in ,

Yang Menarik di Showcase Special Siti Sarah

Perubahan yang dilakukannya datang dari dalam hati. Menyanyi dan menghiburkan penonton juga lahir dari hati. Keikhlasan dan kesungguhan penyanyi genit, Siti Sarah Raisuddin menjadi kunci kejayaan Showcase Special Siti Sarah yang bertempat di Matic, Jalan Ampang, hari Jumaat lalu.

Showcase Special Siti Sarah

Dengan penampilan baharu, mengenakan turban, bukan sahaja Siti Sarah atau lebih mesra dengan panggilan Sarah, tampil sopan di atas pentas tetapi persembahan padu yang dipamerkan oleh isteri kepada selebriti, Shuib, berdurasi lebih dua jam telah memukau para hadirin yang menyaksikan persembahan hebat Sarah malam tadi.

Tidak perlu gimik yang sembrono, sambutah terhadap Showcase Special Siti Sarah yang mendapat sokongan padu daripada pihak label, Indigital Music dan MRS malam tadi adalah sebuah showcase pecah panggung.

Membuka tirai persembahan hampir pukul 9.30 malam, Sarah muncul dengan busana berwarna merah menyampaikan lagu rancak berjudul Jangan Kau Mimpi.

Showcase Special Siti Sarah

Sememangnya seperti judul lagu, Jangan Kau Mimpi, tidak pernah termimpi untuk melihat aksi bertenaga ibu beranak tiga ini beraksi selepas kemunculannya dalam program realiti televisyen tahun 2016, Gegarvaganza.

Sarah menerusi Showcase Special, membuktikan kepada penggemar muzik tanah air bahawa anak kepada penyanyi, Raisuddin Hamzah ini sebenarnya berada dalam lingkungan penghibur wanita tanah air.

Showcase Special Siti Sarah

Biar sekalipun persembahan berskala kecil seperti sebuah showcase, Sarah padu dalam persembahan, menghiburkan, mampu menggeletek hati hadirin dengan ucapan lucu beliau, selesa di atas pentas dengan barisan pemuzik pimpinan Loke Yu.

Munculnya Shuib di atas pentas untuk memberi ruang kepada Sarah menukar pakaian, mengundang tepukan gemuruh daripada hadirin.

Showcase Special Siti Sarah

Menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Radja dari Banjarmasin, Indonesia berjudul Benci Bilang Cinta, gaya nyanyian dan penguasaan pentas oleh Shuib amat menghiburkan.

Jika Shuib benar-benar serious untuk mengasah bakatnya sebagai penyanyi pasangan duet Siti Sarah, itu tidak mustahil kerana pentas hiburan Malaysia ketandusan pasangan penyanyi suami-isteri.

Showcase Special Siti Sarah

Lontaran suara Shuib dan Sarah secara berduet menerusi lagu berjudul Kejoraku Bersatu, mencerminkan bahawa sebagai penghibur di atas pentas, mereka ada chemistry yang cukup hebat.

Perjalanan Showcase Special Siti Sarah malam tadi langsung tidak hambar kerana Sara juga berkongsi pengalaman ketika beliau mewakili negara dalam Copa dan Festival Jazz sebelum menyampaikan lagu Pohon Asmara yang berentak blues.

Showcase Special Siti Sarah

Hebat dan pengalaman yang ditimba oleh Siti Sarah sepanjang beliau mendambakan dirinya sebagai anak seni, amat membanggakan menerusi persembahannya malam tadi.

Mark Adam, kata Sarah, Raja Pop Filipina menjadi artis undangan untuk berduet menyampaikan lagu Sandarkan Pada Kenangan, menambah lagi rencah dalam showcase Sarah.

Comel, lucu dan bijak ‘permainan’ Mark Adam di atas pentas malam tadi ketika menyampaikan lagu hebat seperti Sandarkan Pada Kenangan yang rata-rata, penggemar muzik tanah air tahu bahawa lagu itu adalah dendangan Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah bersama Sarah selepas Jamal berduet dengan selebiriti, Ogy Datuk Ahmad Daud.

Showcase Special Siti Sarah

Di penghujung persembahan Showcase Special Siti Sarah yang tidak terasa sudah melebihi dua jam dengan lagu ciptaan Shuib sendiri berjudul Semakin, Dafi tampil di atas pentas berduet dengan Sarah menyampaikan lagu berjudul Menari Denganku.

Semestinya kehadiran Raisuddin Hamzah, ayah yang banyak membimbing Siti Sarah dalam dunia seni, sejak dari Sarah anak dara sehingga diperisterikan oleh Shuib dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, menyanyikan lagu berjudul Jangan Ada Dusta Di Antara Kita dengan Sarah mendapat tepukan hadirin.

Showcase Special Siti Sarah

Showcase Special Siti Sarah di Matic, Jalan Ampang malam tadi adalah sebuah persembahan terbaik oleh Siti Sarah Raisuddin dengan sulaman hiburan, gelak ketawa dan air mata. – Foto dari Aqo Imran dan artikel dari UTUSAN ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Dia Pemenang Peraduan TICKET TO DRIVE anjuran GSC

Isu Tiada Kredit Selamat Tinggal Sayang, Sufi Maafkan Haqiem