in , ,

Senarai Filem Bertemakan Krismas di Netflix Untuk Ditonton Semasa Musim Percutian Ini

Pastinya anda bosan kerana tidak dapat bercuti ke luar negara, atau mungkin masih trauma untuk melancong ke negara sendiri. Budiey percaya ramai antara kita yang mengambil peluang di musim percutian ini untuk balik kampung. Semoga hati-hati dan jaga diri ketika berada dalam perjalanan dan di kampung.

Namun, bagi anda yang tidak tahu nak buat apa, bolehlah layan filem yang bertemakan Krismas. Nah ini senarainya. Selain dari rancangan dan kandungan asli terbaik lain, Netflix juga ada menawarkan filem-filem bertemakan Krismas yang hebat dan menghiburkan. Dari yang klasik hinggalah filem asli baru, senarai ini sesuai untuk anda tonton sewaktu cuti ini.

1. Jingle Jangle: A Christmas Journey (2020)

Barisan pelakon: Forest Whitaker, Madalen Mills, Keegan-Michael Key, Ricky Martin

PengarahDavid E. Talbert

Dibintangi oleh nama-nama besar dan menampilkan lagu-lagu oleh John Legend, filem Krismas yang indah ini mengisahkan seorang gadis muda dalam misi untuk menolong datuknya untuk memulihkan semula ciptaannya yang paling hebat. Kisah yang menyentuh hati ini sesuai untuk semua peringkat umur, malah lagu-lagu dan tarian dari filem ini pasti akan dimainkan berulang-ulang kali dalam kepala anda. 

Pautan filem: Netflix – Jingle Jangle: A Christmas Journey

2. The Knight Before Christmas (2019)

Barisan pelakon: Vanessa Hudgens, Josh Whitehouse, Emmanuelle Chriqui, Kat Graham

Pengarah: Monika Mitchell

Filem yang diterbitkan pada tahun 2019 ini menambahkan koleksi filem Krismas romantik Netflix yang semakin meningkat. Filem ini mengisahkan seorang kesatria zaman pertengahan yang secara ajaib dibawa ke bandar Ohio zaman moden, di mana seorang guru yang kecewa sedang bersiap untuk musim percutian tanpa cinta. Tentunya, seperti filem romantik lain. cinta antara dua watak ini mula berputik.

Pautan filemNetflix – The Knight Before Christmas

3. The Holiday Calendar (2018)

Barisan pelakon: Kat Graham, Quincy Brown, Ethan Peck, Ron Cephan Jones

Pengarah: Bradley Walsh

Satu lagi filem Krismas romantik oleh Netflix, filem ini berkisar tentang seorang jurugambar yang bercita-cita tinggi namun tidak mampu berkembang jauh kerana terperap di bandar kecil yang didiaminya. Dalam pada itu, kalendar antik yang diturunkan dari neneknya tiba tepat pada waktunya yang membawanya ke arah cinta dan kerjaya yang lebih memuaskan.

Pautan filem: Netflix – The Holiday Calendar

4. The Christmas Chronicles (2018)

Barisan pelakon: Kurt Russell, Chris Columbus, Mark Radcliffe, Michael Barnathan

Pengarah: Chris Columbus

Filem asli Netflix dari tahun 2018, filem sesuai untuk kanak-kanak ini mengisahkan tentang sepasang adik beradik ketika mereka memulakan pengembaraan sepanjang malam dengan Mr Claus sendiri untuk menyelamatkan Krismas. Menampilkan Kurt Russell sebagai Santa Claus, elf, rusa, dan banyak unsur Krismas klasik lain, filem ini boleh membuat kanak-kanak dan orang dewasa sama-sama terhibur. Lebih menarik lagi, sudah ada sekuel baru untuk filem ini yang baru sahaja dilancarkan tahun ini.

Pautan filemNetflix – The Christmas Chronicles & The Christmas Chronicles 2

5. How the Grinch Stole Christmas (2000)

Barisan pelakon: Jim Carrey, Taylor Momsen, Christine Baranski, Jeffrey Tambor

Pengarah: Ron Howard

Buku tulisan Dr. Seuss yang terkenal mendapat adaptasi aksi langsung dalam filem arahan Ron Howard ini. Jim Carrey tampil sebagai Grinch, dengan bintang terkenal lain seperti Christine Baranski dan Molly Shannon sebagai watak sampingan. Penonton dari semua peringkat umur pastinya terhibur melihat bagaimana Cindy Lou Who berusaha mencairkan hati Grinch yang keras dalam filem istimewa ini.

Pautan filemNetflix – How the Grinch Stole Christmas

6. A Very Murray Christmas (2015)

Barisan pelakon: Bill Murray, Miley Cyrus, George Clooney, Rashida Jones

Pengarah: Sofia Coppola

Bill Murray menampilkan beberapa wajah dan bintang terkenal – George Clooney, Amy Poehler, dan Maya Rudolph, antara yang lain – bersama dalam komedi muzikal istimewa ini. Anda pasti suka melihat bintang kegemaran anda menyanyikan lagu klasik Krismas seperti “Let It Snow, Let It Snow, Let It Snow” dan “Silent Night.”

Pautan filemNetflix – A Very Murray Christmas

7. Holiday Rush (2019)

Barisan pelakon: Sonequa Martin-Green, Darlene Love, Romany Malco, Amarr M. Wooten

Pengarah: Leslie Small

Seorang DJ radio yang berjaya dan duda bersedia untuk menyambut percutian dengan empat orang anaknya – sehingga tiba-tiba dia kehilangan pekerjaannya dan terpaksa mengurangkan sambutan yang dikatakan “season of giving“. Filem yang memfokuskan keluarga ini mempunyai mesej yang menyentuh hati dan mengingatkan kita tentang apa yang sebenarnya penting dan diperlukan pada waktu percutian. 

Pautan filemNetflix – Holiday Rush

8. Let it Snow (2019)

Barisan pelakon: Isabela Moner, Kiernan Shipka, Mitchell Hope, Odeya Rush

Pengarah: Luke Snellin

Berdasarkan buku Let it Snow: Three Holiday Romances yang ditulis bersama oleh John Greene, sekumpulan sahabat dan kehidupan cinta pelajar sekolah menengah bertembung ketika ribut salji melanda kota kecil mereka. Dipenuhi dengan mesej persahabatan, cinta, dan kekeluargaan, filem ini sesuai untuk anda tonton di rumah waktu cuti ini.

Pautan filemNetflix – Let it Snow

9. Klaus (2019)

Barisan pelakon: Jason Schwartzman, Joan Cusack, Sergio Pablos, Norm Macdonald

Pengarah: Sergio Pablos

Filem Krismas animasi yang menghiburkan ini mengisahkan seorang tukang pos di stesen barunya yang jauh dan tidak menyenangkan, di mana dia bertemu dengan tukang kayu yang berjanggut putih dan mempunyai minat untuk membuat mainan. Sebagai penceritaan baru kisah Santa Claus, filem yang pernah dicalonkan dalam Academy Award ini memang kreatif dan menarik, dengan diselit babak dan adegan yang cukup menyentuh hati. 

Pautan filemNetflix – Klaus

10. Christmas Inheritance (2017)

Barisan pelakon: Eliza Taylor, Jake Lacy, Andie MacDowell, Michael Xavier

Pengarah: Ernie Barbarash

Christmas Inheritance ditayangkan di Netflix pada tahun 2017. Sebelum sosialit Ellen Langford (Eliza Taylor) dapat mewarisi perniagaan ayahnya, dia mesti kembali ke kampung halamannya di Snow Falls untuk menyampaikan satu kad Krismas khas. Apa yang sepatutnya menjadi perjalanan singkat akhirnya mengambil masa yang lama, di mana dia belajar nilai duit yang sukar diperoleh dan menemui cinta dalam masa yang sama.

Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Ye la, Sebab Kacak Nobody,” Hati DS Vida Tersentuh Dengan Luahan Kacak

Akaun Apple Di Facebook Tidak Lagi Mempunyai Lencana Pengesahan Identiti (Bluetick)