in ,

“Ye la, Sebab Kacak Nobody,” Hati DS Vida Tersentuh Dengan Luahan Kacak

Hati DS Vida Tersentuh Dengan Luahan Kacak. DS Vida Tampil Beri Penjelasan Berkenaan Hal Tersebut Dan Rata Rata Warganet Memberi Semangat Kepada Kacak

Realiti kehidupan dalam keluarga, kadang-kadang ada yang pantas membandingkan dirinya dengan adik-beradik yang lain kerana merasakan dirinya tidak setanding yang lain.Tapi pastinya buat ibu bapa tiada anak-anak yang diihat lebih daripada yang lain.

Pada tahun 2020, nama Cik B semakin dikenali apabila beliau telah menceburi bidang seni nyanyian dan lakonan.

Disebabkan itu, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin semakin sibuk ke sana ke sini bagi memenuhi jemputan media.

Oleh itu, adik lelakinya iaitu Muhammad Eric Zaquan atau lebih dikenali sebagai Kacak berasa rendah diri apabila kakak dan ibunya menjadi orang hebat.

"Ye la, Sebab Kacak Nobody," Hati DS Vida Tersentuh Dengan Luahan Kacak

Walaupun nampak happy dengan kehidupannya, rupanya anak lelaki Datuk Seri Vida (DSV), rupanya dalam diam memendam rasa.“Ye la, sebab Kacak nobody”

Dato’ Seri Vida ada memuat naik satu foto memaparkan screenshot perbualannya bersama dengan Kacak di aplikasi Whatsapp.

Membanding pencapaian yang diperoleh oleh kakaknya, Kacak menganggap dirinya sebagai satu beban kerana hanya ‘berkebolehan’ untuk menjadi tunggul kayu dan menghabiskan duit ibunya sahaja.

Hati ibu mana yang tidak tersentuh, DSV segera menjelaskan dirinya tidak pernah membandingkan kejayaan anak-anaknya.

DSV juga dilihat meluahkan yang dia menyayangi semua anak-anaknya secara sama rata.Tapi perkongsian itu menarik rata-rata warganet untuk memberi semangat kepada anak jutawan kosmetik tersebut.

Terkejut dengan luahan hati tersebut, ramai netizen meninggalkan kata-kata sokongan untuk Kacak dan turut mempercayai bahawa satu hari nanti Kacak akan menjadi orang yang berjaya seperti ibu dan kakaknya itu.

Warganet juga dilihat sempat memberi nasihat kepada remaja tersebut. Betul lah, Kacak pun baru 13 tahun, jauh lagi perjalanan yang hendak dicapai. Janganlah sedih-sedih….

Mana tahu suatu hari nanti Kacak akan sambung legasi perniagaan DSV kan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OPPO Reno5 Pro+ 5G Dilancarkan, Dilengkapi Cip Snapdragon 865 & Sensor Kamera IMX766

Senarai Filem Bertemakan Krismas di Netflix Untuk Ditonton Semasa Musim Percutian Ini