in , ,

Da’i Syed Mahu Bersihkan Nama, Nafi Semua Pertuduhan Salah Laku Seks, Tahanan Reman Dilanjut 5 Hari Lagi

SUSULAN enam laporan diterima pihak polis membabitkan pelbagai kesalahan seksual, reman terhadap pendakwah selebriti iaitu Da’i Syed disambung lagi selama lima hari bermula Rabu hingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Pendakwah selebriti yang direman sejak Jumaat lalu atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun akan disambung tahanan remannya sehingga Ahad ini atas dakwaan salah laku seks.

Reman Dilanjut Lagi 5 Hari

Menerusi laporan Sinar Harian, perintah dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar, Ahmad Feisal Mohd Azmi selepas membenarkan permohonan reman daripada pihak polis.

Da'i Syed Mahu Bersihkan Nama, Nafi Semua Pertuduhan Salah Laku Seks, Tahanan Reman Dilanjut 5 Hari Lagi

Lanjutan kepada penahanan reman pendakwah berusia 25 tahun itu dijalankan berikutan terdapat beberapa laporan polis baharu berkaitan salah laku seks berhubung kes di bawah kesalahan seksual seperti Seksyen 376 ( rogol), 354 (cabul), 377 (seks luar tabii) dan 323 (mencederakan) mengikut Kanun Keseksaan.

Akan Bersihkan Nama Dari Tuduhan

Dalam pada itu, peguam yang mewakili pendakwah dan penyanyi itu Ahmad Amzar Ahmad Azlan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan berlandaskan lunas undang-undang bagi membuktikan anak guamnya tidak bersalah.

“Anak guam sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan dia menafikan sebarang pertuduhan dan dakwaan yang dibuat.

“Dia akan cuba membersihkan namanya mengikut peruntukan undang-undang,”

– Ahmad Amzar Ahmad Azlan

Terdahulu, pihak polis telah memaklumkan bahawa menerima beberapa lagi laporan melibatkan suspek yang lima daripadanya dibuat di Balai Polis Shah Alam dan satu di Balai Polis Petaling Jaya.

Pendakwah yang juga bekas peserta program realiti TV pada tahun 2016 telah ditahan pada Khamis lalu ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berhubung dakwaan merogol.

“Terima Kasih Banyak Semua… Alright Thank You” – Da’i Syed Mahu Bersihkan Nama, Reman Disambung 5 Hari Lagi

SUSULAN enam laporan diterima pihak polis membabitkan pelbagai kesalahan seksual, reman terhadap pendakwah selebriti iaitu Da’i Syed disambung lagi selama lima hari bermula Rabu hingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Tuan Ahmad Feisal Mohd Azmi pada Selasa.

Da’i Syed atau Syed Syah Iqmal Mohammad Shaiful Syed Jamallulail kelihatan tenang ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 11 pagi.

Da'i Syed Mahu Bersihkan Nama, Nafi Semua Pertuduhan Salah Laku Seks, Tahanan Reman Dilanjut 5 Hari Lagi

Suspek yang berusia 25 tahun memakai baju yang sama berwarna hijau ketika hadir untuk permohonan reman pertama pada Jumaat, 27 November lalu.

Dia yang kelihatan kusut dan seolah-olah tidak terurus bagaimanapun sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang membuat liputan.

“Terima kasih banyak semua. Alright thank you… Assalamualaikum jumpa lagi,” katanya sebelum meninggalkan mahkamah sebeum memasuki kenderaan polis.

Sementara itu peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan yang mewakili suspek memberitahu pihak media, Da’i Syed menafikan kesemua tuduhan yang dibuat ke atasnya.

“Dia menafikan sebarang kesalahan terhadap aduan atau tuduhan yang dibuat terhadapnya dan dia sedia memberi kerjasama kepada polis untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah.

“Dia akan cuba membersihkan namanya melalui peruntukan undang-undang yang ada.

“Saya dimaklumkan ada banyak report tiba-tiba muncul, ada kemungkinan akan disambung siasatan di balai-balai lain,” ujar peguam bela kepada mStar.

Da'i Syed Mahu Bersihkan Nama, Nafi Semua Pertuduhan Salah Laku Seks, Tahanan Reman Dilanjut 5 Hari Lagi

Pada 26 November lalu, Syed ditahan selepas polis menerima laporan dakwaan rogol terhadapnya.

Manakala pada Isnin, Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan berkata, pihak polis menerima enam laporan mengenai salah laku seksual membabitkan Syed.

Siasatan bakal dijalankan di bawah Kanun Keseksaan iaitu seksyen 376 kerana merogol, seksyen 354 kerana melakukan cabul, seksyen 377 iaitu seks luar aturan tabii dan skesyen 323 kerana mendatangkan kecederaan.

*Sumber: mStar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Perjalanan Hidup Dato’ Sri Siti Nurhaliza Dalam Video Muzik KUASA CINTAMU

WonderLab & BeauSiti Umum Kolaborasi Dengan Melancarkan Beautéssence & Beaunest