in

Yandi, Ryan, Chak dan Marlon Bad Boyz Klon Adam?

Empat orang anak muda berasal dari Sabah, Yandi (24), Ryan (20), Chak (20) dan Marlon (20), membentuk sebuah kumpulan yang dikenali sebagai BAD Boyz. Namun, kemunculannya dikatakan sebagai ‘klon’ kepada Adam, mentor mereka.

Bila ditanya, adakah mereka tidak kisah jika digelarkan begitu, Chak, pemuda berasal dari Penampang ini berkata “Itu terserah kepada peminat. Tapi, Adam merupakan mentor kami. Dia seorang ‘senior’ dalam kumpulan tarian. Jadi imej kami memang agak sama dengannya.”

“Tetapi, apa yang pasti. Adam bergerak secara solo, manakala kami (Bad Boyz) bergerak secara berkumpulan. Industri seni sekarang agak ketandusan penyanyi berkumpulan.”

Kumpulan yang baru ditubuhkan pada awal 2008 ini telah merakamkan sebuah ‘lagu tunggal’ yang dicipta oleh Adam, iaitu ‘Sayangku Janji.’ Mereka dibawah pengurusan ICO Entertainment yang dimiliki oleh Adam.

Menurut Chak, yang merupakan abang kepada juara program realiti, Stacy, kumpulan Bad Boyz dijangka akan memasuki studio untuk merakam album penuh dalam masa terdekat. Mereka merancang album sulung kumpulan itu akan dikeluarkan pada penghujung tahun ini.

Mengenai pemilihan lagu pula, semuanya masih dalam perbincangan. Selain itu, keputusan akhir bergantung kepada Adam yang akan membentuk dan mengurus mereka.

Dengan nama cukup unik, tapi boleh dilihat mempunyai unsur negatif, mereka ditanya kenapa memilih nama Bad Boyz.

“Bad itu bukan bermaksud jahat. Tapi itu merupakan akronim Budak Ada Disiplin. Dari situ singkatannya, BAD. Tapi bagi kami, rasanya ia tidak akan memberi kesan negatif,” jawab mereka pula.

Walaupun semuanya berasal dari Sabah, kini menetap di Kuala Lumpur bagi memudahkan mereka menjalankan sebarang aktiviti seni. Namun, ada kalanya mereka akan kembali ke ‘Negeri Di Bawah Bayu’ untuk memenuhi undangan persembahan.

Kala ditanya apakah perbezaan peminat di Sabah berbanding di sini, kata mereka “Jika di sana (Sabah), kami diterima baik oleh para peminat. Mungkin telah dikenali kerana kami berasal dari sana. Cuma di Kuala Lumpur, sebagai kumpulan baru, usaha yang lebih diperlukan. Ini kerana Bad Boyz perlu lebih giat untuk menempatkan nama di kalangan peminat seni suara di sini.”

Berkonsepkan ‘Dance Pop,’ tarian menjadi sebahagian dari persembahan untuk menarik perhatian peminat. Jika ada kumpulan yang menjadikan ikon tarian, terutamanya dari barat, sebagai rujukan kepada langkah tarian, bagi Bad Boyz, mereka mengubah sesuatu yang baru.

“Segala pergerakan adalah dikoreografi sendiri. Lagipun, kami pernah menyertai kelab tarian pada tahun 2003 di Sabah dulu, Tetapi, bagi vokal pula. Tiada sebarang didikan formal yang didapati. Mungkin bakat yang dikurniakan Tuhan kepada kami, memberi peluang untuk bergiat dalam bidang seni suara,” kata Marlon, jejaka dari Keningau.

Bagi Bad Boyz, mereka akui mempunyai keisimewaan sendiri berbanding penyanyi berkumpulan lain. Apabila ditanya apa keistimewaan itu, mereka menjawab “Kami boleh menyanyi sambil menari. Jadi, untuk memastikan stamina, senaman merupakan sesuatu yang penting dan sering dilakukan.”

Namun, satu stigma yang sering dilemparkan kepada penyanyi berkumpulan ialah mengenai ‘miming’ yang sering dilakukan ketika membuat persembahan secara langsung. Bahkan kadang kala, penyanyi hebat seperti Celine Dion juga pernah dikaitkan mengadakan persembahan langsung secara ‘miming.’

“Ianya bergantung kepada keadaan. Jika sesebuah lagu itu memerlukan kami menari, jadi, untuk menjaga kualiti persembahan teknik seperti ‘miming’ terpaksa digunakan. Tapi, jika ‘miming’ penyanyi perlu mengerakkan bibir berpandukan lagu yang didendangkan. Biasanya, jika keadaan terdesak, kami menggunakan teknik ‘On Top,’ maksudnya nyanyian secara langsung, seiring dengan nyanyian latar.”

[tags]Yandi, Ryan, Chak, Marlon, Bad Boyz, Klon, Adam, diving in, sipadan island, faizal tahir lemas, hans isaac, PADI Instructor, padi scuba diving, snorkelling in malaysia, poster the mirrors, nia ramadhani cewek indon, video klip gadis belasan tahun, akademi fantasia, ironman[/tags]

What do you think?

75 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. erm,, rsenye ok la dorg nie..sbb kt msia, bpe kerat sgt org yg boleh menari smbil mnyanyi kann??
    so skrg nk tunggu lagu dorg je laa..sbb tarian dorg agak boleh dibanggakan.

    Odah, look “kam” ke?? ok wut for a newbie..

  2. waaa…caya same lu…aq mnat gle dgn geng nie..dance dieowg pling gempa..wei beb sbelum ktuk owg laen tgk dri ko dlu..

  3. ELEH…BLAH LA KO ODAH ONASIS!!!!!!!!!!!!KO INGAT KO BAGUS CUBA KO MENARI SAMBIL MENARI???CUBA LA KO BANGGA SIKIT NGAN RAKYAT MALAYSIA NI BODOH LA KO NI …X PERGI SEKOLAH KEW?????????????????????????

  4. yeaahhhh….!!!! i memang suke ngan kowang nie..!!!
    lagu pisau cukur kowang 2 memang best larhh..!!!
    hummm… i rase kowang nie larh yg leh jadi
    pelapis kat dunie seni nie.. group..!!!
    and yg penting.. if nak berjaye cam mentor
    kowang.. ADAM.. kowang kenew belajar banyak
    dari dye.. and jangan sombong lak nanty
    dah glamour..!!! suke tengok kowand dance..
    memang meletop larh..!!! good luck guys….!!!!

  5. wow…minat sgt ngan BAD BOYZ…..
    plus diorg ni cam BIG BANG from korea….especially marlon…
    siyes…
    harap BAD BOYZ pon akan berjaya n feymes cam BIG BANG gak…

  6. hye…aQ pun mnat tul kat korang larh…….especially kat YANDI….!!! LUV U YANDI!!!! gud luck kat korang erkk……..

  7. Salam tuk Ryan,Yandi salam sejahtera tuk Marlon,ikin sentiasa mendoakan perjalanan seni kalian beiring dengan kejayaan.Especially kat RYAN thank u for 07 July 2009 sweet memory ……….thanks atas tandatangan korang.Good Luck to all of u buat yang terbaik…N jgan lupa dibawah Bayu bye……..Ikin.

  8. ello ! special 4 chaQ .!
    i luv u vry de much arh..!!!
    sumel sgt!!!
    n…
    4 all group member bad boyz…
    dud luck !
    i luv u all! dtg r near by gombak, slangor!!!
    teringen glew aw nk jumpew kowg!!!
    ;p

    n… KEPADA ODAH ONASIS..
    KO X YH NK KEPOH R BTINA!
    DOWG YG LOOK LIKES KAM OR ENGKAW??!!
    NME PON KAMPONG!
    ~~ODAH~~ TERNYATA KEKAMPONGAN KOW!!!
    SEWEL!

    IDOWP CHAQ!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  9. saya minat sangat2 dgn kumpulan bad boyz ni diorang semua cute
    dan diorang punya dance paling bagus.lagu diorang pun semuanya best2 tau.

  10. em..kmu ni kan…
    bgus pa da org sbh pndai nari…
    kmu skong mlysia kah tidak…
    for ryan n chaq..GOOD LUCK..gitu jga
    y lain..sya mnat sgt kat ryan n chaq…

  11. saya minat sangat ngn bad boys ney….
    x puas tngok korang mnari,da laa ensem…
    gud luck 4 u all n all the bez,guys……
    .

  12. korang mmg gempak laaaaaaa…..sy mmg peminat korang sjk dr evoke lg….korang mmg best gilar r….chayokkkkkkkkk…….senang2 dtg la muar lagi yerrrrr…huhuhuhuhu…urm korng menari mmg best taw..ap lg menyanyi….moga korg sukses selalu…..

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bolehkah Filem Malaysia Menerjah Hollywood?

Sistem Penjurian Festival Filem Malaysia