in ,

Watie Elite Dalam Nasi Goreng Ikan Sepat di TV2

KONGSI KISAH ‘NASI GORENG IKAN SEPAT’ HIDANGAN TV2 PENGHUJUNG FEBRUARI

Telemovie-telemovie hebat sentiasa menjadi pilihan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi tontonan seluruh lapisan masyarakat. Oleh itu melalui slot Mustika yang bersiaran di Saluran Dunia Ria TV2, RTM menayangkan beberapa telemovie terbaik bagi menghiburkan pagi hujung minggu.

Slot Mastika penghujung Februari ini menghidangkan anda dengan Nasi Goreng Ikan Sepat sebagai hidangan telemovie pagi sabtu.

Nasi Goreng Ikan Sepat membawakan kisah hidup Fatimah yang menyesal atas keterlanjurannya sehingga wujud zuriat bernama Sheera. Namun lelaki yang bertanggungjawab menghilangkan diri meninggalkan Fatimah berseorangan menanggung beban. Fatimah bertekad berhijrah ke bandar mencari pekerjaan lalu meninggalkan emaknya Mbak Ayu bersama Sheera di kampung sebelum takbir Aidil Adha bergema.

Watie

10 tahun kemudian, hasil titik peluh dan usaha Embak Ayu bekerja kampung siang dan malam telah berjaya membesarkan Sheera demi mencari memberi pendidikan kepada cucu kesayangannya. Sheera juga sering membantu neneknya membuat ikan kering selepas waktu sekolah. Namun sayu hati Mbak Ayu setiap kali sheera bertanyakan tentang ibubapanya. Sheera sering menjadi bahan gurauan di sekolah kerana tidak mempunyai ibubapa. Ungkapan anak hantu sering ditujukan oleh rakan-rakan sekolahnya sehingga menyebabkan dia semakin tertekan. Demi menghiburkan hati sedihnya, Sheera hanya menatap gambar dan surat yang ditinggalkan ibunya sebelum dia  meninggalkan mereka.

Hidup Fatimah berubah dari hanya membantu di kedai makan sehingga menjadi pemiliknya apabila telah mengahwini Osman iaitu anak kepada pengurus restoran tempatnya bekerja. Tujuh tahun berkahwin masih belum dikurniakan cahaya mata lalu ibu dan bapa mertuanya mencadangkan agar mereka mengambil anak angkat. Fatimah enggan kerana dia tahu dia mampu melahirkan anak cuma rezekinya masih belum tiba.

Jauh di sudut hatinya, Fatimah amat merindukan Sheera cahaya mata yang ditinggalkan bersama ibunya 10 tahun lalu. Namun Fatimah masih menyimpan rahsia itu demi menjaga hati keluarga mertuanya tapi segala rahsia terbongkar apabila Fatimah membuka segalanya tatkala osman menuduhnya mandul.

Ruminah Sidek

Sikap terbuka mertuanya telah membenarkan Fatimah untuk bertemu Sheera lalu membawanya pulang ke bandar untuk hidup bersama mereka. Akan tetapi sebaliknya sikap amarah Osman yang tidak dapat menerima kehadiran Sheera telah menjadikan Sheera sebagai sasaran setiap kali kemarahannya.

Akibatnya Sheera telah melarikan diri pulang ke kampung neneknya. Setibanya di kampung rasa rindunya tidak dapat dibendung lagi namun Mbak Ayu telah menutup hayatnya kerana sangat rindu dan sedih ditinggalkan cucu kesayangan.

Filem lakonan Syed Aiman, Wati Elite, Rosminah Sidek serta ramai lagi pelakon hebat terbitan NHF Production Sdn Bhd ini berakhir dengan kepulangan Fatimah dan Osman kepangkuan ibunya yang telah tebujur kaku. Persoalannya, masihkah Osman bersikap dingin terhadap Sheera atau dapatkah Sheera bersama ibunya kembali dan menerima Osman sebagai bapa? Jangan lupa untuk turut sama menyaksikan kesudahan telemovie Nasi Goreng Ikan Sepat pada 30 Januari 2010, jam 10.00 pagi hanya di Saluran TV2.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Citer ni macam dah pernah siar je sebelum ni…siaran ulangan ke Budiey?
    Camana pun, citer ni mmg menarik untuk ditonton….byk pengajaran berguna yg boleh kita jadikan iktibar.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com: Part 3

Casablanca