in , ,

Aina Abdul & Ernie Bakal Berduet Lagu Kurik Kundi di Konsert Destiny Of Music 

Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 29 Jun 2024 ini tampil kelainan dengan mempersembahkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era 80an hingga ke masa kini.

Konsert yang dibawakan khas oleh B De Paris Beauty Project dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UiTM ini bakal mengembalikan memori penonton ke zaman kanak-kanak dimana penonton bakal dihiburkan dengan lagu-lagu rakyat serta lagu tradisional yang hampir tidak didengari lagi oleh masyarakat hari ini selain dari mengetengahkan aneka genre dendangan popular era 1980an hingga kini.

Penganjurnya, Burhan Ahmad berkata, konsert yang akan diiringi oleh Orkestra UiTM bakal menyaksikan Aina Abdul dan Ernie Zakri berduet lagu Kurik Kundi, lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nuhaliza.

Aina Abdul & Ernie Zakri bakal berduet lagu Kurik Kundi di Konsert Destiny Of Music

“Sebelum ini kita tengok kedua-dua mereka menyanyikan lagu balada tetapi di Konsert Destiny of Music ini, mereka akan berpadu suara menyampaikan seleski tradisional yang pasti akan meninggalkan impak”

“Bersesuaian dengan tema konsert iaitu Destiny of Music, selama tempoh tiga jam, lebih dari 20 lagu pelbagai genre akan berkumandang di dewan” katanya. Selain Erni dan Aina, konsert Destiny of Music turut menampilkan Haziq Rosebi, Kugiran Masdo, Rayme Zainal dan barisan penyanyi UITM.

Aina Abdul & Ernie Zakri bakal berduet lagu Kurik Kundi di Konsert Destiny Of Music

Konsert Destiny of Music mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia di atas inisiatif pihak penganjur dan Uitm dalam menyemarakkan aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan. Konsert Destiny of Music ini juga merupakan konsert amal dimana 15 hingga 20 peratus dari hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Tabung Pendidikan UiTM.

Tiket telah mula dijual secara online di Ticket2U.com dengan harga bermula dari RM98.00 hingga RM488.00.

Sebarang pembelian tiket secara berkumpulan/pukal oleh syarikat korporat melayakkan mendapat pengurangan cukai. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan konsert Destiny Of Music serta pembelian tiket sila hubungi Puan Hidayah di 0172097482.

Aina Abdul & Ernie Zakri bakal berduet lagu Kurik Kundi di Konsert Destiny Of Music
Aina Abdul & Ernie Zakri bakal berduet lagu Kurik Kundi di Konsert Destiny Of Music
Aina Abdul & Ernie Zakri bakal berduet lagu Kurik Kundi di Konsert Destiny Of Music

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! TV AlHijrah Rangkul Dua Pengiktirafan Atas Pencapaian Digital

‘Wow! Barang Baik’ Rico Setiabudi Bawa Pesan Tentang Mencari Cinta Sejati