in ,

Canggih! WiFi Berkelajuan 5G Dipasang di Pusat Kuarantin COVID-19

Selepas ujian 5G besar-besaran di Langkawi, TM baru-baru ini meneruskan ujian capaian rangkaian tersebut dengan menempatkan pemancarnya di pusat kuarantin Covid-19 ketika PKP.

Ketika Malaysia sedang dilanda wabak COVID-19 ini, Telekom Malaysia telah mengambil insiatif dengan memasang stesen pemancar 5G di dua buah pusat kuarantin terpilih iaitu di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh dan Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS). Inisiatif ini nyata dapat memberikan petugas dan pesakit menikmati kelajuan rangkaian internet berkelajuan 5G.

Canggih! WiFi Berkelajuan 5G Dipasang di Pusat Kuarantin COVID-19

Di lokasi tersebut, terdapat 50 unit terminal Akses Wayarles Tetap 5G (5G Fixed Wireless Access terminal) telah di pasang. Mereka yang berada di kawasan tersebut boleh menggunkana WiFi tersebut secara percuma!

Canggih! WiFi Berkelajuan 5G Dipasang di Pusat Kuarantin COVID-19

Mengulas berkenaan inisiatif tersebut, Dato’ Noor Kamarul Anuar Nuruddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM berkata:

“TM berasa berbesar hati kerana telah diberi peluang oleh pihak Kerajaan untuk melaksanakan pemasangan stesen pemancar 5G di dua (2) pusat kuarantin itu.

Kami telah memperuntukkan 50 unit terminal FWA percuma di kedua-dua pusat kuarantin dan kami menyediakan akses WiFi PERCUMA menerusi rangkaian 5G buat semua pengguna di situ. Selain sebagai lanjutan kepada 5GDP baru-baru ini, inisiatif ini juga merupakan sebahagian usaha tanggungjawab korporat kami dalam membantu Kerajaan ke arah membendung penularan pandemik COVID-19.

Dengan kecekapan dan kemudahan sambungan 5G, pasukan barisan hadapan dan perubatan akan dapat #kekalproduktif dalam operasi mereka untuk bertindak terhadap sebarang situasi kecemasan dan memberikan rawatan yang diperlukan; sementara para pesakit pula dapat #kekalberhubung dengan keluarga dan yang tersayang sepanjang mereka berada di pusat kuarantin itu.

Pelaksanaan stesen pemancar 5G ini juga menggambarkan kepakaran dan keupayaan kami dalam membawakan perkhidmatan 5G kepada rakyat Malaysia seluruh negara.

Kami akan terus mencari lebih banyak cara untuk kami membantu mengurangkan impak pandemik ini kepada ekonomi, serta pelanggan kami, anggota, pasukan barisan hadapan dan golongan yang memerlukan; sambil memastikan perkhidmatan kami terus diberikan tanpa sebarang gangguan.”

“Bagi pihak TM, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas kepercayaan dan bantuan sepanjang proses ini; daripada perancangan sehinggalah kepada pelaksanaan, yang membolehkan kami menyelesaikan kerja-kerja berkaitan di lokasi-lokasi kritikal ini hanya dalam masa beberapa hari sahaja.

Ini turut membuktikan keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian digital yang inovatif serta menyesuaikan penawaran kami bagi membantu pelanggan apabila diperlukan, khususnya semasa tempoh yang mencabar ini. Sebagai penyedia rangkaian infrastruktur telekomunikasi nasional untuk aspirasi Negara Digital Malaysia, kami telah mewujudkan tunjang komunikasi negara dengan sambungan dan rangkaian bersepadu terluas.

Kami akan terus membina asas kepada Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) dan pelaksanaan 5G di seluruh negara – memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan gaya hidup yang lebih digital, perniagaan dan vertikal industri digital, serta Kerajaan digital ke arah mempertingkatkan kualiti hidup Rakyat,”

– Dato’ Noor Kamarul Anuar Nuruddin

TM akan terus memantau perkembangan situasi semasa dan menyesuaikan perkhidmatan mereka untuk membantu pihak-pihak berkepentingan pada masa yang diperlukan.

Canggih! WiFi Berkelajuan 5G Dipasang di Pusat Kuarantin COVID-19

Orang ramai juga dijemput untuk melayari portal StayAlert.my, sumber maklumat sahih sehenti yang dibangunkan oleh TM, bagi membantu rakyat Malaysia terus menerima berita dan perkembangan terkini berkenaan COVID-19.

Canggih! WiFi Berkelajuan 5G Dipasang di Pusat Kuarantin COVID-19

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tahniah Malaysia, Catat Jumlah Tertinggi Pesakit Sembuh Covid-19 di Asia

Samsung Malaysia Lanjutkan Waranti Selama 30 Hari Untuk Semua Produk