in , ,

“Ya Kak Kepom Pregnant”Akhirnya Elly Mazlein Sahkan Hamil Anak Kedua

Teka-teki yang bermain dalam kalangan peminat Elly Mazlein akhirnya terjawab apabila mengesahkan dirinya sedang hamil. Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Elly menerusi akaun Instagram miliknya.

Elly Mazlein akhirnya mengesahkan dirinya kini hamil anak kedua selepas beberapa kali mengelak untuk menjawab mengenai kehamilannya. Menerusi Instagram, Elly berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, Ya Kak Kepom (nama panggilannya) mengandung! Syukur Alhamdulillah… InsyaAllah tak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami.

“Atok akan dapat cucu lagi… papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak manja akan dapat adik.

“Tapi kakak manja minta ‘sister’ mana-mana pun tak apa, hanya mendoakan baby sihat dan dipermudahkan,”

– Elly Mazlein
KAK LINA

Bagaimanapun, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini tidak menyatakan usia kandungannya itu. Elly mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraannya dan keluarga.

“Mama tak sabar nak menjaga kesemua nyawa suri hati ini. Alhamdulillah!

“Terima kasih di atas doa, wahai kesayangan semua. Terima kasih sentiasa bersama saya daripada saat getir hingga saat pelangi kebahagian datang menerpa.

“Doa saya agar Allah permudahkan urusan anda semua… Terima kasih!”

– Elly Mazlein

Spekulasi Elly sedang hamil mula timbul selepas sebuah video TikTok Suria FM menampakkan seolah-olah kelihatan baby bump penyanyi tersebut.

Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan itu Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

What do you think?

37 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pilih Nama Melayu ‘Klasik’, Nad Zainal Namakan Puteri Sulung

Neelofa & PU Riz Sudah Beri Keterangan Pada Polis