in ,

Yang Seronok Apabila Menginap di Crown Metropol Perth

Australia merupakan sebuah negara yang sangat terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan. Dan di antara kota-kotanya yang paling banyak mendapat kunjungan adalah Perth. Bandaraya ini tidak pernah lekang dari pilihan penginapan mewah berkat pembangunan yang pesat di kawasan tersebut. Gah sebagai salah satu kota Australia yang terdekat dengan Asia (dan juga Malaysia), ia terus dikunjungi ribuan pelancong setiap hari. Memandangkan pilihan hotel mewah sangat banyak di situ, lokasi sesebuah hotel sahaja yang membezakan antara ratusan hotel yang tersedia.

Luxe View King

Sudah tentu hotel yang sering menjadi pilihan adalah hotel yang mewah dan terletak tidak jauh dari pusat kota Perth, khasnya di kawasan permulaan iaitu kuala Sungai Swan atau Swan River. Di situlah tersergamnya Hotel Crown Metropol Perth. Hotel mewah bertaraf lima bintang ini menawarkan perkhidmatan berkelas antarabangsa di samping bilik-biliknya yang anggun. Ia merupakan salah satu hotel paling popular di situ kerana ia bergabung dengan sebuah pusat membeli-belah serta sebuah kasino.

Berteraskan enam jenis bilik iaitu Luxe King atau Twin, Luxe View King dan Twin, Luxe King Spa, Loft, serta Inifinity Suite, hotel ini menampilkan 395 buah bilik mewah buat para tamu. Kesemua bilik-bilik ini dilengkapi dengan kemudahan terkini dan teknologi tercanggih. Ini termasuklah bilik mandi yang luas serta televisyen layar leper selain kemudahan internet wifi. Setiap bilik juga menawarkan pemandangan kota Perth yang menakjubkan.

Hotel Crown Metropol Perth menyediakan perkhidmatan lima bintang sepenuhnya. Ia mempunyai ruang mesyuarat yang dikenali sebagai The Office untuk penganjuran pertemuan peribadi dan urusan seumpamanya (selain urusan perniagaan, seminar dan seumpamanya). Untuk majlis yang lebih besar pula terdapat pusat konvensyen yang boleh menempatkan sehingga 1200 orang tamu!

Kalau soal menjamu selera pula, mereka mempunyai banyak pilihan tempat makan serta restoran. Ini termasuklah Atrium (untuk sajian sepanjang hari dari sarapan hingga makan malam), Bistro Guillaume (untuk hidangan Perancis terbaik), Junction Grill (khas buat tamu dewasa di dalam kasino), Market and Co. (buka pada waktu tertentu iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam sahaja), Modo Mio (sajian Itali asli), Nobu (makanan Jepun), Poolside Bar and Grill (untuk bersantai di tepi kolam renang), Rockpool Bar and Grill (untuk steak dan makanan laut bakar), Silks (masakan Cina), dan the Merrywell (untuk hiangan ala pub seperti burger dan seumpamanya).

Manakala 9 Lounge merupakan ruangan yang tinggi di Perth. Ia menawarkan pemandangan terindah bandaraya tersebut dari tingkat yang tinggi dan sangat sesuai untuk menikmati sajian seperti minum petang dan seumpamanya. Kesemua sajian di sini memang enak dengan suasana yang selesa. Selain itu terdapat juga ISIKA SPA bertaraf dunia buat tamu yang ingin memanjakan serta menenangkan diri.

Tidak lupa juga ruangan bersenam di gymnasium serta dua buah kolam renang yang sangat cantik (satu peribadi dan satu lagi lebih besar). Hotel ini memang tidak kalah dalam menampilkan keanggunan kota Perth.

Jelas terbukti, Hotel Crown Metropol Perth adalah penginapan yang paling sesuai didiami sekiranya ingin berehat sambil berhibur dalam kemewahan. Jadi, andai singgah ke kota Perth pastikan hotel ini menjadi pilihan anda!

Hero Image

Crown Metropol Lobby

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jackie Chan Terima Anugerah Istimewa Oscar

Ada Sebab Mengapa Fara Fauzana Batal Tarikh Nikah