in , ,

Wings Bakal Gegarkan Sunday Night Live di Hard Rock Cafe

Kali terakhir Wings beraksi di Hard Rock Cafe (HRC) ialah pada 4 Oktober 2009 yang menyaksikan pusat hiburan terkenal di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur itu dibanjiri peminat.

Selepas 10 tahun, kumpulan rock legenda ini akan kembali beraksi di lokasi berkenaan pada 6 Oktober ini dan semestinya menjadi berita gembira buat peminat setia Wings. Kaki muzik peminat genre rock pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan Sunday Night Live (SNL), platform persembahan live band oleh artis-artis hebat tempatan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Wings, rock band lagenda negara bakal memulakan persembahan pertama Sunday Night Live, diwakili ahli kumpulan asal Awie (vokal), Eddie (bass) dan Black (drum) dengan bantuan Edri dan Sham (Lead Guitars) bermula pada hari Ahad, 6 Oktober 2019.

Wings Bakal Gegarkan Sunday Night Live di Hard Rock Cafe

SUNDAY NIGHT LIVE HARD ROCK CAFE KL

Pada sidang media yang bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur baru-bari ini, HRC mengumumkan pelancaran Sunday Night Live (SNL) iaitu sebuah platform untuk artis artis tempatan tampil membuat persembahan di premises HRC yang ditetapkan pada setiap dua bulan. 

Sehubungan dengan pelancaran SNL, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur turut memberitahu bahawa inisiatif ini bakal memberi ruang untuk pengiat seni musik tempatan untuk membuat persembahan di premis mereka.

Bermula 6hb Oktober 2019, Kumpulan Lagenda Wings  bakal menjadi kumpulan pertama untuk tampil di SNL manakala selebihnya akan diumumkan pada masa akan datang. 

Wings Bakal Gegarkan Sunday Night Live di Hard Rock Cafe

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur membuka pintunya kepada orang ramai pada tahun 1991. Dengan menghidangkan makanan yang segar dan asli dari Amerika, disamping menyerikan lagi dengan hiburan secara live. HRC telah menjadi pilihan bagi artis tempatan dan luar negara untuk menghiburkan peminat mereka serta pengunjung. 

“Sebagai sebuah restoran yang mempunyai jenama antarabangsa, kami di HRC sangat komited dalam menyokong serta mempromosikan artis tempatan di ‘saturday night live’ ini.

Di platform ini juga akan memperkenalkan artis artis  yang terkenal serta penampilan beberapa wajah baru bagi memberi peminat kesempatan untuk bersama artis kegemaran mereka,”

– Ranjit Singh, Pengurus Besar

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur merancang untuk mengadakan persembahan SNL setiap dua bulan bermula Oktober 2019.

HRC dilengkapi dengan teknologi audio dan pencahayaan yang terkini bagi membolehkan artis-artis ini berkarya sepenuhnya penghasilan  bunyi dan penataan cahaya yang terbaik.

Penyanyinya, Datuk Awie berkata, persembahan sempena Sunday Night Live ini adalah pembuka jalan buat kumpulan rock tanah air kembali memeriahkan industri muzik yang dilihat semakin suram.

“Kami akan membuka tirai Sunday Night Live dan selepas itu akan disusuli artis dan kumpulan lain.

“Ia bukan nak mengimbau nostalgia lama tapi sebuah persembahan yang serius kerana akan menjadi platform yang bagus untuk kumpulan lain yang sudah lama menyepi kembali aktif.

“Mereka sudah boleh berlatih semula untuk terbabit dalam program ini. Biar penyokong dan peminat kumpulan seperti Bumiputra Rockers, Sofea dan SYJ kembali memeriahkan industri muzik,”

– Awie Wings

Menurutnya, Hard Rock Cafe adalah lokasi yang paling sesuai untuk genre rock & roll dan kumpulan ini perlu memanfaatkan peluang yang ada.

“Bila-bila masa saja mereka boleh beraksi kerana semuanya sudah disediakan. Wings sendiri ambil peluang untuk memberikan persembahan yang akan menghiburkan peminat.

“Kami menyambut jemputan daripada Hard Rock Cafe, sebuah jenama antarabangsa. Kami juga perlu profil yang bagus daripada jenama ini. Ini antara faktor kami terima tawaran yang dibuat. Pada masa sama, ia menjadi latihan buat Wings kerana selepas ini kami ada konsert di Melaka dan Labuan,”

– Awie Wings

Sempena pelancaran, Ranjit Singh, General Manager Hard Rock Cafe Kuala Lumpur turut menyatakan; SNL adalah platform yang mengetengahkan artis-artis popular dan juga baru, bagi memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan artis kegemaran mereka secara live.

SNL bakal diadakan pada setiap 2 bulan sekali di Hard Rock Cafe KL bermula 6 Oktober ini dengan persembahan rock band legend Wings. Ia bakal diikuti seterusnya dengan artis-artis legend seperti Lefthanded, Mus dan ramai lagi artis-artis hebat tanah air.

WINGS Sunday Night Live Hard Rock Cafe

‘Kami Takkan Main Di Kelab Lagi’

Mengulas lanjut persembahan di Hard Rock Cafe, Awie tidak mahu segelintir pihak tersalah anggap mereka akan kembali aktif beraksi di kelab seluruh negara.

“Jangan salah tafsir perkara ini. Wings sebenarnya bukan nak bermain di kelab kerana kalau nak, kami boleh saja beraksi di mana-mana kelab yang ada.

“Kena tengok kemampuan pihak kelab untuk bayar. Kami tak fokus pada kelab. Kami beraksi di Hard Rock Cafe kerana jenamanya.

“Kalau nak main di kelab, kami boleh saja cari mana-mana kelab yang ada. Tapi berapa yang mampu mereka bayar dan berapa harga tiket yang akan dikenakan?”

– Awie Wings

Sekali lagi Awie menegaskan Wings sebuah nama besar dan tidak berniat kembali beraksi di kelab.

“Persembahan di Hard Rock Cafe adalah sebagai ‘kick start’ kepada aktiviti program kami dan pembuka jalan kepada kumpulan lain.

“Kami sudah aktif main di kelab pada 1985 dan 1986 dan ia sudah memadai. Biar kami fokus agenda yang lebih besar,”

– Awie Wings

Peminat Wings yang ingin menonton boleh membeli tiket berharga RM100 untuk persembahan yang akan bermula pada jam 10.30 malam.

Harga cover charge SNL adalah RM100. Kalian boleh hubungi +603 2715 5555 untuk sebarang info lanjut atau layari website: https://www.hardrock.com/cafes/kuala-lumpur/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem RAMBO LAST BLOOD

BTS Tidak Terkecuali Terpaksa Jalani Latihan Ketenteraan