in ,

Yatt Hamzah Teringin Berniqab, Sampai Menangis Beritahu Suami Harap Temui Kekuatan

Hangat diperkatakan seorang selebriti popular sudah berniqab, pelakon Yatt Hamzah memberitahu dia juga mempunyai niat yang sama untuk melakukan penghijrahan seperti itu.

Sebelum ini, menerusi perkongsian di Instagram, Yatt ada berkata dia pernah menangis ketika menyuarakan hasrat itu kepada suaminya, Zulfadhli Khiruddin namun masih belum kuat untuk berbuat demikian.

Pernah post gambar ini Jumaat beberapa minggu lalu kalau perasan. Sebelum keguguran dulu. Masa ni tak tahu sedang hamil. Emosi memang tak stabil, patutlah begitu, rupanya sedang hamil.

yatt-hamzah

“Masa ni memang teringin sangat nak berniqab atau at least berpurdah dulu. Tapi tak kuat lagi. Sungguh-sungguh teringin. Wallahi teringin sampai menangis beritahu suami,”

– Yatt Hamzah

Turut memuat naik gambarnya berniqab, Yatt meluahkan rasa teruja apabila melihat rakan sekeliling kini sudah berubah ke arah yang lebih baik. Malah, Yatt turut meminta orang ramai mendoakan dirinya diberi kekuatan untuk menjadi lebih baik.

“Lihat sahabat-sahabat sekeliling sudah mulakan dulu. Diri jadi teruja.MashaaAllah kuatnya mereka. Jadi inspirasi dan motivasi buat diri ini.

“Mohon doakan Bonda bernama Haryati binti Hamzah ini dan semua wanita lain yang sedang struggle untuk jadi lebih baik diberikan kekuatan dalam perjuangan (Mujahadah) ini. Mohon sokongan dan doa semua,”

– Yatt Hamzah

Menerusi Harian Metro, Yatt Hamzah ada berkata dia kini dalam proses untuk berhijrah dari segi penampilan dengan memakai purdah. Yatt sememangnya sudah mula memakai purdah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Saya dah mula pakai purdah sejak PKP lagi dan ketika PKPP, saya pakai hampir setiap hari ketika menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Sebelum ini, saya pakai pelitup mulut dan hidung. Tapi, apabila fikirkan semula, baik saya berpurdah saja sebab lebih selesa. Jadi, saya mula perlahan-lahan,”

– – Yatt Hamzah

Menurutnya, dia juga mendapat sokongan daripada suami untuk memakai purdah.

“Saya ada luahkan hasrat untuk berpurdah kepada suami dan dia pun sokong. Bukan sebab saya terlalu cantik atau wajib, tapi sebab memakai purdah, banyak perkara seperti fitnah boleh dielakkan. Dengan memakai purdah juga, saya dapat mengawal diri saya sebab ramai tahu, saya jenis periang dan suka ketawa. Apabila pakai purdah, dapatlah kawal diri kita,”

– – Yatt Hamzah

Yatt juga mengharapkan supaya orang ramai mendoakan dirinya terus istiqomah.

“Saya pun masih belajar dan perlu banyak beristiqomah. Saya tak tahu sama ada saya kuat atau tidak untuk terus memakai purdah. Saya kongsikan gambar di Instagram sebelum ini bukan untuk menunjuk, sebaliknya mengharapkan doa daripada keluarga, rakan-rakan dan pengikut Instagram saya,”

– Yatt Hamzah

Semoga Yatt kekal istiqomah.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sejak Hamil Anak Pertama, Penyanyi Fatin Husna Jadi Berselera & Kuat Makan

Yahoo! Groups & Yahoo! Messenger (YM) Sudah Tiada, Ini Luahan Hati Netizen