in ,

Yatt Hamzah & Sheera Iskandar Drama Kasih Dalam Madu Cinta

YATT DAN SHEERA BERMADU KASIH DALAM MADU CINTA DI TV2

Dua pelakon drama yang popular Yatt Hamzah dan Sheera Iskandar muncul menerusi Madu Cinta pada 26 Mac 2010 (Jumaat), jam 2.30 petang di TV2 ini mengisahkan konflik jiwa Mastura yang cemburukan kawan karibnya, Atikah lantaran sejak kecil lagi Atikah sering menjadi pujian rakan sebaya serta cikgu kerana sikap Atikah yang berbudi bahasa dan pandai mengaji serta bijak dalam persekolahan. Sementelahan pula jika hendak dibandingkan, Mastura lebih cantik daripada Atikah.

Sheera Iskandar

Rasa cemburu tersebut menular sehinggalah masing-masing memasuki alam pekerjaan. Mastura dan Atikah masing-masing berjaya ke pusat pengajian tinggi, malangnya selepas tamat belajar, nasib Atikah lebih baik kerana dia berjaya memohon pekerjaan sebagai juruaudit, manakala Mastura terpaksa menjadi ekskutif jualan untuk menampung kehidupan. Mereka juga tinggal serumah.

Kemuncak rasa cemburu Mastura apabila Atikah bertunang dengan Hisham, sedangkan dia pula terpaksa berdepan dengan konflik percintaan apabila kekasihnya, Azman bermain kayu tiga. Mastura sebenarnya menyintai Hisham, bagaimanapun Hisham memilih Atikah sebagai pasangan hidup.

Satu hari, Atikah terpaksa ke Johor Baharu untuk menaudit anak syarikat kumpulan syarikatnya. Dalam waktu yang sama, Mastura pula demam dan terbatuk-batuk. Atikah risaukan keselamatan Mastura dan meminta Hisham menjengah dam menghantar makanan untuk Mastura. Mastura mengambil kesempatan ini untuk merealisasikan hasratnya untuk memiliki Hisham dengan meletakkan pil tidur dalam minuman Hisham dan akhirnya membawa Hisham ke bilik tidurnya.

Insiden yang berlaku menyebabkan Hisham tertekan. Atikah perasaan perubahan sikap Hisham, bagaimanapun dia tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah Mastura memberitahu dia telah mengandung dua bulan hasil hubungannya dengan Hashim. Hisham mengaku dia tidur di bilik Mastura dan dia sendiri hairan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.

Demi menjaga maruah mereka berdua, Atikah mendesak Hisham kahwin dengan Mastura, sementelahan pula ujian air kencing Mastura memang positif hamil. Mastura sebenarnya mengambil ujian air kencing kawan sepejabatnya, Shima yang ketika itu sedang mengandung dua bulan.

Yatt Hamzah

Malangnya perkahwinan Hisham dan Mastura tidak menjanjikan kebahagiaan. Hidup Mastura makin tertekan apabila Hisham langsung tidak menyentuhinya, malah saban malam Hisham tidur di ruang tamu. Mastura yang marah dengan sikap Hisham, nekad untuk menggunakan khidmat bomoh tetapi dinasihati oleh Shima kerana perbuatan tersebut adalah syirik. Ketika bertelagah, Shima terlanggar bucu meja dan akhirnya keguguran. Shima mula insaf betapa itu semua adalah balasan dosa terhadapnya kerana bersekongkol dengan Mastura dulu.

Keadaan batuk Mastura makin teruk, sehinggalah satu hari dia batuk berdarah. Hasil diagnosis, Mastura disahkan menghidap barah paru-paru di peringakt kritikal. Mastura mula menyesal dengan sikapnya. Shima pula akhirnya berjumpa dengan Atikah dan menceritakan segala perancangan Mastura selama ini. Manakala Mastura merayu Atikah berkahwin dengan Hisham bagi menebus segala beban dosa yang tidak tertanggung ekoran memfitnah Hisham.

Adakah masih ada kemaafan diberikan Atikah atas tindakan yang keterlaluan dilakukan sahabat baiknya itu? Dan mampukah jodoh menyatukan kedua insan yang tidak bersalah itu?

Turut membintangi drama terbitan Citra Ummah Network Sdn Bhd ini adalah Iqram Dinzly, Sarimah Mahran dan Aznah Hamid.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon Bila Musang Berjanggut

Muaz Dan Azura Personaliti Muda Radio Dan TV