in

Website RadiusOne, Klip Video Amylea, Lagu Tema Sindarela

Website Radius One telah dinaiktaraf sistemnya. Kepada pembaca yang sudah mendaftar nama, bolehlah log masuk di radiusone.com.my

Log masuk sekarang dan tontonlah klip-klip video pilihan terbaru, video-video diari produksi yang memaparkan perkembangan dan suasana di sebalik tabir pembikinan drama terbaru Radius One Sdn Bhd, iaitu SINDARELA. Yang terkini, korang semua boleh mendengar lagu tema asal untuk runut bunyi drama Sindarela dendangan Amylea AF. Juga nikmati lagu-lagu tema dari koleksi runut bunyi drama-drama kami yang lepas seperti Emil Emilda dan Kerana Cintaku Saerah. Jangan lupa untuk menyertai forum yang disediakan khas untuk anda berinteraksi sesama ahli terutamanya untuk mendapatkan maklum balas dari pihak radiusone.com.my sendiri.

Jangan lupa untuk menyaksikan persembahan terbaru Radius One Sdn Bhd, skrip dan arahan Shahrulezad Mohameddin; SINDARELA. Akan datang di TV3, bermula 5 Februari 2008, setiap Selasa jam 9 malam. Menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Sharifah Amani (Sepet, Gubra, Emil Emilda), Bront Palarae (Beat TV, Cinta Tsunami), Remy Ishak (Anak Halal), NoorKhiriah (Gubra, Emil Emilda, Kerana Cintaku Saerah), Isma Yusoof (Sutun 2, Emil Emilda, Kerana Cintaku Saerah), Ifa Raziah, Zazly, Sharifah Shahora, Sharifah Sofea, Wan Sharmila, Eira Syazira, Tam, dan Nadia ‘Luscious’ Aqilah. Turut menampilkan undangan khas Sharifah Aleya sebagai Sarimah dan Mustafa Kamal sebagai Tengku Adnan.

Untuk info lanjut sila ke www.radiusone.com.my

[tags]website oiam, clip videbeyonce, how tlog in, reformat henset, key gen free, blog terkenal, produksi, freeradius, securid, curvature, ascend, eap, tacacs, emile coue, cinderella, cinderella story, Mustafa Kamal, cinderella games, rihanna cinderella, mp3 downloads, creative mp3[/tags]

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lirik Lagu Terbaru Nur Fatimah – Rindu

Siti Sarah Guna Mandrem Untuk Menang Dalam OIAM?