in , , ,

Penyanyi Popular Jayakan Konsert Online High5JOOX

Ikuti rentak muzik! JOOX membawakan ‘Konsert Online High5JOOX” yang menampilkan Dayang Nurfaizah, Naim Daniel, Ismail Izzani, Daiyan Trisha, Floor 88, FML, Sophia Liana & Budak Ngam

JOOX Malaysia meraikan lima tahun terbaik dalam industri muzik dan hiburan dengan membawakan tiga konsert online pada tiga hujung minggu berlainan, menampilkan  artis-artis terkemuka tanah air dari pelbagai genre. Menangi pas eksklusif untuk berinteraksi secara langsung dengan idola anda melalui panggilan video!

JOOX, platform muzik paling berdedikasi di Asia, menjemput anda untuk berhibur bersama artis-artis popularMalaysia. Nantikan tiga persembahan secara langsung dalam talian  bersempena sambutan ulang tahun ke-5 High5JOOX, JOOX Malaysia.

Konsert Online High5JOOX Poster

Nikmati “Konsert Online High5JOOX” di keselesaan rumah anda atau di mana-mana sahaja anda berada untuk menyaksikan persembahan memukau Naim Daniel dan Ismail Izzani, Floor 88, serta artis-artis JOOX ORIGINALS; Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, dan Sophia Liana & Budak Ngam.

Peminat juga berpeluang memenangi pas eksklusif untuk berinterasksi secara langsung dengan idola mereka melalui panggilan video!

Nantikan pukauan vokal dari Ledakan Duo: Naim Daniel dan Ismail Izzani, yang akan membuat persembahan bersama di konsert Online ini pada 25 Julai. Dan jika anda peminat muzik rock, maka jangan lepaskan peluang untuk menikmati gegaran mantap muzik ini bersama Gegaran BandFloor 88 pada 8 Ogos, kerana mereka akan membuktikan kepada peminat mengapa mereka adalah kumpulan yang paling banyak distrim di JOOX.

Sebagai penutup acara konsert ini, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan persembahan artis-artis JOOX ORIGINALS yang akan berlangsung pada 15 Ogos  yang menggabungkan ratu balada Dayang Nurfaizah, penyanyi dan pencipta lagu Daiyan Trisha, artis duo R&B baharu FML, bintang Rap meningkat naik, Sophia Liana & Budak Ngam yang pasti akan menawan hati dengan keunikan masing-masing.

Jangan terlepas konsert dalam talian yang luar biasa ini! Tandakan kalendar anda sekarang:

25 Julai, Sabtu 9 malamNaim Daniel and Ismail Izzani 
8 Ogos, Sabtu 9 malamFloor 88
15 Ogos, Sabtu 9 malamJOOX ORIGINALS – Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, Sophia Liana & Budak Ngam

Sertailah keterujaan konsert ini dan RSVP sekarang di https://bit.ly/RSVPLedakanDuoJOOX!

Lebih hebat, dua pemenang bertuah akan dipiliholeh JOOX untuk memenangi pas eksklusif berinteraksi secara langsung dengan artis-artis ini menerusi panggilan video. Peminat akan dipilih untuk setiap konsert.

Maklumat lanjut penyertaan boleh didapati di laman Facebook JOOX Malaysia dan aplikasi JOOX!

“Kami di JOOX sangat gembira untuk memberikan  yang sepatutnya buat peminat muzik di seluruh Malaysia, iaitu hanya yang terbaik daripada bintang muzik paling popular, paling menyerlah dan yang sedang meningkat naik.

Acara ini adalah sebahagian daripada  “High5JOOX Celebration”,  persembahan muzik selama tiga hujung  di atas talian ini adalah cara kami untuk menunjukkan komitmen dan dedikasi kami untuk membalas sokongan padu yang JOOX terima dari peminat muzik di Malaysia selama lima tahun ini dan semoga ianya berkekalan sehingga tahun seterusnya.

Barisan artis yang mengambil bahagian dalam acara ini dapat menunjukan secara sempurna betapa hebatnya suasana muzik digital di Malaysia,”

Angie Tan, Ketua JOOX Malaysia.

“Kami sudah tidak sabar untuk menghiburkan peminat kami agar mereka mengalami  sendiri persembahan lagu-lagu kami secara langsung dalam konsert dalam talian ini,”

Naim Daniel dan Ismail Izzani

Kumpulan yang semakin mencipta nama, Floor 88 juga berjanji untuk menggegarkan peminat dengan lagu-lagu popular mereka,

“Kami akan memberikan persembahan memukau agar peminat merasakan seolah-olah kami berada di hadapan mereka. Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, Sophia Liana dan Budak Ngam juga menyatakan betapa mereka begitu teruja dan semangat dengan persembahan dalam talian ini ,

“Kami berharap semua peminat muzik di Malaysia bersedia untuk menyokong kami, kerana kami berjanji akan memberikan persembahan 100 peratus kepada para peminat kami,”

Floor 88

Sama ada anda ingin menonton acara yang diterbitkan oleh JOOX buat julung kalinya, K-Pop IDOL STATION, projek lintasan muzik eksklusif  JOOX ORIGINALS, dan I-LAND acara blockbuster Korea terbaru yang menampilkan raja menari K-Pop Rain dan penyanyi rap Korea, Zico, atau menonton siaran langsung dan berkaraoke bersama keluarga dan rakan anda, dengan hanya satu klik sahaja JOOX sedia memberikan  pesta muzik hiburan dan harian peribadi anda. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Youth Care Malaysia Teraju Acara Symposium Kebajikan Penstriman Digital

“Tolak Pelawaan PU Bukan Ajaran Islam” – Safiey Illias