in

Pelancaran Program YAY! CUTI SEKOLAH Bersama Selebriti & Profesional

YouGo Training & Media Consultancy (YouGo) dengan kerjasama Arte Academy melancarkan program “Yay! Cuti Sekolah” yang merupakan siri bengkel skil kreatif dan seni persembahan yang mensasarkan pelajar sekolah berumur 10-17 tahun sempena cuti sekolah hujung tahun ini.

Lebih istimewa lagi, bengkel-bengkel ini akan dikendalikan oleh selebriti-selebriti terkenal tanahair dan golongan profesional, termasuk pemenang Akademi Fantasia musim pertama Vince Chong, personaliti-personaliti television Nurul Syuhada Nurul Ain dan Rina Omar, pemuzik dan artis rakaman Az Samad dan jurufoto dan pengasas Redmedia, Zuhri Iskandar Kamarzaman.

Az_Samad

“Objektif program “Yay! Cuti Sekolah” ini adalah untuk menyediakan aktiviti bermanfaat dan menyeronokkan, serta mengasah bakat murid-murid sekolah, sepanjang cuti panjang ini nanti,” kata M. Zulkifli, CEO YouGo Training & Media Consultancy.

“Bengkel-bengkel ini akan diadakan dalam suasana yang santai dan kondusif dan dikendalikan oleh mereka yang letah mencipta nama dan mahir dalam bidang muzik, vokal, pengucapan awam dan seni fotografi.”

“Saya tak sabar nak kongsi pengalaman menyanyi lebih 15 tahun dengan peserta-peserta bengkel nanti,” kata Vince. “Dan saya juga berharap dapat memberi motivasi kepada semua yang hadir, bukan sahaja dalam seni vokal, tetapi juga dari segi keyakinan berhadapan dengan orang ramai.”

Seorang lagi pelatih selebriti yang bakal turut serta ialah Nurul Syuhada Nurul Ain, peronaliti TV yang pernah mengacara program-program seperti “Nona”, “Majalah 3” dan “Malaysia Hari Ini”. “Pengucapan awam kini penting untuk sesiapa saja, dan permulaan baik adalah di peringkat sekolah,” kata beliau. “Untuk itu, banyak tip yang ingin saya kongsikan dengan adik-adik pelajar sekolah semua melalui program ini.”

Vince Chong

Butiran Lengkap Program Yay! Cuti Sekolah

WORKSHOP GITAR bersama AZ SAMAD
(Graduan Berklee College of Music, pemuzik dan pendidik)

Terbuka kepada semua pelajar sekolah berusia di antara 10-17 tahun. Untuk program ini, peserta perlu tahu bermain gitar secara asas dan membawa instrumen sendiri. Nota latihan akan disediakan.

Tarikh: 19 November atau 11 Disember 2016

WORKSHOP NYANYIAN bersama VINCE CHONG
(Pemenang Akademi Fantasia dan artis rakaman)

Terbuka kepada semua pelajar sekolah berusia di antara 10-17 tahun.

Tarikh: 28 November atau 10 Disember 2016

WORKSHOP PENGUCAPAN AWAM bersama RINA OMAR
(Personaliti TV dan pengacara majlis profesional)

Dalam Bahasa Inggeris. Terbuka kepada semua pelajar sekolah berusia di antara 10-17 tahun.

Tarikh: 26 November atau 17 Disember 2016

Nurul Syuhada

WORKSHOP PENGUCAPAN AWAM bersama NURUL SYUHADA
(Personaliti TV)

Dalam Bahasa Malaysia. Terbuka kepada semua pelajar sekolah berusia di antara 10-17 tahun.

Tarikh: 20 November atau 18 Disember 2016

WORKSHOP FOTOGRAFI bersama ZUHRI ISKANDAR
(Jurufoto komersil, pemenang anugerah dan pengasas Redmedia)

Terbuka kepada semua pelajar sekolah berusia di antara 10-17 tahun. Untuk program ini, peserta perlu membawa sendiri kamera digital kompak ataupun DSLR. Nota latihan akan disediakan.

Tarikh: 27 November atau 18 Disember2016

Kesemua bengkel sehari ini akan diadakan di Arte Academy, B-1-2, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor, dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

YouGo juga menawarkan harga istimewa RM299 untuk setiap peserta (harga biasa RM350), jika pendaftaran dibuat sebelum 10 November 2016. Untuk mereka yang mendaftar lebih dari satu program pula, harga istimewa RM250 untuk setiap program turut diberikan.

Mereka yang berminat boleh hubungi talian 012-3456055 / 03-8659 7534 atau emel [email protected] / [email protected] dan layari www.yougotraining.com

Mengenai YouGo Training & Media Consultancy

YouGo Training & Media Consultancy (YouGo) ditubuhkan pada tahun 2016 dan menawarkan pelbagai program latihan dalam industri kreatif dan media. YouGo juga memberi khidmat nasihat dalam strategi dan pembikinan konten. Kami juga
mempromosikan pembelajaran berterusan dan konsep maju bersama.

Alamat:
YouGo Training & Media Consultancy
F-2-5, Jalan GC3
Glomac Cyberjaya, Persiaran APEC
Cyberjaya 63200
SELANGOR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kolaborasi Disney Channel & Elizabeth Tan dalam ELENA OF AVALOR

Bunkface Mahu Lancar Album Inggeris BUNKFACE X Tahun 2017