in

Kolaborasi Disney Channel & Elizabeth Tan dalam ELENA OF AVALOR

Check out what’s happening on Disney Channel (Astro Ch 615) in November, including an exclusive collaboration with our very own singer Elizabeth Tan!

SENARAI PROGRAM DISNEY CHANNEL – NOVEMBER 2016

Elena of Avalor**SIARAN PERDANA**
13 November, Ahad, 11 pagi
Puteri remaja Elena telah selamatkan kerajaan magisnya, Avalor, daripada ahli sihir yang jahat dan kini terpaksa belajar cara memimpin Negara sebagai raja bertakhta. Disebabkan dia hanya berusia 16 tahun, dia mempunyai sebuah Majlis Tertinggi yang terdiri daripada datuk dan neneknya, sepupunya Canselor Esteban dan rakan baharunya, Naomi, untuk memberi panduan sepanjang pemerintahannya. Elena juga dibantu and dibimbing oleh adiknya Isabel, rakan-rakannya Mateo dan Gabe, serta sekumpulan haiwan berkepak yang magis bernama jaquins. Jangan terlepas SIARAN PERDANA dengan episod berturut-turut pada 13 November, 11 pagi! Hayati muzik video istimewa “My Time” yang disampaikan oleh penyanyi tempatan, Elizabeth Tan!

Elena of Avalor

Selamat Harijadi, Mickey! **EPISOD BAHARU**
Bermula 18 November, Jumaat, 9 pagi
Selamat Harijadi, Mickey! Tontoni Disney Channel dan sambut harijadi Mickey dengan lima EPISOD BAHARU yang berturut-turut – Wonders of the Deep, Sock Burglar, Ku’u Lei Melody, Turkish Delight, dan Entombed!

Filem Istimewa di Disney Channel **SIARAN PERDANA**
6 November dan 20 November, Ahad, 9 pagi
Bersantai bersama filem-filem terpilih di Disney Channel! Pada 6 November, saksikan Smurfs 2, di mana pasukan Smurfs berganding bahu dengan rakan-rakan manusia mereka untuk menyelamatkan Smurfette yang telah diculik oleh Gargamel, ahli sihir yang jahat.

Pada 20 November, sertai Dusty, pelumba angin terkemuka dunia, apabila dia berganding bahu dengan Blade Ranger, ahli bomba dan penyelamat helikopter veteran serta pasukannya, The Smokejumpers. Pasukan yang berani ini bersatu hati menghentikan kebakaran hutan yang dahsyat, di mana Dusty mempelajari rahsia di sebalik jiwa seorang hero sejati.

MICKEYMOUSESHORTS

Hujung Minggu Dr Strange
5 – 6 November, Sabtu dan Ahad, 2 petang
The Hulk berganding bahu dengan Dr. Strange dan Howling Commandoes untuk menerokai selok-belok alam Marvel yang masih terpendam dalam kisah Hulk: Where Monsters Dwell pada 5 November. Pada 6 November, jangan terlepas peluang bertemu dengan ‘Master of the Mystic Arts’, Dr. Strange, dalam episod Ultimate Spider-Man vs. Sinister 6 dan Avengers Assemble: Ultron Revolution!

Star vs Forces of Evil **EPISOD BAHARU**
18 November, Jumaat, 1.30 tengahari
Sertai pengembaraan antara-dimensi Star Butterfly dan Marco, di mana mereka mengembara merentasi galaksi angkasa lepas sambil memastikan kayu sakti mereka tidak dicuri oleh Ludo, musuh ketat mereka! Jangan terlepas EPISOD BAHARU setiap hari Jumaat bermula 18 November!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Islamik TARBIAH CINTA Lakonan Memey Suhaiza & Arja Lee

Pelancaran Program YAY! CUTI SEKOLAH Bersama Selebriti & Profesional