in

XPAX TRIPLE QUOTA Apa pulak Ni

TIGA KALI GANDA DATA, TIGA KALI GANDA KESERONOKAN BERSAMA XPAX TRIPLE QUOTA!

Xpax menawarkan TIGA KALI GANDA kuota internet pada harga yang sama! Untuk tempoh yang terhad sahaja, ganjaran hebat ini ditawarkan kepada semua pelanggan Xpax untuk pengalaman digital yang lancar.

XPAX TRIPLE QUOTA

Mulai hari ini sehingga 30 April 2018, para pengguna boleh menikmati tiga kali ganda kuota internet dengan melanggan mana-mana pelan mingguan atau bulanan Xpax. Pengguna Xpax juga akan menikmati tiga kali ganda kuota internet apabila mereka membeli Xpax Tambahan (add-ons) termasuk Facebook Walla™, Instagram Walla™, Video Walla™ dan internet larut malam.

XPAX TRIPLE QUOTA

Pelanggan boleh menikmati dan melakukan hobi digital kegemaran mereka sekaligus mengikuti trend terkini, menonton video, mendengar muzik dan banyak lagi tanpa perlu risau kehabisan kuota terutamanya menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina.

XPAX TRIPLE QUOTA

Tawaran Xpax Triple Quota termasuk:-
Pelan Mingguan
● 1.5GB pada RM6 (500MB Kuota Asas + 1GB Kuota Bonus)
● 6GB pada RM10 (2GB Kuota Asas + 4GB Kuota Bonus)
● 15GB pada RM19 (5GB Kuota Asas + 10GB Kuota Bonus)

Pelan Bulanan
● 15GB pada RM30 (5GB Kuota Asas + 10GB Kuota Bonus)
● 30GB pada RM50 (10GB Kuota Asas + 20GB Kuota Bonus) dan Music Walla™ tanpa had PERCUMA
● 45GB pada RM79 (15GB Kuota Asas + 30GB Kuota Bonus) dan Music Walla™ tanpa had secara PERCUMA dan 15GB Video Walla™ PERCUMA

Pelan Tambahan
● Mingguan pada RM7 (10GB Kuota Asas + 20GB Kuota Bonus)
● Bulanan pada RM20 (15GB Kuota Asas + 30GB Kuota Bonus)

Nota: Data Rollover™ tidak ditawarkan untuk Kuota Bonus. Tempoh sah Kuota Bonus ialah dua hari untuk langganan mingguan dan tiga hari untuk langganan bulanan.

Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad berkata Xpax menggandakan kuota internet sebanyak tiga kali ganda pada harga yang sama untuk memberi pelanggan prabayar peluang untuk strim sepuasnya dan berkongsi saat indah perayaan bersama keluarga dan rakan menjelang sambutan Tahun Baru Cina 2018.
“#Nokelentong bahawa Xpax memberi tawaran yang paling hebat untuk pengalaman digital yang menyeronokkan tanpa perlu risau kehabisan kuota. Jadi pelanggan strimlah sepuasnya dan nikmati keseronokan ini,” katanya lagi.

Untuk menikmati pengalaman digital yang mengagumkan secara berterusan, pengguna Xpax juga boleh menikmati pelan internet harian pada RM3 (2GB) dan RM5 (4GB). Pengguna boleh melanggan pelan internet Xpax melalui aplikasi Xpax atau dial *118*2#. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.celcom.com.my/personal/prepaid

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang JANJI ZEHAN

Hael Husaini Berjaya Jampi 6.1 Juta Penonton AJL32