in , ,

Pasangan Adik Beradik Yamani Abdillah & Zaki Yamani Buka Tirai FAMILI DUO

Menampilkan Yamani Abdillah & Zaki Yamani di mana Gandingan ibu bapa dan anak beraksi di episod 2 Famili Duo

Program realiti nyanyian terbaharu di TV3, Famili Duo telah membuka tirai pada 14 Februari 2021 dengan meraikan adik beradik selebriti Yamani Abdillah & Zaki Yamani sebagai Pasangan Famili Duo Pilihan yang turut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000!

Spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV, musim perkenalan Famili Duo di TV3 menampilkan 40 pasangan selebriti popular Malaysia bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing. Program realiti nyanyian ini bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam, anda juga boleh menontonnya  di www.tonton.com.my

adik beradik Yamani Abdillah _ Zaki Yamani menjadi Pasangan Famili Duo Pilihan Episod 1

Famili Duo dihoskan oleh Uyaina Arshad, dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri. Uniknya, program ini menampilkan 5 pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan pada setiap episod. Mereka perlu melengkapkan 2 pusingan iaitu 1 ‘cover song’  untuk menghasilkan video muzik dan 1 nyanyian di pentas. Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri.  Juara mingguan iaitu Pasangan Famili Duo Pilihan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM 10,000.

Episod 2 yang bakal bersiaran pada malam Ahad ini menampilkan pasangan ibu bapa dan anak selebriti iaitu Siti Sairah & Umairah, Ashira & Syed Aziz, Aisha Retno & Jen Retno, Sharifah Zarina & Athalia serta Sharifah Shahira & Tallisya. 

Untuk makluman, Famili Duo episod 1 telah menampilkan gandingan adik beradik selebriti iaitu Yamani Abdillah & Zaki Yamani (pilihan lagu: Hajat / Yang Benar), Naim Daniel & Emylia Izzati (pilihan lagu: Sakit / Siapa Tak Mahu), Amira Othman & Irfan Haris (pilihan lagu: Cinta Luar Biasa / My Heart), Tajul & Beby Acha (pilihan lagu: Resepi Berkasih / Seluruh Cinta) serta Syafie Naswip & Sapawi (pilihan lagu: Saajanji Ghar Aaye / Mimpi Yang Tak Sudah). Persembahan nyanyian Tajul dijayakan bersama abangnya Awis apabila Beby Acha terpaksa mengundur diri atas masalah kesihatan. 

Famili Duo dibawakan oleh foodpanda, keriangan dengan setiap pesanan! dan bertindak sebagai penaja utama musim ini. Ia diterbitkan oleh Unit Hiburan Rangkaian TV Media Prima Berhad, diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira Ramli sebagai penerbit. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layariwww.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #FamiliDuountuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Persembahan Yamani Abdillah _ Zaki Yamani (HAJAT)

Senarai peserta Famili Duo: 

EpisodHubungan Selebriti
1adik-beradik Amira Othman & Irfan HarisYamani Abdillah & Zaki YamaniNaim Daniel & Emylia IzzatiSyafie Naswip & SapawiTajul & Beby Acha
2ibu/bapa dan anakSiti Sairah & UmairahAshira & Syed AzizAisha Retno & Jen RetnoSharifah Zarina & AthaliaSharifah Shahira & Tallisya
3suami isteriAzwan Kombos & Ezzaty AbdullahSalma Asis & AzriAnas Ridzuan & Ana SyuhadaNadzmi Adhwa & Ardell AryanaLan Solo & Sheila
4ibu/bapa dengan anakAmyza Aznan & AdrianFauzi Nawawi & Fareez FauziAmelina & PuteriLiza Abdullah & Naffiz ZolkefliShajiry & Hafiz
5sepupuOja & Eka CarameltAman Nassim & Zarina ZainoordinHefny Sahad & Qiqin MuseAra Johari & Syafiq ErwinFiza Thomas & Nasfikry
6bapa saudara/ibu saudara dan anak saudaraEzad Lazim & Along ZaimiAsmidar & Tiar ZainalZamani & ZynakalEranz & Rina Azhar Ayu Damit & Shah 
7adik-beradikSharif Zero & Atu ZeroIeda Moin & Eddy MoinShiha Zikir & Ieda ZikirSarah Fazny & BoyJiwa Firdaus & Farhan Mustapha
8suami isteriAepul Roza & Leez RosliHaziq Hussni & Ayunda PutriIfa Raziah & YaniRosma & KhaiTuju & Loca B

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Qariah Terbaik Berkumpul Di Gema Haflah Fatima Al Khatab Perdengar Bacaan Al-Quran

Dipuji Ramai Macam Anak Korea, Ramai Yang Geram Tengok Wajah Anak Izara Aishah