in ,

Selepas Disney+ Hotstar, HBO Max Pula Bakal Dilancarkan di Malaysia Dalam Masa Terdekat

Minggu ini Disney+ Hotstar dilancarkan di Malaysia selepas penantian hampir dua tahun. Sambutan dari orang ramai adalah bercampur baur dengan ada yang gembira dan tak kurang juga yang kecewa kerana sokongan aplikasi yang tidak memuaskan.

Menurut laporan Campaign Asia, selepas ini giliran HBO Max pula dilancarkan di rantau Asia Tenggara. Amit Malhotra baru sahaja dilantik sebagai pengarah urusan HBO Max untuk rantau Asia Tenggara. Sebelum ke HBO Max, Amit Malhotra bertugas sebagai pemimpin pasaran Asia Tenggara dan India untuk Disney+. Beliau bertanggungjawab dalam pelancaran perkhidmatan Disney+ dan Disney+ Hotstar di rantau ini.

Hbo Max

HBO Max telahpun mengesahkan perkhidmatan mereka akan ditawarkan di Filipina, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam tetapi tarikh rasmi masih belum diumumkan.

Menjelang penghujung 2021, HBO Max dijangka akan ditawarkan di 61 pasaran. Apabila dilancarkan kelak, HBO Max akan menggantikan HBO GO di pasaran-pasaran tersebut.

Perkhidmatan yang dilancarkan Mei tahun lalu dengan kandungan bukan sahaja darpadai HBO tetapi juga daripada Cinemax, New Line, DC Entertainment, Warner Bros, The CW, CNN, TNT, TBS, TruTV, Turner Classic Movies, Crunchyroll, Adult Swim, Cartoon Network, Rooster Teeth, Looney Tunes dan banyak lagi.

Hbo Max

Ini sekaligus akan menimbulkan wujudnya kandungan eksklusif dengan siri seperti Friends (milik Warner Media) tidak lagi boleh ditawarkan di perkhidmatan lain seperti Netflix.

Sumber Campaign Asia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elfira Loy | 18

Waris Pesakit Covid-19 Akhirnya Cerita Perkara Sebenar Isu Lewat Kebumi Jenazah

Nabila Razali | 19

Gara-Gara ‘Belanja’ Netizan Pakai Tudung Singkat, Nabila Razali Tampil Buat Penjelasan