in ,

Waris Pesakit Covid-19 Akhirnya Cerita Perkara Sebenar Isu Lewat Kebumi Jenazah

SIAPA yang tidak sedih ketika berdepan saat kehilangan orang tersayang, dan ditimpa dugaan berganda apabila urusan pengebumian jenazah mengalami masalah.

Begitulah yang terpaksa dihadapi seorang waris apabila jenazah datuk saudaranya yang meninggal dunia akibat Covid-19 lewat dikebumikan. Kelewatan lebih 24 jam itu membabitkan beberapa tanah perkuburan di Lembah Klang yang ‘menolak’ untuk mengebumikan jenazah atas faktor kuota dan luar kariah.

Cucu saudara itu, Shahrul Hafis Said, 31, berkata, datuk saudaranya, Allahyarham Hawari Sulaimi yang berstatus pemastautin tetap (PR), meninggal dunia di Ampang, Selangor, Ahad lalu pada usia 61 tahun.

“Walaupun berstatus PR, arwah atuk telah berpuluh tahun menetap di Ampang. Saya sendiri telah dibesarkan oleh arwah sehingga usia saya 10 tahun.

“Kita faham kalau tanah-tanah kubur di kawasan sekitar dah penuh, tapi ada tanah kubur lain yang lebih besar masih tak terima jenazah atuk sebab dah cukup kuota pula.

“Bila ditanya oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) yang membantu menguruskan jenazah atuk, pengurusan kubur-kubur berkenaan timbulkan isu kuota atau luar kariah.

“Kalau ada kematian sudah tentu sesiapapun nak ia dipercepatkan dan mudah. Takkan nak kena tanam kat tepi rumah kot, lagilah tak masuk akal,” katanya kepada mStar.

Hafis berkata, daripada enam tanah perkuburan yang dimohon termasuk satu di Ampang, pada awalnya hanya satu di USJ, Subang Jaya yang menerima jenazah untuk dikebumikan.

“Saya kena fikir keadaan nenek yang juga warga emas, pakcik dan makcik saya yang berada di Ampang kalau nak datang ke USJ agak jauh. Lebih-lebih lagi musim Covid-19 ni.

“Kalau boleh dapat tempat dekat untuk memudahkan ahli keluarga menziarah nanti. Masa tu kami merayu kalau dapat di kawasan Gombak pun tak apalah, masih lagi dekat,” ujarnya.

Justeru, bapa kepada dua anak itu berasa amat sedih dan terkilan dengan kejadian yang berlaku sehingga merumitkan urusan jenazah datuk saudaranya.

“Rasa nak marah pun ada, sampai tak boleh fikir macam mana perkara ni boleh terjadi. Adakah ia disebabkan Covid-19 atau pilih bulu, saya tak pasti.

“Bagi saya, kalau orang meninggal… urusan jenazah sepatutnya dipermudahkan,” katanya sambil menambah arwah datuknya pernah mengusahakan bisnes buah di Ampang.

Covid 19

Bagaimanapun, Hafis amat bersyukur apabila jenazah datuk saudaranya akhirnya dapat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu di Gombak.

“Rezeki kami dan rezeki arwah atuk kerana dipermudahkan juga sebab ada waris lain yang batal saat akhir, jadi liang lahad yang telah digali tu boleh digunakan untuk kebumikan arwah atuk. Saya rasa lega dan bersyukur sangat,” katanya.

Ini bukan perkara main-main. Sebab kita pun tak tahu dapat hidup sampai bila, bila-bila masa pun kita boleh mati. Jadi, soal kematian dan jenazah ini sangat penting

Sehubungan itu, Hafis berharap pihak berkuasa mengambil perhatian secara serius agar insiden yang berlaku pada jenazah datuk saudaranya tidak berulang.

“Ini bukan perkara main-main. Sebab kita pun tak tahu dapat hidup sampai bila, bila-bila masa pun kita boleh mati. Jadi, soal kematian dan jenazah ini sangat penting.

“Saya berharap pihak berkuasa boleh ambil tindakan, dan kena ambil tahu. Saya berharap sangat perkara seperti ini tidak berlaku kepada orang lain,” katanya.

Waktu Pengurusan Singkat

Sementara itu, bagi Norlina Zainal Rashid, 58, walaupun sedih kerana tidak dapat mengebumikan ibunya pada hari yang sama, dia lega kerana akhirnya arwah ibu tetap dapat disemadikan dekat dengan ayahnya yang meninggal lima hari lebih awal.

“Mak saya meninggal dunia sebelah pagi tetapi pada hari dia meninggal tu saya dimaklumkan untuk urusan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 dah penuh, tempat lain ada tapi saya nak tempat yang sama dengan arwah ayah saya iaitu di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur/Karak.

“Perasaan saya memang sedih, kita semua nak kebumikan ahli keluarga secepat mungkin tapi kita tak ada kemampuan memandangkan kita sedang berdepan dengan situasi getir, benda ni isu negara, jadi kita tidak boleh pentingkan diri dan mencari salah semata-mata,” kata Norlina yang bertugas sebagai seorang pegawai bank.

Menurutnya lagi, menguruskan jenazah pesakit C0vid-19 bukanlah satu tugas yang mudah dan semua prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan adalah demi memastikan tidak berlakunya penularan wabak yang sudah meragut lebih 3,000 ny4wa ini.

“Nak uruskan jen4zah C0vid-19 tidak mudah, saya nak buat pengecaman arwah ayah dan mak pun saya perlu ikut SOP, kena pakai PPE (peralatan pelindung diri) untuk pastikan kita tak dijangkiti.

“Lepas tu kita perlu sanitize, ada langkah-langkah yang perlu kita ikut tapi pada saya, itu bukanlah satu masalah,” kata Norlina yang berkesempatan menghadiri upacara pengebumian kedua ibubapanya.

Dia bagaimanapun mempersoalkan tindakan pihak pengurusan tanah perkuburan yang hanya membenarkan urusan pengebumian bagi jenazah bukan Covid-19 dilakukan dalam waktu singkat dari 3 petang hingga 6 petang sahaja.

Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak. Foto FB Jawi

Norlina juga berkongsi pengalaman mengenai kesukaran untuk membuat tempahan slot kubur memandangkan pejabat urusan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah dibuka dari 8 pagi hingga pukul 4 petang.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) perlu jawab kenapa waktu terakhir pengebumian bagi jenazah bukan pesakit Covid-19 hanya sampai pukul 8 malam sedangkan banyak kawasan perkuburan sampai tengah malam, kalau untuk pesakit Covid-19 kita faham mungkin ada had dan masalah dari segi petugas.

“Lagi satu pejabat tanah perkuburan buka pukul 8 pagi sampai 4 petang, ayah saya meninggal pagi, tapi kami kena tunggu keesokan hari untuk buat tempahan sebab pejabat dah ditutup.

“Ayah saya dikebumikan keesokannya pukul 3 petang. Pada saya kalau dapat dikebumikan pagi bagus sangat,” katanya.

Selain kedua ibu bapanya, Norlina dan suaminya juga disahkan positif Covid-19.

“Kami tak tahu macam mana boleh kena, berturut-turut walaupun masing-masing tinggal di rumah berbeza, saya, suami dan menantu positif, ibu dan ayah saya yang tinggal di rumah lain pun positif, begitu juga dengan adik dan kakak bersama anak-anak mereka yang juga tinggal di rumah yang berbeza.

“Kami semua sudah lebih sebulan tidak berjumpa,” katanya lagi.

Covid 19

Pengurusan Masjid Gombak Utara Buat Keputusan ‘Bersyarat’ – “Bukan Menyulitkan, Tapi Lebih Teratur”

MINGGU ini hangat diperkatakan mengenai pengebumian jenazah seorang pesakit Covid-19 yang terpaksa ditangguhkan selama lebih 24 jam berikutan isu urusan pengebumian jenazah.

Dalam insiden itu, jenazah berkenaan akhirnya dikebumikan selepas Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) membuat permohonan pengebumian di enam tanah perkuburan, iaitu lima di Selangor dan satu di Kuala Lumpur.

Terdahulu, mStar melaporkan bahawa penolakan jenazah tersebut disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kuota jen4zah telah penuh, jen4zah luar kariah dan waktu pengurusan yang terhad.

Susulan insiden yang berlaku sehingga menarik perhatian Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), pihak pengurusan Masjid Gombak Utara yang menyelia Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu di Gombak, Selangor, yang menempatkan jen4zah pes4kit Covid-19 berkenaan tampil memberi penjelasan lanjut.

Nazir Masjid Gombak Utara, Ab Razak Ab Majid berkata, pada dasarnya, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menguruskan mana-mana jenazah sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.

“Pihak kami tidak ada masalah untuk menerima sebarang jenazah untuk dikebumikan macam sebelum ini. Cuma kita mahu ia lebih terkawal.

“Kita tidak mahu pihak-pihak tertentu terus menghubungi penggali kubur, sebaliknya biarlah berurusan dengan pihak masjid. Penggali kubur bukanlah orang mentadbir tanah kubur.

“Jika mereka berhubung terus dengan penggali kubur, sukar untuk kita merekod kem4tian, mendapatkan pengesahan kematian dan sebagainya,” katanya kepada mStar.

Sehubungan itu, Ab Razak berkata, satu mesyuarat di bahagian pengurusan Masjid Gombak Utara telah diadakan dan sebulat suara menetapkan keputusan bagi kelancaran pengurusan jen4zah pada masa akan datang, khususnya jenazah di luar kariah.

Tambah beliau, pendekatan itu juga bagi memastikan pengurusan jenazah dilakukan secara baik dan telus.

“Kita nak ia dilakukan melalui saluran yang betul untuk tujuan rekod kematian, maknanya jenazah itu dari mana, siapa waris dia. Kita tak nak perkara-perkara ini tidak jelas.

“Jika permohonan jenazah di luar kariah dibuat dengan pihak pengurusan masjid, tak ada masalah sebenarnya. Seperti kes jenazah pesakit C0vid-19, perlu ada pengesahan daripada hospital atau arahan pihak berkuasa… hantar menerusi WhatsApp pun dah cukup bagi kami untuk menguruskannya,” katanya.

“Sama ada waris atau badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan jenazah, mereka mesti mendapat arahan daripada pihak berkuasa sama ada pihak hospital, polis mahupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jadi, kita telah buat keputusan sekiranya mana-mana yang tidak melalui pihak pengurusan masjid, maka kita tidak akan benarkan kebumi jenazah di Tanah Perkuburan Jalan Sungai Pusu.

Beliau bagaimanapun mengakui terdapat kebimbangan dalam kalangan ahli kariah sejak kebelakangan ini berikutan semakin banyak jen4zah dari luar terutama jen4zah pes4kit C0vid-19 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sangai Pusu.

“Biasalah tu, tapi kita kena menjalankan tanggungjawab secara profesional. Kita ada pentadbir yang lebih atas iaitu Jais dan jabatan agama islam daerah,

Jika permohonan jenazah di luar kariah dibuat dengan pihak pengurusan masjid, tak ada masalah sebenarnya. Seperti kes jen4zah pesakit C0vid-19, perlu pengesahan daripada hospital atau arahan pihak berkuasa

“Jika kita dah merujuk kepada pentadbir dan tak ada masalah, kenapa kita perlu halang? Dalam tempoh dua minggu ini, kita dah uruskan 12 jen4zah pesakit C0vid-19 di Tanah Perku.buran Islam Jalan Sungai Pusu.

“Kita bukan mahu menyulitkan, tapi mahu pengurusan jenazah lebih teratur demi kebaikan bersama,” katanya.

Terdahulu, Ketua Khairat Kematian di Masjid Gombak Utara, Hanif Hawari mengakui pada awalnya pihaknya terpaksa menolak jenazah seorang pes4kit C0vid-19 atas sebab di luar kariah, tetapi tidak timbul isu kuota jen4zah pes4kit C0vid-19 untuk dikeb.umikan.

“Sebelum ini banyak jenazah pesakit C0vid-19 dikebumikan di sini, tanpa mengira asal mereka, cuma timbul kebimbangan ahli kariah dan penduduk setempat berikutan jumlah jenazah luar semakin banyak berikutan peningkatan kes kem4tian C0vid-19 sejak awal tahun.

“Kami minta SPJM untuk cari kubur lain dulu di Selangor sebelum kami terima jenazah berkenaan untuk dikebumikan keesokkan hari, di liang lahad yang sebelum ini ditempah oleh seorang waris jenazah kariah tetapi kemudian waris berkenaan tidak meneruskan hasratnya, mungkin jenazah dikebumikan di kubur lain,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Lancar Galaxy A22 5G & Galaxy A22 LTE, Bakal Berada di Pasaran Mulai Julai 2021

Selepas Disney+ Hotstar, HBO Max Pula Bakal Dilancarkan di Malaysia Dalam Masa Terdekat