in , ,

Gambar Selebriti Bergaya Dengan Fesyen Baju Raya Michael Shu

Pereka fesyen batik, Michael Shu telah memperkenalkan 30 busana khusus untuk penampilan bergaya di hari lebaran pada jam 4 petang semalam di Hotel Park Royal Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sebanyak 10 orang selebriti popular iaitu Amber Chia, Lisdawati, Irma Hasmie, Aleeza Kassim, Zahnita, Dynaz, Ashraf Muslim, Shafiq, Mark dan Kamal Adli tampil dengan rekaan terbaru hasil kreativiti ikhlas Michael Shu.

2702005899 B21Ebdec4E | 4

Berinspirasikan pakaian kurung, pemenang tempat kedua Piala Seri Endon 2004 itu mengadaptasi unsur moden dan ketimuran pada koleksi kali ini. Untuk menyuntik sedikit kelainan, Michael Shu mengetengahkan citarasa glamour dan praktikal, selain perincian yang lebih sempurna. Sedap mata memandang. Bermain dengan kilauan manik atau kain sutera sebagai pilihan, rekaan Michael Shu sebaliknya diperindahkan dengan pemilihan fabrik lace dan net.

Keberaniannya menggunakan konsep rekaan kembang atau ‘can can’ pada bahagian tengah pakaian, memberikan sebuah citarasa yang lebih moden lagi bergaya untuk si pemakai. Objektifnya ialah supaya baju kurung tampak lebih elegean daripada biasa. Tergolong dalam rekaan houte couture, bukan sebagai pakaian tradisional semata-mata.

Untuk koleksi sempena lebaran ini, dia mempertaruhkan beberapa warna utama yang boleh dikatakan sering menjadi pilihan si pemakai ketika ini iaitu hitam, emas, perak dan beberapa warna pastel.

Inspirasinya hadir ketika saya berkunjung ke luar negara tidak lama dulu. Saya perhatikan, pakaian labuh sedang menjadi pilihan wanita di sana. Boleh saya katakan, rekaannya tidak banyak beza dengan baju kurung. Itu yang memberikan saya inspirasi untuk melahirkan koleksi baju kurung dengan citarasa lebih bergaya lagi moden.

Turut diperkenalkan, beberapa seleksi pakaian kasual sang pria yang sesuai untuk dipakai bagi aktiviti kunjung mengunjung di hari lebaran. Istimewanya rekaan lelaki milik Michael Shu ini, apabila dia mengetengahkan rekaan batik yang lebih abstrak dan eksklusif di atas dua fabrik iaitu suntong dan organza.

Katanya, keteguhan fabrik suntong memberi penampilan yang lebih selesa dan berkeyakinan tanpa perlu malu untuk menutup struktur badan kepada si pemakai. Organza pula adalah cabaran hebat baginya untuk membuktikan bahawa fabrik jenis ini hakikatnya sesuai untuk rekaan busana lelaki lebih-lebih lagi apabila mengunakan dengan rekaan batik.

2702823930 6828A59Fc3 | 5

Irma Hasmie

2702822978 732F9B2948 | 6

Lisdawati

2702003309 915C848Bd8 | 7

Dynaz

2702001521 932B7338E3 | 8

Amber Chia

2701999019 E501Cc7Cfd | 9

Kamal Adli

2701997715 B0D3939B1C | 10

Ashraf Muslim

2702814604 3B936A2D88 | 11

Mark

2701995245 2D436C5Ddc | 12

2702810684 F74E4Ac2C5 | 13

2702809590 5Ceaec7689 | 14

Amber Chia

[tags]fesyen hari raya, baju kurung raya, potongan, fashion, latest organza, michael shu, batik, houte, couture, fabric, moda, seed, mng, vinci, shoe, jimmy choo, sahabat lirik, admin, php script, Amber Chia, Lisdawati, Irma Hasmie, Aleeza Kassim, Zahnita, Dynaz, Ashraf Muslim, Shafiq, Mark OIAM, Kamal Adli[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Winners Program Dokumentari Musim Ke-2 di TV3

Gambar Anak Ziela Jalil