in , ,

LoveLove

WonderLab & BeauSiti Umum Kolaborasi Dengan Melancarkan Beautéssence & Beaunest

Beausiti Melengkapimu! Rahsia Cantik Luar dan Dalam dengan Beautéssence™️ dan Beaunest!

Seiring memenuhi gaya hidup aktif, sihat dan moden, BeauSiti dan WonderLab kini hadir dengan dua produk terbaru – Beautéssence dan Beaunest yang bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan dalaman dan luaran, bahkan juga untuk kesihatan. Sesuai dan dikhaskan bagi mereka yang ingin melengkapi kecantikan dan kesihatan mereka, Beautéssence merupakan produk minuman Botani No. 1, manakala Beaunest merupakan Minuman Kesihatan Sarang Burung dengan Madu, Delima & Kurma.

Mengimbas sedikit kembali penubuhan BeauSiti, jenama BeauSiti telah dilancarkan pada bulan September 2019 dengan hanya satu produk minuman kesihatan botani untuk wanita yang dinamakan – Beautéssence.

WonderLab & BeauSiti Umum Kolaborasi Dengan Melancarkan Beautéssence & Beaunest

Diasaskan setahun yang lalu, Beausiti diaspirasikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang ingin berkongsi ilmu dan rahsia kecantikan luaran dan dalaman beliau dengan semua golongan wanita tanpa mengira sempadan. Dan sebagai wanita yang menjalani gaya hidup yang sibuk, BeauSiti adalah pemakanan yang ideal dan berkhasiat untuk pengurusan kesihatan dan kecantikan, luar dan dalam. 

WonderLab & BeauSiti Umum Kolaborasi Dengan Melancarkan Beautéssence & Beaunest

Beautéssence kini tampil dalam bentuk pek baru; didalam kotak yang bersaiz kecil dan dalam bentuk sachet. Ianya mudah dibawa kemana-mana dan diberi penambahbaikan dari segi formulasi. Bahan utama Beautéssence menggunakan Cerepron-F dari Jepun dapat membantu mencerahkan kulit sehingga 2 tona lebih cerah, dalam 60 hari sahaja.

WonderLab & BeauSiti Umum Kolaborasi Dengan Melancarkan Beautéssence & Beaunest

BeauNest pula adalah rangkaian produk terbaru kedua iaitu Minuman Kesihatan Sarang Burung yang berasaskan sarang burung asli tanpa gula tambahan, bahan pengawet dan pewarna tiruan yang digandakan kebaikan dan khasiatnya dengan makanan sunnah seperti madu, buah delima dan kurma. 

Kedua- dua produk terbaru Beausiti x WonderLab menggunakan teknologi canggih terkini dan mempunyai rasa yang lebih segar. Ianya dipasarkan pada harga yang berpatutan dan berkualiti, BeauSiti x WonderLab Beautéssence berharga RM125.00 sekotak & BeauSiti x WonderLab Beaunest Berharga RM75.00 sekotak. 

Produk minuman Botani BeauSiti x WonderLab Beautéssence dan Beaunest kini boleh dibeli dengan Dua (2) cara melalui:-

SitiZen (ejen BeauSiti) dan Wonder Star (ejen WonderLab)

WonderLab & BeauSiti Umum Kolaborasi Dengan Melancarkan Beautéssence & Beaunest

Kolaborasi Bersama BeauSiti x WonderLab 

Untuk mempromosikan amalan cara hidup yang lebih sihat, WonderLab telah bekerjasama dengan BeauSiti dan kolaborasi ini merupakan detik bersejarah buat kedua-dua jenama. Ia juga amat signifikan buat WonderLab yang telah menceburi dalam segmen minuman kecantikkan buat julung kali. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International), Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe) mengatakan bahawa kolaborasi bersama BeauSiti selaras dengan misi WonderLab, jenama penjagaan kecantikkan syarikat CUCKOO International yang memberi tumpuan pada menggabungkan kesihatan dan kesejahteraan dalam rutin penjagaan kecantikan harian seseorang demi mengubah gaya hidup seseorang untuk menjadi lebih baik.

Kerjasama dengan BeauSiti, jenama di bawah Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga merupakan lanjutan kerjasama baik bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai Duta Jenama CUCKOO.

Bagi menjayakan dan mempertingkatkan usaha kolaborasi ini, lebih daripada RM1 juta telah dilaburkan dalam media, dan seterusnya dijangka akan mencapai dan memberi impak positif kepada lebih daripada 30 juta orang melalui papan iklan, KOL media sosial dan platform sosial hiburan. Selain daripada itu, kesedaran jenama juga akan dipertingkatkan dengan bantuan duta yang baru dilantik, iaitu Nabila Razali, penyanyi-pelakon yang terkenal.

WonderLab & BeauSiti Umum Kolaborasi Dengan Melancarkan Beautéssence & Beaunest

Dato Sri Siti Nurhaliza juga mengatakan “kolaborasi dan perlancaran produk ini amat bermakna dan ini hanyalah permulaan bagi kami untuk membolehkan lebih ramai mendapat gaya hidup yang lebih sihat. Dengan itu, kami akan terus berkerjasama dengan WonderLab bagi melancarkan lebih banyak lagi produk-produk kesihatan dan kecantikkan bagi rakyat Malaysia dalam masa yang akan datang.”

“Selaras dengan usaha bagi membesarkan jenama dan mengembangkan pasukan kami, kami mengalu-alukan individu yang berbakat untuk menyertai pasukan kami sebagai Sitizen dengan BeauSiti atau sebagai Wonder Star dengan WonderLab, bagi berkongsikan rahsia kecantikan luaran dan dalaman kami kepada lebih ramai,” ujar Dato’.

BeauSiti x WonderLab Beautéssence – Minuman Botani dengan Teknologi Nutri-lock dan Cerepron-F

Dengan adanya BeauSiti x WonderLab Beautéssence, ia melengkapi dirimu. Formula terbaharu Beautéssence terdapat 7 bahan aktif (Cerepron-F, Kacip Fatimah, Pueraria Mirifica, Kolagen Peptida, Ekstrak Delima, Roselle dan Aloe Vera) yang diformulasikan khas untuk menyerlahkan kecantikan luaran dan dalaman. Bahan utama ini dapat diserap oleh badan dengan lebih efektif hasil teknologi Nutri-lock. Kebaikan Advanced Formula Beautéssence dengan manfaat Cerepron-F dari Jepun dapat membantu mencerahkan kulit sehingga 2 tona lebih cerah dalam 60 hari sahaja! Beautéssence juga telah diuji oleh UNIPEQ UKM, makmal yang diiktiraf berpiawaian antarabangsa.

Manfaat dan kelebihan Beautéssence Cerepron-F
  • Membantu mencepatkan proses pencerahan kulit dan wajah
  • Menggalakkan penghasilan kolagen secara  semulajadi
  • Membantu memudarkan jeragat dan parut jerawat 
  • Membantu memperbaharui sel-sel tubuh dan kulit
  • Bertindak sebagai Agen Anti Penuaan agar kekal Awet Muda
  • Mengekalkan keanjalan kulit wajah dan badan secara menyeluruh
  • Membantu kulit menghalang radikal bebas seperti sinaran UV matahari 
  • Membantu penjagaan lapisan kulit dari dalam agar kesan selamat dan berpanjangan

BeauSiti x WonderLab Beaunest – Minuman Kesihatan Sarang Burung dengan Madu, Delima & Kurma

Minuman kesihatan ini telah terbukti secara saintifik dapat membantu memulihara sel, sistem pernafasan dan organ dalaman tubuh. 

WonderLab & BeauSiti Umum Kolaborasi Dengan Melancarkan Beautéssence & Beaunest

Selain membekalkan kecantikan pada kulit, Minuman Kesihatan Sarang Burung juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya membantu memperbaiki fungsi paru-paru. Minuman kesihatan ini sangat istimewa dan rasanya yang enak kerana diperkaya dengan gabungan lima bahan utama iaitu, Sarang Burung Asli, Kolagen Peptida, eskstrak Madu, Delima dan Kurma.  Ia juga boleh diamalkan oleh semua peringkat umur. 

Manfaat dan kelebihan Beausiti Beaunest

  • Menggunakan pemanis semulajadi madu dan kurma tanpa gula tambahan
  • Tanpa bahan pengawet dan tiada pewarna tiruan
  • Mempunyai rasa yang sedap dan enak gabungan madu, delima dan kurma
  • Meningkatkan keseluruhan sistem imuniti 
  • Membantu menambahkan tenaga 
  • Meningkatkan penyembuhan dan pemulihan
  • Menyokong serta menguatkan sistem pernafasan dan paru-paru

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Beausiti dan WonderLab, layari 

www.beausiti.my atau halaman Facebook, Instagram BEAUSITI @beausitiofficial atau wonderlab.com.my atau halaman Facebook, Instagram @WonderLabOfficial.

BeauSiti x WonderLab, melengkapkan rutin penjagaan kecantikan harian & gaya hidup anda.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Da’i Syed Mahu Bersihkan Nama, Nafi Semua Pertuduhan Salah Laku Seks, Tahanan Reman Dilanjut 5 Hari Lagi

Teka-Teki Terjawab! Siti Nurhaliza Umum Hamil 4 Bulan, Siti Aafiyah Bakal Jadi Kakak