in , ,

Sejak Hamil Anak Pertama, Penyanyi Fatin Husna Jadi Berselera & Kuat Makan

Wah, dah tak lama lagi penyanyi Fatin Husna bakal menimang anak pertama. Semoga anak yang dilahirkan nanti sihat walafiat dan sempurna. Amin…

Alhamdulillah.. Penyanyi lagu Rahsia Kita (duet Khai Bahar), Fatin Husna bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Fatin atau nama sebenarnya Fatin Husna Ibrahim, 25, yang berkahwin dengan usahawan Luqmanul Hakim, bersyukur segala urusan dipermudahkan.

“Saya bersyukur, impian kami untuk mempunyai anak bakal jadi kenyataan selepas disahkan hamil.

“Ceritanya satu malam tu saya tengah live menyanyi, tiba-tiba tengah nyanyi, saya rasa mengah, sesak nafas. Selepas tu rasa loya dan pening.

“Masa tu saya fikir mungkin itu gastrik sebab saya memang pernah alami gastrik. 

“Kemudian saya terdetik untuk cuba pregnancy test. Saya cuba dua kali sebab macam tak percaya. Alhamdulillah, doa saya untuk hamil dimakbulkan,” katanya yang berada dalam keadaan sihat.

“Buat masa ini, saya rahsiakan dulu berapa usia kandungan saya kerana masih terlalu awal. Doktor cakap semua okay.

“Saya tak ada mengidam apa-apa yang pelik, cuma Saya jadi kuat makan sekarang ini,”

– Fatin Husna

Semoga Una sihat selalu dan terus dimurahkan rezeki.

Fatin Husna yang lebih mesra dipanggil Una bernikah dengan usahawan, Luqmanul Hakim pada 21 Disember tahun lalu.

Pasal kerjaya, sebelum ini Una turut popular dengan lagu Terlepas Cinta, Kau Berubah dan Cintaku.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Apple Ingin Memantau Kadar Tekanan Darah Anda Melalui Apple Watch

Yatt Hamzah Teringin Berniqab, Sampai Menangis Beritahu Suami Harap Temui Kekuatan