in

Winners Program Dokumentari Musim Ke-2 di TV3

WINNERS: DOKUMENTARI WINNERS MUSIM KE-2
MENYINGKAP RAHSIA KEJAYAAN USAHAWAN TEKNO

TV3 sekali lagi dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menerbitkan siri dokumentari 13 episod, WINNERS untuk musim yang ke – 2. WINNERS musim baru yang memaparkan inovasi beberapa syarikat tempatan bertaraf dunia akan bersiaran selama setengah jam setiap hari Jumaat, jam 7.00 petang selama 13 minggu bermula 1 Ogos 2008.

Majlis perasmian Winners musim ke-2 telah diadakan semalam, 22 Julai 2008 bertempat di Pusat Teknologi MTDC – UKM Bangi  disempurnakan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed b Yakcop, Menteri Kewangan Ke-2, yang mewakili Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi,  Yang Berbahagia Tuan Haji Fadillah B. Yusof, Pengerusi Media Prima Berhad, Dato’ Abdul Mutalib Dato’ Seri Mohamed Razak, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Encik Abdul Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Encik Norhalim B. Yunus.

Winners musim ke-2 akan memaparkan kejayaan 12 usahawan-tekno dan syarikat teknologi Malaysia bertaraf dunia melalui jalinan usahasama dengan MTDC di dalam bidang sains kehidupan dan sektor bukan Teknologi Maklumat dan Informasi ( ICT). Setiap episod akan dibahagikan kepada 3 elemen utama iaitu cabaran usahawan, penglibatan MTDC dan manfaat yang diberikan kepada masyarakat hasil daripada kerjasama di antara usahawan dan MTDC.

Saksikan kehebatan usahawan tempatan yang menjadi perintis dalam bidang sains kehidupan dan sektor bukan Teknologi Maklumat dan Informasi ( ICT). Melalui rakan kongsi strategik dengan MTDC segala impian menjadi kenyataan. Musim kedua ini turut memaparkan kelainan dari musim lalu. Musim kedua ini berbeza dengan musim pertama dan diterbitkan dalam Bahasa Malaysia.

“Penglibatan kami di dalam projek ini dilihat sebagai menyokong kerajaan membangunkan modal insan yang berwibawa. Dengan kerjasama ini, kami percaya ia dapat memartabat usahawan tekno tempatan yang menjadi perintis dalam bidang sains kehidupan dan sektor bukan Teknologi Maklumat dan Informasi ( ICT) yang berjaya bukan sahaja di tanah air, malahan mencipta nama di luar negara. Secara tidak langsung, ia juga dapat memberi kesedaran di kalangan masyarakat mengenai perkembangan industri tempatan yang menjadi inspirasi kepada generasi akan datang,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awaluddin Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia MTDC telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1992 untuk menerajui pembangunan teknologi perniagaan di Malaysia.  Tumpuan utamanya adalah mempromosikan penyelidikan tempatan dalam usaha menarik pelaburan dengan  teknologi-teknologi luar.

MTDC kini beroperasi sebagai pusat modal teroka bersepadu dan satu-satunya syarikat yang menyandang status tersebut. MTDC juga merupakan satu-satunya agensi yang membantu untuk mendapatkan bantuan kewangan yang menyeluruh; bermula dengan ide-ide sehinggalah ide itu di komersilkan. 

Selain daripada menekankan kejayaan usahawan sebagai karakter utama, dokumentari ini turut memaparkan MTDC sebagai modal teroka bersepadu yang berperanan untuk mengenal pasti, membiayai dan membangunkan syarikat yang berpotensi dalam bidang teknologi strategik. Disamping ittu, siri ini juga mengupas persoalan faktor-faktor yang menjadi kunci kejayaan dan menyingkap rahsia kejayaan usahawan-usahawan bertaraf dunia ini.

Selain itu program ini memaparkan peranan MTDC  dan usahawan-tekno dalam pelbagai program yang membantu membina masyarakat melalui  pelbagai perancangan program tanggungjawab korporat sosialnya.

Sehubungan itu, dokumentari ini juga berfungsi sebagai bahan rujukan kepada para pelajar dan pelatih dalam bidang pengurusan serta strategi dalam membuat keputusan, perniagaan bijak dan tanggungjawab sosial korporat dan tanggungjawab.

Antara 12 agensi perusahaan yang difokuskan di dalam Winners Musim Ke-2 ialah:-
1.OSA Technology
2.Gas Generators
3.Steampro Conservation
4.CEMS Engineering
5.Core Competencies
6.SIT Schiffs-Ind. Technik
7.I-Green
8.Bsmart Tech
9.Halagel Plant- Kedah Sg. Petani
10.Waftech –Penang – Bayan Lepas
11.Applied Chemie Consultancy-Melaka  – Air Keroh
12.Pesaka Astana

Siri dokumentari ini adalah hasil penerbitan Primeworks Studios yang bernaung di bawah Media Prima Berhad. Antara tulang belakang yang menjayakan pembikinan dokumentari ini adalah:  

1.Penerbit Eksekutif: Ezzah Aziz Fawzy
2.Penerbit: Gan Bock Khim
3.Wartawan Penyiaran: Nurin Mastura Binti Din Merican
4.Wartawan Penyiaran : Rosyafina binti roshidi
5.Pembantu Penerbitan: Azli Abd Aziz

Rahsia kejayaan usahawan tekno dan peranan MTDC dalam membangunkan modal insan juga disiarkan dalam Buletin Utama pada setiap hari Isnin, Selasa, Rabu & Khamis mulai 28 Julai ini.Jangan lupa untuk menyaksikan Winners, setiap hari Jumaat bermula dari 1 Ogos 2008, jam 7.00 petang, hanya di TV3!

[tags]winners, osa technology, steampro, cems, hackers, how to, manage, pesaka astana, siit, i-green, sungai petani, air keroh, core competence, gen bock, tv3 dokumentari[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Show Live Band Redemption di Hard Rock Cafe

Gambar Selebriti Bergaya Dengan Fesyen Baju Raya Michael Shu