in

Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang CINTA PERTAMA THE MUSICAL

Selebriti yang bergelar pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) di Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal menjayakan pementasan muzikal Cinta Pertama The Musical di Sintok, Kedah pada 11 Disember 2017.

Mereka terdiri daripada Pekin Ibrahim, Fattah Amin, Tomok, Aril, Zahid, Haziq, Maulana, Akma Abdullah, Layka dan Amir Syazwan. Turut terlibat adalah Ashraf Asimudin (Achap- Pretty Ugly) , Azran Hamzah (Ayie/Awe – The Quest), Ammar Habir (Drama Band) , Amir Ali (pemain flute) serta Kautsar Mat Sin (Alam Band) selaku pengarah muzik.

Budiey juga akan berada di UUM Sintok untuk buat liputan. Jadi, kepada anda yang sedia nak datang menonton… jumpa di sana okay?

CINTA PANDANG PERTAMA THE MUSICAL

Pementasan muzikal Cinta Pandang Pertama yang diarahkan Raja Mukhriz ini adalah projek khas melibatkan 38 orang pelajar-pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur bagi semester kelima bersempena majlis penyampaian Anugerah Dekan yang diberikan kepada mereka yang layak menerimanya.

Berkisar tentang Cinta dan Persahabatan, Cinta Pandang Pertama The Musical menggarapkan kisah-kisah mencuit hati di kalangan pelajar-pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur ini sewaktu kali pertama menjejakkan kaki ke universiti terutama apabila melihat rakan seperjuangan sama dan sudah lama dikenali di dalam industri seni turut menyertai jurusan ijazah yang sama.

Kisah mencuit hati ini turut diselangi dengan beberapa konflik yang melibatkan perbezaan ideologi dan pendapat serta ketegangan yang berlaku di antara pelajar muzik dan filem.

Namun akhirnya proses adaptasi, perasaan sense of belonging serta serta rasa cinta dan sayang yang penuh mendalam terhadap UUM telah berjaya menyatukan mereka sehingga wujudnya motto Respect Differences, Find Similarities.

Kehidupan sebagai pelajar universiti yang berpaksikan pengalaman sebenar mereka ini disampaikan dalam bentuk dialog dan lagu yang berkait rapat dengan penceritaan pementasan muzikal ini.

Antara lagu yang bakal disampaikan pelajar-pelajar BCIM/UUM di dalam pementasan muzikal ini adalah Coba (Amir SYazwan), medley Cek Mek Molek & Pencuri Hati (Zahid), 1234u (Fattah Amin), Berlari (Tomok), Aku Yang Sebenar (Aril), medley Gelisah & Dikau Sumber Ilhamku (Haziq) serta Kuch Kuch Hota Hai (Akma)

Cinta Pertama The Musical dianjurkan pelajar-pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur yang berada di bawah kelolaan Idzwan Yacob dan disokong sepenuhnya oleh UUM. Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak adalah tetamu kehormat pada malam itu.

Bakal dipentaskan di Dewan Muadzam Shah di Sintok Kedah pada 11 Disember 2017 ini, Cinta Pertama The Musical turut dibuka kepada orang luar. Bayaran yang dikenakan hanyalah sebanyak RM5 sahaja.

CINTA PANDANG PERTAMA THE MUSICAL

CINTA PANDANG PERTAMA THE MUSICAL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YouTube Malaysia Rewind 2017: Senarai Video Paling Gempak & Trending Sepanjang 2017 

“Saya menari Untuk Suami, Biarlah Nak Kutuk Pun” – Mawar