in , ,

YHB Sleepsalot Lancar Single TUKAR CURRENCY Dedikasi Buat Kuala Lumpur 

YHB Sleepsalot Dedikasi Hormat Kepada Kuala Lumpur Dengan TUKAR CURRENCY. Bintang rap Singapura, YHB Sleepsalot kembali tampil dengan single baharu berjudul Tukar Currency yang kini sudah berada di semua platform digital menerusi Universal Music.

Tukar Currency adalah lagu pertama tahun ini keluaran bakat baharu cukup menyinar itu selepas menutup tahun 2021 dengan karya romantiknya Jatuh Boi tahun lalu.

Sejak sempadan negara dibuka beberapa tahun lalu, warga Singapura berpeluang untuk mengubat kerinduan menjejak tanah Malaysia, dan sebaliknya. Ia turut dirasakan YHB Sleepsalot yang tidak bertangguh ke Kuala Lumpur (KL) pada Mac lalu di mana dia dapat bertemu semula dengan sahabat serta rakan artis dalam industri rap.

YHB Sleepsalot Lancar Single TUKAR CURRENCY Dedikasi Buat Kuala Lumpur

Dalam persiapannya menuju ke sini, tercetus sebuah perasaan yang menurutnya kembali segar dalam diri, lantas ideanya terhasil daripada gambaran betapa terujanya dia dapat melangkau keluar dari Singapura. “Sewaktu pergi menukar wang, ia serta-merta mengembalikan semula kenangan itu,”katanya teringat masa itu. “Rasanya agak pelik dan pada masa sama mengingatkan saya betapa pentingnya melawat KL. Ada saja berlaku pertukaran budaya dan idea. Ia benar-benar buatkan saya terinspirasi.”

Semua idea rasa itu kemudian dirangkumkan dalam Tukar Currency yang diterjemah ke bahasa Melayu daripada istilah Inggeris, Currency Exchange. Karya itu turut diserikan dengan kerjasama daripada SonaOne dan angggota FORCEPARKBOIS iaitu Nakalness. 

YHB Sleepsalot Lancar Single TUKAR CURRENCY Dedikasi Buat Kuala Lumpur

Tukar Currency menggunakan rentak ‘breezy trap’ Yang dicipta RIIDEM di mana YHB turut merakam perjalanannya dan selitkan metafora berkisar kemewahan, kesungguhan, dan kuasa. Dia masih kekal merendah diri tapi optimistik pada masa sama dan disalurkan pada baris lirik ‘Kalau ambik L aku tambah jadi V’, terjemahan daripada “If I ever take an L (loss), I’ll bounce back and turn it back up.”

Dia turut menyebut nama bintang gusti Stone Cold Steve Austin dan penerbit hip hop, Metro Boomin, dua penghulu dalam lapangan artistik masing-masing sambil menujukan sepatah dua kata buat golongan bertaraf diva dan berkelas tinggi pernah ditemuinya, diiringi tawa kecil.

YHB Sleepsalot Lancar Single TUKAR CURRENCY Dedikasi Buat Kuala Lumpur

Sejak mula berkarya dalam muzik, YHB ambil berat terhadap populariti diraihnya dari luar Singapura meskipun agak asing buatnya kerana ketika itu baru pertama kali menulis lirik. Dia memiliki peminat dari Malaysia yang serta-merta menyukai corak rap tersendirinya selepas mendengar lagunya di platform penstriman dan media sosial.

YHB juga teringat semula betapa kota KL rasa dekat tapi masih asing di hatinya. “Ia memberi saya peluang untuk mendewasa dan berkembang sebagai individu dan juga artis,” tambahnya. Bersua dengan himpunan artis hebat turut membuatkan semangatnya lebih berkobar melangkah ke 2022 berbekalkan perspektif baharu ditemuinya.

YHB Sleepsalot Lancar Single TUKAR CURRENCY Dedikasi Buat Kuala Lumpur

Muzik video (MV) Tukar Currency turut memberi kelegaan buatnya kerana dapat menjalani penggambaran sendiri di kota ini. MV terdahulunya menerusi Jatuh Boi menampilkan pemandangan KL yang dirakam kru tempatan sebelum diberikan kepada mereka di Singapura. Sekembalinya ke Singapura, dia sangat bersemangat untuk menguasai industri rap semula dan pelancaran Tukar Currency melambangkan ikatan istimewa antara dua negara ini. “Negara kita sudah ibarat bersaudara, baik rakyatnya, makanan, dan budaya,” katanya.

“Begitu indah melihat persamaan mahupun perbezaan yang kita ada! Sekarang saya cuma ingin terus hasilkan lebih banyak muzik dan bekerjasama dengan pengkarya dari luar negara.”

Tukar Currency kini boleh dinikmati di semua platform penstriman. Dengar sini. Muzik videonya juga sudah boleh ditonton di YouTube.

Mengenai YHB Sleepsalot:

Sebagai bintang rap yang kian menyinar, YHB  Sleepsalot dipuji kerana memiliki bunyi selain corak ketrampilannya unik di media sosial. Sudah mencintai muzik sejak kecil, YHB Sleepsalot mula menulis lagu seawal umur 13 tahun dan melancarkan muzik sendiri pada 16 tahun menggunakan rentak yang ditemuinya menerusi YouTube selain mempelajari sendiri produksi penghasilan lagu.

Kesungguhan tinggi untuk terus berkarya membuahkan hasil apabila lagunya Karabujan meraih perhatian ikon hip hop serantau iaitu SonaOne dan ALYPH. Diikuti lagu Terminal dan Blow Up yang memasuki senarai lagu dimainkan di Spotify’s New Era: Asian Hip Hop. Bakat muda ini juga pernah menjadi artis pembuka tirai persembahan penyanyi rap terkenal serantau termasuk MK K-Clique, Kidd Santhe, dan Tuju K-Clique.

Berbekalkan bunyi unik serta kepelbagaian diskografinya, YHB  Sleepsalot kemudian dilamar menjadi artis Def Jam South East Asia, Universal Music Singapura pada 2020 sekali gus menjadi artis termuda dinaungi label itu. Dia melancarkan lagu pengenalannya berjudul Don’t Miss Demo, kesinambungan kepada kemampuannya menghasilkan sebuah lagu dalam tempoh kurang sejam.

Pada Jun 2021, YHB Sleepsalot melancarkan Jatuh Boi yang menampilkan SonaOne dan meraih hampir 25,000 penstriman di YouTube, 35,000 tontonan di YouTube dalam tempoh dua minggu pelancarannya. Menulis dari kejauhan lagu itu bersama SonaOne dalam satu malam saja, aliena lirik dan melodi mengkhayalkan hasil sentuhannya dapat pujian NME  Asia, TimeOut (Singapura) serta media Malaysia  termasuk HITZ,  Era,  Harian  Metro,  tonton dan  Kosmo. Bahkan, dia turut menghiasi muka depan majalah dalam talian Getaran (Malaysia). Disebut antara artis perlu diberi perhatian tahun ini oleh The Straits Times, YHB meletakkan piawaian tinggi terhadap dirinya sebagai penyanyi rap dan penulis lagu bagi terus mewarnai industri serantau dengan kehebatan muzikalnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PRISM+ Lancar Soundbar PRISM+ Symphony & PRISM+ Flow

ARA JOHARI

Ara Johari Nyanyikan OST Drama Bersiri JESNITA Berjudul PASTI TIBA