in , ,

Putri Najuwa Keguguran, Tidak Sedar Janin Berhenti Membesar

PELAKON Putri Najuwa mengesahkan dirinya mengalami keguguran ketika kandungannya berusia enam hingga lapan minggu.

Menerusi instagramnya, Putri Najuwa atau lebih mesra dipanggil Wawa mengaku keguguran itu berlaku tanpa disedarinya. 

“Apa yang sepatutnya menjadi ‘temu janji’ yang mengujakan ialah melihat degupan jantung kecil yang berkelip-kelip itu pada usia lapan minggu, namun saya melihat bayi saya kelihatan sama seperti ketika usianya awal enam minggu. 

“Doktor mengatakan janin berhenti membesar dan saya telah mengalami keguguran yang tidak disedari. 

“Pada waktu itu, saya berasa seperti sesuatu telah dikoyak keluar daripada hati saya,bahkan tidak dapat meluahkan dengan kata-kata mengenai perasaan yang sebenar tetapi ia merupakan qadar Allah SWT. 

“Tolong doakan kami. Selamat tinggal anak. Sehingga berjumpa lagi,” tulisnya.

– Putri Najuwa
Putri Najuwa Keguguran

Wawa juga meluahkan rasa syukurnya apabila dikelilingi oleh orang yang sentiasa menyokong dan mendoakannya. 

“Saya berada dalam keadaan yang baik di rumah sedang berehat . Saya sangat bertuah kerana mempunyai keluarga, rakan-rakan yang mengisi hati saya dengan kekuatan, kegembiraan, dan kasih sayang. 

“Terima kasih kerana selalu ada dengan saya. Semoga Allah memberi kebaikan yang banyak kepada kalian,” luahnya yang kembali bersemangat dengan sokongan insan-insan tersayang. 

– Putri Najuwa
Putri Najuwa Keguguran

Wawa atau nama sebenarnya Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof, 35, berkahwin dengan Muhammad Zaid Samsuri, 37, pada September 2017. 

Sebelum ini Wawa popular menerusi drama Waris Kasih, Playboy Itu Suami Aku, Dari KL Ke Queenstown, Ahmad Albob dan banyak lagi. 

Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik.  Doakan semoga Wawa terus sihat dan segala urusan dipermudahkan.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Face Mask Jenama DR. MAMA

Video & Fotografi Dron Menjadi Trending Masa Kini