in , ,

Artis World Peace Entertainment Lancar Video Lirik DARAHKU Sempena Hari Kemerdekaan

Pada 27 Ogos 2021, World Peace Entertainment akan melancarkan sebuah lagu baharu berjudul ‘Darahku’ hasil ciptaan Omar K dan Dari, bersempena menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang menampilkan barisan artis seperti Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Firdaus Rahmat, Alan D dan Hao Ren.

Bagi menonjolkan kepelbagaian budaya serta semangat perpaduan negara, instrumen seperti Sape, Erhu dan Koto diketengahkan, dan bagi memperkuatkan lagi rentak Irama Malaysia yang dibawa.

Dengan pelancaran ‘Darahku’ ini juga, World Peace Entertainment akan turut menampilkan sebuah lirik video pada 27 Ogos 2021 di Youtube pada jam 8 malam, yang diinspirasikan dari sehelai kertas putih yang diwarnai dengan keempat-empat warna yang terdapat pada Jalur Gemilang.

‘Darahku’ terbitan World Peace Entertainment, boleh dimuat turun di semua streaming platform, seperti Spotify, Apple Music, Youtube, JOOX dan lain-lain.

DARAHKU COVER ART

Lirik Lagu DARAHKU

Darahku – Naim Daniel, Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Firdaus Rahmat ft Alan D & Hao Ren 

Production Credits
Song & Lyrics: Dari (World Peace Entertainment), Alan D (MassMusic) & Hao Ren (WebTVAsia) Arranger: Dari
Producer: Dari & Omar K
Mixing & Mastering: Audi Mok 

*Verse 1* 

Aku tidak faham 

oh mengapa kita harus bertengkar 

kita semua saudara 

walau apa yang mungkin berlaku 

air dicincang tak akan putus 

*Pre Chorus* 

lupakan warna 

kita kan sama 

*Chorus* 

Tanah tumpahnya darahku 

bersama saudara saudariku 

tak kira mana ku tuju 

oh demi tanah airku 

Tanah tumpahnya darahku 

bersama saudara saudariku 

tak kira mana ku tuju 

takkan menghilang 

jiwa merdeka dalam darahku 

*verse 2* 

有国有家有你有他 mari kita cipta sejarah 

还没有百岁前途似锤敲出精髓在为谁?demi masa depan negara 

展开翅膀为土地热雨高风刮 

灌溉大红花肥沃土壤种出你我心中的梦想 

hey tak kira mana ku tuju 

apa yang mungkin berlaku 

kita semua harus berganding bahu 

demi Tanah tumpahnya darahku 

Lupakan warna

kita kan sama 

*Chorus* 

Tanah tumpahnya darahku 

bersama saudara saudariku 

tak kira mana ku tuju 

oh demi tanah airku 

Tanah tumpahnya darahku 

bersama saudara saudariku 

tak kira mana ku tuju 

takkan menghilang 

jiwa merdeka dalam darahku 

*verse 3* 

When I think of freedom I think of my people, 

I want you to dream, we are all equal, 

Ultra light beaming, 

im with the team, we are so regal, 

we are some kings and queens, 

Loving is all we need, 

I pray for unity, 

faith in community, 

I do it truthfully, 

all this ain’t new to me, 

Long live Malaysia, 

the fruits of our labor, 

our father were warriors, 

our brothers in arms, 

our mothers empower, 

our sisters are flowers, 

our beauty inspires, 

our lands are rich, ya aye, 

if you need a fix, ya aye, 

this life is a gift, ya aye, 

I can’t resist 

Kita semua sama 

*Chorus* 

Tanah tumpahnya darahku 

bersama saudara saudariku 

tak kira mana ku tuju 

oh demi tanah airku 

Tanah tumpahnya darahku 

bersama saudara saudariku 

tak kira mana ku tuju 

takkan menghilang 

jiwa merdeka dalam darahku 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penampilan Terkini Sofia Jane Mengejutkan Ramai, Suami Pula Kekal Tampan

WhatsApp Bakal Hadir Dengan Fungsi Reaksi Mesej