in

Worldwide Far East Lancar Filem TYICKOOUNS

Worldwide Far East Berhad (WFEB), syarikat kepelbagaian multinasional yang berpangkalan di Malaysia, terlibat dalam sektor-sektor pertumbuhan utama iaitu pembinaan & pembangunan, perkilangan & perdagangan, termasuk industri hiburan, penganjuran acara & rumah produksi akan mengadakan sidang akhbar mengenai filem sulung terbitannya, TYICKOOUNS.

Di atas minat yang mendalam untuk menghasilkan sebuah filem yang berteraskan rumpun dan kehidupan sejagat, Penerbit TYICKOOUNS, Dato Noor Ismahanum Hj. Mohd Ismail mempertaruhkan naskhah nukilan saudara Khairunazwan Rodzy yang juga merupakan penggiat seni teater tanahair.

TYICKOOUNS adalah gabungan perkataan TYCOON dan TIKUS arahan Izan Hailmey Mokhtar seorang pengarah dokumentari dan filem iklan bebas, merupakan sebuah paparan kehidupan manusia yang pelbagai. Tikus adalah antara simbolik dalam filem ini yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk meragut serta merampas hasil orang lain.

Filem TYICKOOUNS

Babak babak dalam TYICKOOUNS adalah sebuah ironi. Rentetan TYICKOOUNS bermula di kampung Siem Pang yang merupakan sebuah kampung terpencil diduduki oleh golongan-golongan yang telah dibuang negeri dan dipulaukan oleh masyarakat. Gelaran Kampong ini, ‘Siem Pang’, diperoleh daripada nama seorang banduan bekas Komunis yang melarikan diri dari penjara dan bersembunyi di kampong tersebut akhirnya hilang tidak dijumpai.

Senario di Siem Pang termasuk anak-anak kecil semakin terbiar tidak bersekolah, remaja yang bebas tanpa kepercayaan, ibu dan bapa pula tidak diketahui kesahihan perkahwinan mereka, golongan muda yang semakin kurang ajar dan aktif dengan kumpulan-kumpulan samseng berterusan sehinggalah Tycoon Baha datang bersama angkatannya dari Bandar Besar Pongga termasuk Cikgu Gadak ingin mengubah nasib penduduk kampung ini.

Perubahan yang dibawa Tycoon Baha ini tidak disenangi beberapa pihak yang akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau. Bagaimanakah kesudahan kisah di kampung Siem Pang?. Apakah ada suatu perubahan demi mengekalkan suasana harmoni yang dibawa oleh Tycoon Baha?.

Semuanya akan terjawab apabila sampai masanya nanti. Nantikan kemunculan TYICKOOUNS.

Penggambaran filem sulung terbitan Worldwide Far East Berhad (WFEB) dijangka bermula pada awal Jun 2011 dan akan mengambil masa lebih kurang 40 hari. Berlokasi di sekitar Negeri Sembilan dan Endau Rompin serta berlatarbelakang sebuah perkampungan desa dan pekan yang tidak wujud (bukan di Malaysia) antara elemen menarik TYICKOOUNS.

Demikian penghasilan props dan busana yang ternyata sedikit berbeza menampilkan kelainan filem ini.

Imaginasi latar dan situasi ini sekadar hiburan semata mata namun ia mampu membuatkan anda berfikir seketika. TYICKOOUNS mengajak anda merenung bersama dalam sebuah dongeng cerita.

Selain penerbitan filem TYICKOOUNS, dikesempatan ini juga Worldwide Far East Bhd (WFEB) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia ingin mewar-warkan penganjuran Fiesta Belia 1 Malaysia 2011 pada 16 dan 17 Julai 2011 di Kuala Lumpu. Pertandingan Malaysian Open King Shuffle Championship akan menjadi pembuka tirai kepada penganjuran Fiesta Belia 1 Malaysia 2011 itu nanti.

Pertandingan tersebut akan melalui 6 peringkat zon bermula Mei 2011 di Zon A (Kuala Lumpur, Selangor, Perak), Zon B (Penang, Kedah, Perlis), Zon C (Pahang, Kelantan, Terengganu), Zon D (Negeri Sembilan, Melaka, Johor), Zon E (Sabah) dan Zon F (Sarawak).

Dua kategori yang akan dipertandingkan iaitu Solo dan Berkumpulan. Hadiah utama bagi pertandingan tersebut ialah wang tunai RM10,000 beserta trofi.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sexiest Pics of Harry England’s Last Single Prince

Pesta Negeri Perak Di Menara Kuala Lumpur