in , ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Schambal by Scha Alyahya & Awal Ashaari

Selepas berkahwin sejak sembilan tahun lalu, pasangan selebriti popular ini berjaya mengukuhkan jenama Schawal iaitu gabungan nama Scha Alyahya dan Awal Ashaari.

Bukan sahaja berjaya mencipta nama dalam bidang seni masing-masing, tapi Scha dan Awal turut menjadi ikon fesyen tanah air apabila sering dipilih menyarungkan jenama antarabangsa selain mewakili Malaysia ke pertunjukan fesyen di luar negara.

Gandingan Scha dan Awal juga mendapat jolokan ‘power couple’ berdasarkan pengaruh yang dibawa mereka. Selain bergelar duta kepada beberapa jenama terkenal, pembabitan kedua mereka dalam bidang perniagaan juga meletakkan mereka di kelas tersendiri.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Schambal by Scha Alyahya & Awal Ashaari

Terbaharu, Scha dan Awal melebarkan sayap dalam cabang perniagaan F&B (makanan) dengan melancarkan dua produk Schambal di bawah syarikat Amina Food iaitu Schambal Bilis Garing Tempeh dan Schambal Garing Ikan Bilis.

Scha, 38, atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, berkata, dia  mendapat idea menghasilkan produk itu ketika mengandungkan anak kedua mereka yang diberi nama Lyla Amina. 

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Schambal by Scha Alyahya & Awal Ashaari

“Saya dulu pernah menghidap appendiks, jadi selepas memang serik makan makanan pedas. Memang sudah bertahun lamanya tidak makan makanan pedas, tapi apabila mengandungkan Lyla, saya teringin nak makan makanan pedas. 

“Kebetulan ketika itu ramai yang bagi sambal pada saya, dan saya tersangkut, tapi sambal yang diberikan kebanyakannya adalah sambal basah. Jadi saya cakap pada Awal, saya mahukan yang mudah dan segera. 

“Dari situlah terhasilnya Schambal, yang mana saya juga sukakan jenis garing bersama ikan bilis dan tempe. Kami mengambil masa setengah tahun untuk keluarkan produk ini,” katanya.

Menurut Scha, dia dan Awal sudah menyimpan niat lama untuk menghasilkan produk makanan kegemaran mereka.

“Sudah lama saya dan Awal menyimpan niat untuk menghasilkan produk makanan kegemaran kami, bersama peminat yang tersayang. Alhamdulillah, kini baru terlaksana.

“Kami abadikan juga nama anak bongsu kami, Amina sebagai jenama produk ini. Diharap mampu membuka peluang rezeki buat ramai orang di luar sana. Pencarian stokis akan diumumkan dalam masa terdekat.


“Schambal pasti menambat selera, rangup, pedas dan mudah dinikmati bersama hampir semua makanan kegemaran anda,” katanya.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Schambal by Scha Alyahya & Awal Ashaari

Dalam masa sama, Awal berkata dia dan Scha giat berniaga aneka kuih tradisional bagi membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS). 

“Apabila kami mula menjual makanan seperti kerepek, muruku, rempeyek dan sebagainya, ia bermaksud kami membantu usahawan kecil di luar bandar. Kami beli dari mereka dan kami menjenamakan semula, seterusnya kami jual.

“Alhamdulillah, apabila kami jual di bazar raya tempoh hari, sememangnya mendapat sambutan yang menggalakkan. Saya pergi bawa lima hingga enam kotak untuk satu jenis kuih, dan saya balik bawa plastik saja.

“Jadi kami menggunakan platform itu untuk membantu IKS. Dan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kami tukar cara pemasaran kami di mana kami jual secara dalam talian,” katanya.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Schambal by Scha Alyahya & Awal Ashaari
Yang Anda Perlu Tahu Tentang Schambal by Scha Alyahya & Awal Ashaari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mulakan Pengembaraan di Rumah Untuk Masa Ceria Keluarga Bersama Cartoon Network!

Pizza Hut Rai Kemeriahan Raya Tahun Ini Dengan Pizza Kari Raya