in , ,

LoveLove CuteCute HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG! WinWin

Youth Care Malaysia Teraju Acara Symposium Kebajikan Penstriman Digital

Pertubuhan Pendidikan Kesedaran & Minda Prihatin Malaysia atau dikenali sebagai Youth Care Malaysia (YCM) julung kali mengadakan satu gabungan acara kebajikan terbesar seluruh Malaysia yang akan dilancarkan pada 25 Julai 2020 bertempat di Studio Live Boxx, Petaling Jaya.

Acara simposium kebajikan penstriman digital ini merupakan inisiatif kemanusiaan dan kebajikan hasil cetusan idea daripada komuniti belia Youth Care Malaysia setelah mengambil kira semua belia dalam golongan sasar yang memerlukan bantuan untuk meneruskan pembangunan kendiri mereka.

Sejajar dengan inisiatif norma baharu Malaysia, Youth Care Malaysia menitik beratkan usaha kerajaan untuk sentiasa mematuhi prosedur kendalian standard yang telah diperkenalkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

Acara ini telah mendapat sokongan daripada beberapa artis tempatan yang turut serta memberi sumbangan dan membantu dalam menyebarkan informasi berkenaan dengan sumbangan antaranya Datin Diana Danielle, Syafiq Kyle, Sufian Suhaimi, Lisa Surihani dan Syafi DFKL. 

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham juga menunjukkan sokongan kepada Youth Care Malaysia.

Turut melancarkan perjalanan acara ini dengan kehadiran belia selebriti media sosial atau dikenali sebagai instafamous seperti Zafir Karipap, Coki, Nazafee, Nurhayati Tahir, Da’i Danial, Da’i Hamidah, Da’i Saiful, Faris Azri danRipkiddo.

Menurut Presiden Youth Care Malaysia, YC Jabir Meftah, 

“Menerusi acara ini, kami ingin menjadi contoh teladan terbaik kepada seluruh komuniti belia di Malaysia.

Kami percaya dengan sedikit suntikan usaha dan sokongan moral yang kami laksanakan ini mampu membantu golongan belia sasar untuk terus bangkit dalam memajukan diri dan seterusnya menjadi satu contoh yang baik kepada masyarakat diluar sana, Ujar beliau.

Kesempatan ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang turut serta memberi sumbangan dan memohon maaf kerana kami terpaksa menolak beberapa sumbangan yang diberi kan diatas kekangan masa dan tenaga kerja yang kami hadapi,”

Jabir Meftah

Dibawakan khas oleh Live Boxx PJ, Chibol Gila, Dwell Property Consultant dan Mohd Zaidi Enterprise selaku penaja bersama acara ini berjaya mengumpul hasil kutipan barangan terpakai seperti sejumlah 25,789 helai pakaian harian dan pakaian untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Adha, sejumlah 1,086 buah buku termasuk kelengkapan alat tulis, sejumlah 1,066 buah perabot terpakai yang diperoleh dari syarikat atau organisasi terpilih dan sejumlah 139 buah mainan terpakai.

Kesemua barang yang diperoleh telah disanitasi dan dihantar ke dobi bagi tujuan pembersihan semula. Kesemua hasil kutipan barangan terpakai ini akan disalurkan kepada belia asnaf terdiri daripada 637 buah isi rumah belia asnaf dan 6 buah rumah badan kebajikan masyarakat yang telah dikenalpasti seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.youthcaremalaysia.com. Ikuti juga laman sosial Twitter, Instagram dan YouTube @youthcaremalaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai program anjuran Youth Care Malaysia.

Rancakkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan tanda pagar #youthcaremalaysia.

MENGENAI PERTUBUHAN PENDIDIKAN KESEDARAN DAN MINDA PRIHATIN MALAYSIA

Sejak ditubuhkan pada 12 Disember 2019, Pertubuhan Kebangsaan ini mejalankan misi utama dengan kempen “Tanamtree” yang merupakan usaha untuk meningkatkan kesedaran dikalangan belia dan membantu pengurangan perubahan iklim semasa di seluruh Malaysia. Masih mengekalkan visi kearah melahirkan generasi belia yang hebat, pertubuhan ini kekal relevan dalam menyentuh dan membantu komuniti belia Malaysia dalam pelbagai bentuk aktiviti dan program.

  1. 1)  SEJARAH PENUBUHAN YOUTH CARE MALAYSIA?Ditubuhkan pada 12 Disember 2019 bedaftar dibawah ROS Malaysia. Berstatus pertubuhan peringkat kebangsaan.yang diberi nama Pertubuhan Pendidikan Kesedaran Dan Minda Prihatin Malaysia atau Youth Care Malaysia.
  2. 2)  OBJEKTIF PENGANJURAN “THE BIGGEST VIRTUAL SYMPOSIUM PRELOVED CARNIVAL 2020”?
    1. Kestabilan adalah tonggak utama untuk pembangunan kendiri.
    2. Menjadi sumber sokongan kepada golongan belia sasaran.
  3. 3)  PENGLIBATAN ZON UNTUK MISI INI?
  1. Zon Utara
  2. Zon Tengah
  3. Zon Selatan
  4. Zon Timur
  5. Zon Borneo

– Perlis, Kedah, Penang & Perak. – Selangor & Kuala Lumpur.
– Melaka & Johor.
– Pahang, Kelantan & Terengganu. – Sabah & Sarawak.

  1. 4)  APAKAH TARAF PENCAPAIAN PROGRAM INI?Sejumlah 28,080 hasil kutipan sumbangan seperti pakaian harian, perabot terpakai, mainan, barangan tujuan Pendidikan dan barangan kelengkapan rumah dari seluruh Malaysia. Barangan akan disumbangkan ke 637 buah rumah keluarga belia asnaf dan 6 buah rumah kebajikan masyarakat di seluruh Malaysia.
  2. 5)  ANTARA AKTIVITI LAIN YANG TELAH DIANJURKAN YOUTH CARE MALAYSIA?
    1. Tanamtree – Road to 1 Million trees.
    2. Youth Clean Up Day
    3. Asli Camp
    4. Misi Bantuan Makanan Covid 19.
    5. Mission Food For All

What do you think?

52 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Malaysian Talent Crosses Borders Through HEART & SOUL

Penyanyi Popular Jayakan Konsert Online High5JOOX