in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem RAMBO LAST BLOOD

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini! Jadi apa tunggu, dapatkan 2 tiket percuma dengan menyertai peraduan ini. Lekas sertai sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama One World Alliance Film akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda semua untuk menonton sebuah filem aksi yang berjudul RAMBO LAST BLOOD.

RAMBO LAST BLOOD

Sinopsis Filem RAMBO LAST BLOOD

Filem ini mengisahkan pelakon legenda Sylvester Stallone kembali sebagai John Rambo, yang mana kali ini veteran Perang Vietnam ini perlu bekerjasama dengan seorang wartawan untuk menyelamatkan seorang gadis yang diculik oleh kartel dadah Mexico.

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 19 September 2019.

RAMBO LAST BLOOD

Ayuh! Tonton Trailer Dulu Sebelum Menonton di Pawagam

Budiey ada 10 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan aksi ini di GSC Mid Valley untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer RAMBO LAST BLOOD yang telah ditayangkan di Youtube: https://youtu.be/AJ5kILQxGZQ

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak? Komen di ruangan kat bawah ni.

Untuk kalian yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

RAMBO LAST BLOOD

Peraduan Premiere With Budiey Menonton RAMBO LAST BLOOD

Sensasi Selebriti dengan kerjasama One World Alliance Film ingin menghadiahkan 10 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
17 September 2019 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
GSC Mid Valley

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere RAMBO LAST BLOOD – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #rambolastblood

Apa yang korang perlu buat ialah:

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon utama filem.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan RAMBO LAST BLOOD – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem RAMBO LAST BLOOD

Tarikh tutup peraduan:

16 September 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada One World Alliance Film dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 19 September 2019 di pawagam berdekatan anda.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Masih Sayang Nabila, Enggan Bercerai

Wings Bakal Gegarkan Sunday Night Live di Hard Rock Cafe