in

Pesta Negeri Perak Di Menara Kuala Lumpur

PESTA NEGERI PERAK DI MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan Pesta Negeri Perak di Perkarangan Kampung Budaya 1Malaysia pada 28 April 2011 hingga 8 Mei 2011. Ianya akan dibuka kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Masuk adalah PERCUMA.

Pesta Negeri Perak ini di adakan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan tradisonal dan pelbagai produk keluaran tempatan.

“Disamping memberi peluang kepada rakyat tempatan dan antarabangsa mengetahui dengan lebih mendalam mengenai seni dan budaya Negeri Perak, ianya secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi usaha mempromosikan warisan dan tempat pelancongan di Malaysia khususnya di Perak” kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Marilah kita bersama-sama memartabatkan produk tempatan dan saya mengambil kesempatan ini menjemput semua rakyat Malaysia ke Menara Kuala Lumpur bagi bersama-sama memeriahkan lagi pesta Negeri Perak ini”, tambah beliau lagi.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web di www.menarakl.com.my

pesta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Worldwide Far East Lancar Filem TYICKOOUNS

Gambar Ning Baizura di Pelancaran The Twelve