube 2017:

  1. Luis Fonsi – Despacito ft. Daddy Yankee

  2. Ed Sheeran – Shape of You [Official Video]

  3. J Balvin, Willy William – Mi Gente (Official Video)

  4. Maluma – Felices los 4 (Official Video)

  5. Bruno Mars – That’s What I Like [Official Video]

  6. Chris Jeday – Ahora Dice (Official Video) ft. J. Balvin, Ozuna, Arcángel

  7. 05. El Amante – Nicky Jam (Video Oficial) (Álbum Fénix)

  8. Jason Derulo – Swalla (feat. Nicki Minaj & Ty Dolla $ign) (Official Music Video)

  9. DJ Khaled – I’m the One ft. Justin Bieber, Quavo, Chance the Rapper, Lil Wayne

  10. Enrique Iglesias – SUBEME LA RADIO (Official Video) ft. Descemer Bueno, Zion & Lennox

Untuk kehangatan hujung tahun dan lebih banyak senarai video paling trending, layari saluran YouTube Rewind.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Musim Baru Black Mirror di Netflix

Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang CINTA PERTAMA THE MUSICAL