in , ,

YouTube Akan Berhenti Menghantar Emel Notifikasi Untuk Muat-Naik Baru

Pada YouTube, sebelum ini pengguna boleh menetapkan untuk menerima emel apabila saluran yang dilanggan mereka memuat-naik video baru. Ini sekaligus memudahkan anda mengikuti perkembangan, dan tidak terlepas sebarang muat-naik baru.

Apa pun, perkara ini akan berubah tidak lama lagi. YouTube kini telah mengumumkan ciri berkenaan akan dihentikan pada 13 Ogos 2020 kelak.

YouTube mengatakan hanya sekitar 0.1% daripada emel notifikasi ini dibuka pengguna, dan ia sekadar memenuhkan peti emel pengguna sahaja.

Sebagai alternatif, YouTube masih kekal menghantar notifikasi melalui aplikasi mudah-alih atau melalui pelayar web Chrome, dan boleh dikawal melalui halaman tetapan YouTube.

Sumber: Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Team Pagi Suria Jelajah Enam Negeri Sempena Bulan Kemerdekaan

Bapa Afdlin Shauki Meninggal Dunia Selepas Pembedahan