in , ,

Samsung Malaysia Lanjutkan Waranti Selama 30 Hari Untuk Semua Produk

Memahami dengan situasi dalam negara yang sedang berusaha mengekang penularan Covid-19, Samsung Malaysia mengumumkan lanjutan waranti untuk produk mereka.

Lanjutan waranti selama 30 hari telah diberikan dimana ia ia melibatkan semua  produk termasuk perkakas elektronik sama ada peti sejuk, TV, telefon pintar dan lain-lain lagi. Menurut Samsung Malaysia, lanjutan ini terpakai kepada produk yang tamat tempoh waranti diantara 18 Mac 2020 sehingga 28 April 2020

samsung

Langkah ini dijalankan ekoran daripada pemanjangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadualkan berakhir pada 28 April kelak. Menurut Samsung Malaysia, sepanjang tempoh PKP ini dikuatkuasakan, pusat baik pulih mereka tidak boleh beroperasi dan menyukarkan pengguna untuk membuat urusan berkaitan waranti.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat waranti untuk setiap produk Samsung boleh lanjutkan bacaan disini – Samsung Warranty Information.

What do you think?

84 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Canggih! WiFi Berkelajuan 5G Dipasang di Pusat Kuarantin COVID-19

Apple Daftarkan Nama Domain AppleCoronavirus.com