in ,

WhatsApp Bakal Hadir Dengan Fungsi Reaksi Mesej

Laporan terbaru daripada WABetaInfo menyatakan WhatsApp kini sedang membangunkan ciri memberikan reaksi mesej (message reactions).

Laporan terbaru daripada WABetaInfo menyatakan WhatsApp kini sedang membangunkan ciri memberikan reaksi mesej (message reactions).

Seperti namanya, pengguna boleh memberi emoji terhadap mesej yang dihantar. Mirip yang ada di iMessage, Instagram, Twitter, Messenger mahupun Signal.

WhatsApp Bakal Hadir Dengan Fungsi Reaksi Mesej WhatsApp Bakal Hadir Dengan Fungsi Reaksi Mesej

Fungsi ini dikatakan bakal ditawarkan buat pengguna iOS dan Android tidak lama lagi. Namun, setiap pengguna harus mengemaskini pada versi terbaru. Jika tidak, WhatsApp akan memaparkan mesej bahawa anda sedang menggunakan versi WhatsApp yang lama.

Sumber: WABetaInfo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis World Peace Entertainment Lancar Video Lirik DARAHKU Sempena Hari Kemerdekaan

Penyanyi Lagu Ayam Den Lapeh, Elly Kasim Meninggal Dunia Mengidap Gangguan Pencernaan