in ,

LoveLove

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Face Mask Jenama DR. MAMA

Semalam, tanggal 2 Oktober, kes Covid 19 meningkat sebanyak 287 kes baru dan dikatakan angka tu dah pecah rekod paling banyak kes, kes paling banyak dalam sehari. Sangat menakutkan.

Kalau kita baca Twitter, kita dapat tengok hashtag MCO 2.0, PKP 2.0 trending. Hari ni, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bermesyuarat pagi ni di mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara di Putrajaya. Ramai dari kita telah menjangkakan PKP akan dilaksanakan semula.

Memang semua orang akan terkesan dengan PKP yang akan dibuat nanti, tapi nak tak nak, kita rasa ini jalan terbaik untuk kita cegah dari Covid-19 dari terus berjangkit. 

FACE MASK

Jaga SOP & Jangan Penting Diri Sendiri

Cakap pasal pencegahan, perkara paling penting kita kena jaga sekarang ialah SOP. Tapi kalau kita je yang jaga SOP ni tapi orang lain tak nak jaga, tak jadi jugak. Kesimpulannya, semua orang main peranan masing-masing untuk mencegah wabah ini dari merebak.

Cara paling selamat adalah memakai topeng semasa keluar rumah. Sejak penularan Covid 19 ni macam-macam jenama face mask dikeluarkan. Tak kurang ada yang direka oleh pereka fesyen dan jugak influencer. Syarikat gergasi Apple, tak nak lepas tangan untuk mereka pelitup muka pakai buang mereka sendiri tapi ia bukan untuk dijual sebab ia digunakan oleh pekerja Apple sahaja. 

Ada dua versi iaitu Face Mask (topeng muka biasa tiga lapis) dan Clear Mask (topeng muka jenis perubatan/pembedahan lutsinar), versi Face Mask sedikit unik sebab ia direka sedikit luas – menutup kawasan hidung dan dagu selain daripada tali yang boleh diubah suai kepanjangannya mengikut keselesaan pengguna.

Buat masa sekarang, Apple tidak berhasrat untuk menjual topeng pelitup muka yang datang dengan pelbagai saiz dan boleh digunakan sehingga lima kali cucian ini.

Lindungi Dengan Pelitup Muka Jenama DR. MAMA

Dr Mama

Baru-baru ini, budiey ada menerima tiga kotak Face Mask jenama Dr. Mama. Untuk info, pelitup muka Dr Mama ialah Fabric Mask No.1 di Malaysia dengan menggunakan teknologi penapisan ion silver dari Europe untuk membunuh kuman microbial (backteria/virus/fungi).

Tak syak lagi, ia menjadi pilihan semua farmasi-farmasi terkemuka dan syarikat-syarikat gergasi di Malaysia. 

FACE MASK

Mask Dr Mama adalah terdiri daripada 3 lapisan perlindungan iaitu:

  • 2 lapisan (bahagian depan dan belakang) yang mempunyai silver ions bagi fungsi melawan bacteria/ virus apabila bersentuhan dengan mask DrMama. 
  • (Bahagian tengah) mempunyai fiber filter.

Fungi utama topeng muka fabrik jenama Dr Mama adalah untuk MEMUSNAHKAN kuman yang bersentuhan dengan mask. Mask Dr Mama bukan untuk penapisan semata-mata tetapi ia lebih kepada self sanitizing disebabkan ia ada silver ion yang boleh membunuh virus, bacteria dan fungal. 

Dr Mama

Mask Dr Mama telah diuji di makmal serta terbukti berjaya membunuh 99.99% kuman dan menepati piawaian WHO. Malah, keberkesanan melawan bakteria walaupun dibasuh sehingga 100x telah berjaya dibuktikan di makmal. Basuh sehingga 100x pun masih boleh melawan microbial (backteria/fungal/virus).

Produk ini juga sedang menjalani fasa akhir pensijilan anti virus di luar negara untuk penyakit seperti SARS, MERS dan COVID19. 

Lepas cuci boleh pakai semula, sangat jimat dari gunakan mask surgical biasa. Hanya 20 sen untuk setiap kali penggunaan. Nak basuh pun senang, basuh tangan sahaja dengan menggunakan pencuci lembut. Dah kering terus pakai semula mask Dr Mama. 

Mask Dr Mama pun ada dalam saiz kanak-kanak. Jadi boleh pakaikan mask Dr Mama untuk anak-anak ke sekolah. Sambil tu boleh join Contest “Why Dr Mama Should Protect My School’ Video Challenge.

dr mama

Hadiahnya Dr Mama akan sponsor Mask Dr Mama kepada pelajar-pelajar 3 buah sekolah yang terpilih termasuk guru-guru dan staff sekolah. 

Version terbaru Mask Dr Mama lebih nipis, lebih kemas dan diperbuat dari bahan yang boleh bernafas dengan baik berbanding dari version yang sebelum ini. Direka untuk kesesuaian semua jenis bentuk muka dengan tali adjustable di bahagian telinga untuk lebih selesa bagi mereka yang mempunyai muka yang lebar dan besar. Xperlu risau sakit telinga atau ketat di bahagian telinga. 

Yang nak dapatkan mask Dr Mama boleh pergi ke ig @drmama.me sekarang atau boleh layari website drmama.me. Dr Mama Protect Me and You. 

Produk ini juga berada di semua farmasi farmasi terkemuka di Malaysia seperti di Watsons, Caring Pharmacy, Sunway Pharmacy dan AMPM Pharmacy.

Tunggu apa lagi, dapatkan yang mask yang terbaik untuk anda, family dan juga staff anda hanya dari Dr Mama. 

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kakak Neelofa Rasa Serba Salah Orang Silap Tafsir Emoji ‘Love’

Putri Najuwa Keguguran, Tidak Sedar Janin Berhenti Membesar