in ,

Yatt Hamzah Tetamu Program BARAKAH

Program bual bicara tajaan penuh oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad terbitan oleh Associate Media Network Sdn Bhd bertajuk “Barakah” bersiaran setiap Ahad, pukul 9.00 malam di TV1 dihoskan oleh Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff.

Barakah adalah program bual bicara yang akan membincangkan tentang perkhimatan kewangan Islam di dalam kehidupan seharian. Setiap topik akan dikupas oleh seorang tetamu jemputan yang pakar dalam tajuk yang dibincangkan seperti Dr. Farid Ravi, Dr. Zaharuddin, Dato’ Dr. Inayah dan ramai lagi panel hebat dan pakar didalam kewangan Islam. Di setiap episod juga terdapat tetamu jemputan selebriti tempatan yang terdiri daripada Yatt Hamzah, Datuk Tarmimi Seregar, Dato’ Jalaluddin Hassan, Diana Amir dan ramai lagi.

Untitled

Yatt Hamzah Tetamu Program “Barakah” Hujung Minggu Ini di TV1

[dropcap]B[/dropcap]arakah episod 5 yang akan bersiaran pada 10 Januari ini, pukul 9.00 malam membawakan tajuk “Produk” yang akan membincangkan tentang bagaimana untuk berniaga produk yang berlandaskan syariat Islam. Sebagai peniaga, apa yang tidak patut di amalkan sehingga keuntungan yang diperolehi akan menjadi haram di sisi Islam.

Tetamu jemputan bagi episod ini adalah selebriti Yatt Hamzah dan panel, Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Yaakub yang merupakan Pengarah Global WISDOM, Akademi Universiti Islam Malaysia. Antara isi-isu yang dibincangkan dalam topik “Produk” adalah bagaimana sebagai umat Islam, cara yang betul untuk berniaga dan memperkenalkan sesebuah produk kepada pelanggan. Cara-cara dan rukun-rukun yang perlu dipatuhi semasa berniaga dan wajib mengikuti syariat Islam.

Yatt Hamzah akan menceritakan pengalaman beliau dalam menguruskan perniagaannya mengikut syariat Islam. Manakala tetamu Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Yaakub pula akan mengupas dengan lebih teperinci tentang bagaimana seseorang ahli perniagaan yang beragama Islam supaya tidak terjebak di dalam rezeki yang tidak berkat secara tidak sengaja.

Antara tajuk lain dalam program Barakah ialah, Zakat, Gadaian, Riba, Wakaf, Hutang, Insurans, Hibah, Rezeki Berkat, Produk dan Perkhidmatan. Saksikan program berinfomasi penuh ilmu ini setiap Ahad, pukul 9 malam di TV1.

Untitled

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Taylor Swift Lancar Muzik Video OUT OF THE WOODS

Zee Avi Nyanyi ARENA CAHAYA Lagu Tema Filem OLABOLA